February 23, 2008

BENARLAH PENANTIAN!!!...RINDU yang TERPENDAM



Kul 4 pagi driver datang ambil kami semua untuk mengerjakan umrah Haji (selamat datang). Umrah ini wajib bagi sesiapa yang datang ke mekah dimusim haji atau tidak. Itulah adab agama allah yang telah ditentukanNya bagi sesiapa yang memasuki tanah haram kerana hendak menziarahi rumah Allah. Dalam keghairahan rombongan untuk kerjakan umrah, rasa terkilan dihati kerana isteri (Dr habsah) tak dapat menyertai kami krana masih dalam hadas. Mengikut hukum, mereka yang belum suci boleh ditangguhkan umrah mereka sehinggan suci. Pantang larang ihram perlulah dijaga. Kena jaga hinggalah selesai umrah ..



Bas yang membawa kami semakin hampir memasuki kota makkah। Hati ini penuh debaran, tanda tanya dan perasaan ingin tahu semakin menebal. Dari jauh kami tercari cari dimanakah kota makkah itu di celah celah bukit berbatu. Maalomlah ini adalah kali pertama dalam hidupku mengunjungi tempat ini. Deretan bukit batu yg gondol menambahkn lagi hampa dan menjadikan penantian hati ini menjadi semakin panjang. Tiba tiba kami sampai dihadapan sebuah bukit yang agak tinggi dari biasa, gondol berbatu kerikilहिन्ग्गाkami memasuki trowong sepanjang hampir 1km yang di korek dibawah bukit berbatu itu. Apabila keluar saja dari trowong yang panjang itu nampaklah kami lembah kota makkah yang tersergam indah dikelilingi bukit berbatu gondol itu. Terasa puas yang tak terhingga apabila kecintaan dan penantian selama 40 tahun tiba tiba sahaja berada didepan mata. Tergamam , lidakhu tidak terdaya mengucapkan apa apa. Hanya yang aku rasakan hanyalah deruan air mata yang tak terdaya lagi aku tahan mengalir deras dipipi ini. Sambil hati ini mengagungkan Allah selayaknya disaluti suara latar lafaz talbiah yang di ucapkan rakan rakan terdengar sangat jelas ditelingaku. Bandaraya yang tersergam mengasyikkan dengan bangunan tinggi dan hotel hotel yang mana setengahnya bertaraf 5 bintang. Maka saat dan ketika itu hati ini melafazkan doa;



"ya allah jadikanlah negara ini tempat tinggal yang tenang bagiku, dan kurniakanlah aku rezki yang halal didalamnya. Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan selamatkanlah kami dari api neraka. Ya Allah rumah ini rumahMu negeri ikau menerimakuni negerimu, aku datang memohon rahmatMu dan menuju ketaatan kepadanmu, menurut perintahanau. Aku memohon sebagai orang yang terdesak yang takut pad azabMu.
Namun penantian ini yang belum ada kesudahannya . Debaran ini masih mencengkam hati dan perasaan ini. Damanakah masjih haram. Mana masjid haram tu.? Hati ini terus mendesak bertanya…
Di celah bangunan kelihatan menara masjid haram semakin jelas kelihatan. Aku terus melangkah dengan peuh debaran menuruni lembah Bakkah. Apabila semua kelihatan jelas didepanku terasa gementar seluruh tubuhku. Tunduk dan sujud hati ini. Tanpa kusedari dahiku mengucup bumi Berkat ini tanda syukur. Dan pada saat ini benarlah bahawa Allah tuhan kaabah itu telah menjemputku menjadi tetamuNya. Dalam sujud syukur itu air mataku mengalir deras. Sunami iman dan taqwa membaham hebat, menyimbah saujana dataran hatiku yang sedang merinduinya selama lama ini. Ya Allah aku bersaksi bahawa engkaulah tuhanku dan muhammad yang membersihkan kota suci ini adalah nabimu. Tidak syak lagi dan tiada lagi keraguan dalam hatiku. Ya Allah aku bersaksi pada pagi ini. Kalau dulu aku mengharapkan rahmat darimu Allah,tapi pada saat ini aku sebenarnya berada dalam dakapan rahmatmu. Dakapan ini terasa amat erat dan kuat sekali. Memang betullah bahawa tak sempurna Islam seseorang itu jika tidak menyempurnakan haji. Sebab tu haji adalah rukun Islam kelima. Aku yakin ya Allah.

Dari celah celah bangunan kelihatan menara masjid haram.
Aku terus berjalan dalam kumpulan kerana takut terpisah. Kiri kanan kami ramainya manusia. Takutnya bila berpisah, takut tak jumpa cari jalan keluar. Pada waktu itu pukul 4 20 pagi. Sebelum masuk ke dalam masjid kami saling berpesan takut terpisah antara satu sama lain. Apabila masuk dalam masjid debaran hati makin kencang. Tanda tanya terus mencengkam dimana kah Kaabah, bagaimanakah kaabah yang live bila dilihat dengan mata kasar sendiri?. Aku masuk melalui pintu Babul Ab Aziz. Dari pintu masuk lagi mula bersesak, ramainya manusia nak solat di masjid haran ada yang pakai ihram dan ada yang tidak. Yang pakai ihram ialah mereka nak buat umrah wajib macam kami, dan yang tak pakai tu nak ambil tempat solat dalam masjid haram. Kiri kanan manusia duduk,ada yang solat dan ada juga yang baring2 dan bersandar. Aku terus berjalan dari celah celah tiang kelihatan seperti kaabah. Aku terus berjalan dan tangan aku memegang bahu Dr Zakuan macam budak budak pulak. Kawan kawan yang lain entah kemana. Sekarang tempat aku bergantung hanyalah Dr Zakuan sebab dalam jutaan manusia jika terpisah memang susah lah nak bertemu kembali.

Debaran cinta semakin sarat dan terserlah.Dari celah celah tiang masjid aku dapat lihat kaabah, debaran makin kuat ku rasa. Rindu akan terjawab seketika nanti. Aku terus mengikut arus manusia menuju kaabah perlahan lahan. Apabila tiba di tangga untuk kedatara kaabah barulah kelihatan dengan jelas sekali kaabah. Kegembiraan,kenikmatan, syahduuuu tak dapatku bayangkan. Itulah kaabah…rumah Allah. Air mataku sekali lagi mengalir deras sekali walaupun pada waktu itu kelam kabut dengan ramainya manusia. Betapa indahnya, nikmatnya dapat melihat kaabah yang selama ini aku rindui. Dan pastinya dirindui oleh semua manusia yang beriman. Aku menatapnya….

Dr. Zakuan kata kita kena cari jalan untuk turun kebawah ditempat orang tengah tawaf. Ramai orang yang sudah buat saf solat didataran kaabah. Kami setuju nak tawaf juga sebelum subuh. Kalau tak sempat habis 7 pusingan sebelum subuhpun kami akan sambung pula selepas subuh. Perjalanan kami terhenti, orang lain juga terhenti sebab ramainya orang, dan setengahnya cari tempat untuk solah subuh. Tiba terdebgar orang menjerit haji…haji… haji… Bila toleh kebelakang rupa rupanya tiga keranda jenazah untuk di solatkan jenazahnya oleh semua jemaah masjid slepas solat subuh nanti. Tiba tiba aku nampak Dr zakuan melompat kebawah keranda depan, akupun masuk dibawah keranda kedua. Sambil mengusung keranda bersama sama lelaki kulit hitam tu. Pelik betul beratnya keranda tu. Pemuda berkulit hitam didepan aku pin nampak terbengah bengah mengangkatnya.
Dapatlah aku dan Zakuan memasuki kumpulan manusia untuk tawaf. Maka kami pun start berniat dan ikhtilam pada garisan lampu hijau.

Tengah tawaf ramainya manusia bersesak sesak. Kadang kala lengang dan kadang kala sesak. Kadang kadang bertembung dengan orang yang songsang berjalan dan kadang kadang bertembung dga orang yang duduk dan nak buat saf solat. Tolak menolah tu biasalah. Waktu kuat bersesak sesak tu aku hanya menyebut Allah allah…. Ya Allah mudahkan.. ya Allah mudahkan. Mula pusingan ke 5 aku masih memegang bahu Zakuan.. Tapi bila azan subuh dilaungkan kelam kabut berlaku sebab masing masing mencari saf untuk solah. Pada waktu itu aku terpisah dengan Zakuan. Dalam cemas aku tetap tenang dan yakin dengan Allah. Pada waktu itu hanya allah adal dalam hatiku. Hanya Allah lah tempat aku bergantung. Zakuan hilang dilautan manusia. Sambil tercari cari saf solat dapatlah ruang yang hanya muat untuk sujud sahaja. Maka aku solah subuh dalam keadaan yang agak tidak selesa.
Habis solah subuh semua manusia memulakan tawaf kembali. Akupun membatalkan pusingan kelima tu dan kenalah sudahkan 3 pusingan lagi. Tawaf bersendirian. Waktu tawa sebenarnya tak sempat sangat nak menghayatinya kerana bersesak sesak adalah masalah utama. Selesai 7 pusingan dengan yakin aku pun pergi minum air zam zam dibelakang dataran dan tunaikan solat sunat tawaf.
Selepas itu aku agak terkapai kapai cari tempat untuk sai'…. Maka aku tanya polis. Rupa rupanya dekat jer. Samapi di situ nampaklah orang tengah sai'. Tapi mana satu safar dan mana satu marwah tu?. Tiba tiba aku bertembung dengan kenalan dari SMSI yang dah lama datang. Melalui dia aku tahulah mana Safar dan Marwah. Akupun pergi untuk memulakan sai'. Dengan memijak batu asal bukit safar aku memulakan saie' dengan niat dan doa.
Selesai sai' aku cari pintu keluar masjid. Pada waktu jam menunjukan pukul 7 30 pagi. Para jemaah pun dah mula lengang kerana ramai dah balik. Mudahlah sedikit nak cari pintu keluar.
Selesailah hari ini, pagi ini, pagi yang penuh makna,pagi yang penuh dengan tangisan keinsafan dan tangisan syahdu,hari yang jauhnya beribu batu perjalanan tanpa tidur atau rasa penat dan berjuta batu pengalaman hati seolah olah melangkaui sempadan masa. Maha suci allah yang mengurniakan nikmat ini kepada hambamu yang hina ini… Balik kehotel nanti yang difikirkan adalah nak tidur jer.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA