February 23, 2008

5 Dis Menjadi Saksi

Tibalah Hari kami berangkat ke mekah. Bila makin hampir dengan tarikh untuk kami berangkat kesibukanpun makin mendesak. Banyak pula kerja kerja yang nak kena disiapkan. Maalomlah nak tinggalkan keluarga selama sebulan. Dalam minit minit terakhir kami sempat juga packing barang pada pagi hari sebelum berangkat. Alhamdulillah 9 30 pg 5 disember kami berangkat juga dengan izin Allah. Dari rumah gi ambil along dan angah di tusyen Bahasa Arab dan terus ke Airport.
Di airpornt suasana sebak menyelubungi kami sekeluarga. Kami Cek In biasa jer, bukan macam orang nak gi haji.. Kerana kami pergi haji ini bukan atas tiket haji.Visa kami adalah visa ziarah bukan visa haji maka kami tidak dibenarkan mengenakan apa apa tanda haji kerana ianya akan mengakibatkan masalah di airport Jeddah. Kesedian tekesan di hati . Air mata tak dapat aku tahan untuk meninggalkan 7 orang anak yang disayangi. Aku peluk semua anak2 dengan membisikan pesanan khas masing untuk setiap anak. Tingalkan mak ayah abang dan adik yang turut menghantar aku d airport.
Selamat tinggal semua…Selamat tinggal। "Ya Allah aku tinggalkan semua milikku pada Mu। Sesungguhnya semuanya milikmu yang Kau pinjamkan padaku, dan pada hari ini aku serahkan untuk kau jaga buat sementara waktu। Sesungguhnya Kepadamu aku berserah segala urusanku hidupku dan matiku"। Aku tinggalkan mereka dengan tangisan. Begitulah kita datang dengan tangisan dan kita terpisah juga dengan tangisan dan bila kita mati juga diiringi dengan tangisan. 11 40 kapalterbang kami siap sedia untuk meninggalkan bumi kelantan menuju bumi makkah Al Mukarramah tanah haram yang Allah janjikan kemakmuran dan keberkatan dengan Adam dan Hawa॥Ibrahin, Hajar dan Ismail dan derita Muhammad (saw) Khatimunabbiyyin। 12 40 th kami sampai di KLIA। Kena ambil bag keluar dan kena cek in semula di Saudi Air। Di KLIA saudara mara dari Kl menunggu untuk mengucapkan selamat jalan buat kami berdua. Kak Lah (Dr.) dan suaminya Ramadhan (Dr.), Ngah LI (Prof Dr. UiTM), Abang Wan dan Kak जह।
Kami makan KFC di KLIA sambil bersembang sembang hal keluarga, maalomlah kami adik beradik tinggal berjauhan. Selepas makan kami kena berkumpul di depan Saudi air kul 2 ptg. Disini kami bertemu dan berkenalan dengan 15 penyelidik lain dari USM penang dan 4 orang dari UM.








No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA