September 29, 2009

Suatu mercutanda lagi terpancang megah dipersada...

Tahniah...Tahniah tahniah...baba tumpang glamour jerrr...




Afiq(folower dalam blog ni) dan Bad...izinkan baba gunakan salah satu lagu dari album itu utk video editing ini...tetapi maafkan kerana masej agak samar2 dan ianya dibuat tergesa2 sambil bersamenar. Soooo sape 2 yg berminat tu bolehlah boleh beli dengan mereka album ni.



Isnin 28/9/09.Hari ini satu mercutanda terpancang megah buat warga IPGM KSM. dengan lahirnya ablum Underground ini.



Pagi ini aku singgah di pejabat sebentar kerana ada beberapa urusan utk diselesaikan sebelum berangkat ke Hotel Permai Inn KT. Semenar Penyelidikan Zon Timur. Aku hadir sekali lagi sebagai pembentang. Sebelum berangkat aku singgah kelas Math sem 5 kerana sedikit urusan dengan rakan pensyarah yg tengah mengajar. Tiba aku di sapa oleh Bad (yang selalu berlatih nasyid salam studio). Bad hadiahkanku dengan sekeping CD. Katanya abum nasyid dia yang baru disiapkan. Aku agak terperanjat dan tak percaya... Apa pun dia sungguh2 dan ikhlas hadiahkan kepadaku (sebagai penasihat kelab nasyid IPGM KSM..) dan mereka ni sebahagian anak2 yang selalu menjadi Sparring partner semasa melepaskan gian dalam studio Nasyid...berlatih vokal. wahhh hebatnya...antum.



Soo..ringkaskan cerita sepanjang perjalanan ke KT Album ini menjadi suara-latar disepanjang perjalananku ke KT. Menyusuri belukar dan laut disepanjang laluan pantai. Sungguh mengasyikkan.Satu demi satu lagu aku nikmati...Dalam hati berdetik bagus gak lagu2 ni...tapi Vokalnya dan liriknya kurang mantap tetapi boleh di up-lagi dan mastering process tidak dilakukan dengan teliti...sepatutnya ianya boleh di up-grade lagi kalau penerbit/sound engineer tu teliti. Tetapi kira bolehlah diterima...sebagai halwa telinga...Tahniah Afiq dan Bad. Frust gak sebab tak ceritakanpun pada baba tentang recording ini...



Semasa di KT baba sempat jumpa dengan seorang pelajar Akademi Quran. Anak ni bekas pelajar POLISAS diploma IT. Sekarang ubah chanaal belajar hafiz Quran. Sebelun ini kami hanya berkenalan melalui blog dan lepas tu SMS. Sungguh gembira jumpa anak ini. Teruja sekali. Dua malam di sini di kami habiskan berkenalan dan makan bersama di pantai batu buruk. He he dua hari ni kita tido 2 pg...anta lak tak tido langsung semalam...uruskan masuk asrama. "Demi Allah ana mencintai anta kerana Allah". Rasa ukhwah mulai terasa. Dan anta seperti anak2 ana yg lain di mizan. Moga kita dapat jumpa alagi.







September 28, 2009

HARI RAYA 09: Himpunan Keluarga Arwah Hj. Hasan Sulong

Pak Tot/M Cik Lela
TP Bomba Selangor/Amanah Raya
Mak Tam/Pak Tam
Dr Norfauzilah/Dr Ramadhan -Hosp. Mentakab


Makcik Jah/P Cik Wan dan Aiman
Kuantan(Cinsultant Engineer)


Keluarga Mak Lang/Pak Lang
Hasnah/ Ab Rahman Jaafar. KL.Multimedia&Internet base Company

Keluarga Mak Teh/Ayah Teh
UDI,Terengganu.


Keluarga Ayah Cik/M Cik Aya
Zulkefle, x-MARA

Keluarga Ayah Ngah
Prof Dato Dr Mohd Ali,USIM(x-UiTM).

September 18, 2009

Rumah Arwah Tok Ki-Kg Jambu,Langgar,Pekan Pahang.

Waktu mengalir deras bagaikan air..Ramadhan suci berakhir...Syawal pun tiba.
Untuk semua anak2 Mizan&USM KB dan sahabat thullab IPT Kelantan dan pelawat; kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan semua kelamahan, kekurangan,salah-khilaf dan kesilapan kami. Moga Ramadhan kali ini menjadi milik kita...Maghfirah dan Itqan minannar adalah kemenangan bagi kita.


Zulkefle Ab Rahman&Dr.Habsah Hasan; Uwais Ab Rahman(Along), Rumaisa'(Angah), Abdullah Harith(Cik), Amirah Aisyah(Ateh), Harith Mursyidi(e-deen), Muthsanna+Buraidah

September 15, 2009

Buyutuna fi Ramadhan…

Minggu ini adalah minggu terakhir di bulan Ramadhan. Memasuki 10 malam akhir. Setiap hujung mingu memang penuh program berbuka. Jumaat lepas anak2 Mizan datang berbuka, hari Sabtu semua adik beradik dan anak2 buah datang berbuka dirumah.
Khamis munggu ini pula lebihkurang 50 Karisma medic USM datang berbuka dirumah, Jumaat, semua ahli taman dan keluarga berbuka dirumah. Sabtu balik berbuka rumah Mak. Ahad masuk pejabat kerja nampaknya dah bertimbun, menguruskan Proseding utk seminar penyelidikan zon timur (Hotel Permai Park Inn,KT) lepas raya nanti. Isnin ke Kuala Berang Penyeliaan Praktikum PKLI. Selasa siang tadi Ke P Pinang kerana temankan umi kena bagi lecture MSc student di USM Penang, baba ikut semata-mata temankan Umi. Sesekala sangat indah bila dapat berdua2an dengan umi lari dari rutin harian yg memenatkan .So di P Pinang ini baba tulis artikel ini malam ini... sumbangsih dari anjung Hotel Vistana P Pinang.

Semalam ada sesuatu yg menyentuh jiwa baba: Balik rumah dari Office sampai dalam kul 6 petang. Selepas bagi salam biasanya hati ini tercari2 anak2 yg kecil dulu terutamanya si kembar tu dan e-deen. Rupanya semua mereka berada diluar rumah main dgn kawan. Terasa sunyi jer rumah petang ini. Jenguk bilik Along; tengah tilawah, Jenguk bilik Angah tengah baca buku, sebab PMR tak lama lagi. Angah dah khatam sebeluh 15 ramadhan lagi. Lepas tu jenguk bilik Cik, pun tengah tilawah; Baba Tanya Cik ada berapa juzuk lagi?, “Ada 2 lagi jawabnya”. Dalam hati ini betapa betepa gembiranya dengan jawaban Cik tu.. Sekejpa kemudia along kelaur dari biliknya sambul baca doa Khatam Quran dari belakang Mushaf. Along dah khatam ke?..Ya jawabnya gembira. Nampak kegembiraan dari raut wajah Along, seolah-olah ingin melaporkan. “Tahniah Along” balas baba girang.
Semasa berbuka kami sembang tentang Al-Quran yang telah mereka lalui sepanjang tilawah tahun ini. Along dan angah sama menyuarakan seronoknya bila baca surah..Al_Kahfi, surah Yusuf, Surah maryam dan semua surah tentang cerita nabi nabi terdahului. Kata mereka seronoknya baca sebab nak tahu cerita selanjutnya. Katanya macam baca Novel. Teruja. Dalam hati baba diam diam terdetik “ rupa2nya tak sia-sia lah hantar Along dan Angah Tusyen (AE) B Arab tinggi. Rupa rupanya mereka faham dan siap berbahas pasal kenapa Al-Quran guna baris depan sedang kalau ukit kaedah bahasa sepatutnya baris bawah.

Ya Allah Kau berkatilah anak2 ku. Berkatilah Ilmu yang ada dalam dada mereka. Jadikanlah Al-Quran adalah hujjah kepada mereka. Besarkanlah mereka dengan sebaik2 perbekalan dan jadikanlah mereka sebaik2 syabab/rijal yang akan mewarisi agamaMu ini dan dakwah ini. Rasa2nya semua kepayahan dan pelaburan mendidik mereka di institusi sendir, mengikut acuan sendiri sudah hamper dibayar semuanya. Seandainya mereka membesar bersama2 agama didada dengan seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. Memang 7 anak2 semuanya tidak bersekolah kerajaan. Bersekolah disekolah swasta yg diasaskan bersama ikhwah yg lain.

September 5, 2009

Diantara hari yg membahagiakan dalam hidupku!!!!...

Semalam Jumaat 13 Ramadhan, sermai Lebih 40 Ikhwah dan Akhawat Kampus Mizan datang berbuka puasa dirumah. Alhamdulillah Rumah yg baru di-renovate ni mampu menampung antum semua, walaupun sebelah Ikhwah agak "sempot". Nasib baik hujan, kalau tak Aircond tak dapat cover haba dari antum yg ramai tu.

Anak2: Allah saja yg tahu betapa gembiranya hati ini menerima kinjungan antum semua. Bukan sahaja kerana pahala, tetapi kerana berkumpulnya insan2 yang baik dan mulia. Insan2 yang datang kerana Allah...dan kerana Ukhwahfillah. Antum datang kerana dakwah dan tarbiah. Antum datang membawa hati yg tulus dengan Cinta kerana Allah. Kehangatan pelukan dari pemuda2 dapat ana rasakan...memberi 1000 kekuatan pada ana untuk terus menguatkan saff2 dakwah ini. Mempersiapkan diri mengutip semua mutiara ramadhan dan kemuliaan yg dijanjikan pemilik Ramadhan itu. Kerana selepas ini setahun ranjau nak diredahkan.

Anak2: betapa indahnya bila kita dapat berada dalam seolah2 satu keluarga yg besar ini. Kita saling memberi cinta tanpa syarat..."unconditional love". Mendengar dan melihat telatah antum...bergurau senda "mengata" dalam adabnya; menambahkan serinya ukhwah itu. Ianya ibarat bunga2an dalam persaaudaran Islam dan ukhwahfillah. Manisnya bila dapat bersama2 bergurau senda denga antum semua. Demi Allah saat seperti ini takkan baba lupakan buat selama2nya.

Anak2; demi Allah Ana menyangi antum semua seperti ana mengasihi isteri dan anak2 Ana sendiri. Cinta ini bukan paksaan atau dibuat2...tetapi ianya datang apabila hati ini boleh melihat semua manusia lain dengan penuh kerahmatan...apatahlagi kepada insan/anasir2 seperti antum semua. Spertimana semua manusia berhak mendapat kerahmatan dan kasih sayang Allah.

Cuma baba terkilan kerana sesi tayangan dan Tazkirah oleh Dr.Saran tak dapat dibuat sempurna kerana program agak lewat dimulakan..."hujan lebat". Tetapi siapa tak datang rugi....InshyaAllah kita akan jumpa lagi Hari Raya nanti..."Kita bakar kambing"...kalau antum nak.

"Dimana-manapun Ada Syurga"

Bila kehidupan ini adalah rehlah...
dimana-manapun ada syurga,
dimana-manapun ada bahagia.

dalam perjalanan hidupku...
takhdirNya aku bertemu dengan kalian
Untuk apa semua ini...
untuk Allah dan AgamaNya ini...
Bila ditanya kemana lagi kita mahu pergi...?
Kemana-mana... yg batinku nampak adalah hanya kepadaNya.
Bersama-samakah?.... kita dalam Cinta...
Ya...bersama kalian menuju Cahaya itu...

...Rabb... pemilik hati2 kita,
yang penuh cahaya CINTA keranaNya.

...bulan, bintang dan Cakrawala...beredar kerana Allah jua
patuh....dia tidak sanggup engkar...
Dan hati kita sebenarnya lebih mengerti
tentang erti pengabdian dan tunduk...patuh

Maka, marilah aku pimpin tanganmu...
untuk memahami erti tunduk... T'aabud...
atau kita berjalan bersandingan kepada cahaya itu!!!!.
Kerana, kemana kita? adalah sama.. kan!
kepad cahaya itu...hanya kepadaNya.
"Darinya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali"

anak2ku; Tolehlah...

nundisana kampung kita!!!
kenikmatan dan bahagia yg tak pernah kita temui disini.
Kampung halaman kita kan namanya SYURGA...!
Jangan kita salah memasuki kampung orang jahat tuuuu!...NERAKA.
Marilah kita jejaki jalan lurus ini!!!...
Marilah...
marilah...
MARILAH...
"Kita Berpegangan-bergandingan-bersandingan diufuk Ukhwahfillah.
Kerana demi yang nayaku ditanganNya...bahawa Aku sangat mencintaimu".



Tambahan; Ada yg tanya, "kenapa kehidupan itu Rehlah?: aku ingin jawab, "masaku banyak dijalan raya(travelling)dan atas jalan dakwah". Kerana apa? "hanya kerana kerja dan urusan dakwah; Gi usrah,liqa,meeting, khatibah,mukhayyam, bersama antum dan bersama Ikhwah lain. Kadang Isteri dan anak kena kejar babanya...dan kadang2 mereka tanya kenapa baba lama tak balik/balik lewat. Itulah resam seorang "Murabbi". Tetapi kerana siapa?..."semua itu adalah kerana Allah dan bersama2 orang yg mencintai Allah dan Dakwah ini , maka kemana-mana aku pergi ianya seperti rehlah dan menghiburkan".

September 3, 2009

ESQ: SaAT CinTa MulAi MeNyEntUh

Siri4
(Sila Baca Siri 1-3)

Semasa baba menulis artikel ini, baba berada di Rigency, KL. 3 hari Sebelumnya baba di Batu feringgi, Peneng. Pada waktu ini pukul 10 malam sambil baba menunggu Flight Umi dari KB untuk menemui baba di KL. Flight umi dari KB reTime kul 11 malam… soo umi akan sampai kul 12 malam. So baba ambil masa menunggu ini untuk menulis artikel ini.

Anak-anakku… sesekali amat menyentuh jiwa baba, bila dikenangkan saat-saat bagaimana antum dilahirkan. Along dilahirkan dihospital kuanta. Angah dan Acik dilahirkan di pusat rawatan keluarga,Kuantan. Lepas 8 tahun di Kuantan kita pindah balik Kelantan. Ateh, e-deen, buraidah+muthsanna dilahirkan di HUSM tempat kerja baru umi. Kita pindah balik ke Kelantan 1988. Beberapa tahu selepas tu Tok Ki kena stroke dan mulai jatuh sakit…Along ingat tak ketika kita sama-sama bawa tok Ki Jalan jalan di tebing sungai kuantan dengan kerusi roda (Taman teruntum). Kit sama-sama tolak kerusi roda tok Ki ditebing sungai Kuantan(benteng). Along dan angah pada masa tu baru 7 dan 6 tahun, Cik masih kecil lagi baru boleh bertatih. Kenangan ini sangat terasa bila baba tatap beberapa keeping gambar kita pada masatu bersama Tok Ki yg masih tersimpan dalam album. Gambar2 tu baba selalu tatapinya di pejabat. Baba simpan dipejabat gambar2 tu. Rasanya itulah kai terakhir kita dapat bermesra dengan Tok Ki dan bawa tok Ki melihat dunia ini untuk kali terakhir.

Selang beberapa tahun selepas itu sakit Tok Ki semakin tenat. Masa tu kita selalu traveling balik Pahang utuk melihat Tok Ki. Suatu hari kita sama-sama bergegas balik ke Pahang kerana Tok Ki diberitakan semakin tenat. Semua anak2 Tok Ki semua dah balik…jauh dan dekat . Baba ingat lagi dapam perjalanan pulang ke Pekan…Along tidur dalam kereta (Unser). Selepas along bangun Along cerita bahawa Along bemimpi Tok Ki ajak Along bermain-main berlari-larian ditepi pantai…”tetapi tok Ki berlari…jauh kedalam laut dan Along tak dapat mengejarnya”. Anehnya mimpi Along itu, tetapi masa along ceritakan mimpi tu baba/umi tak perasan apa2. Macam biasalah kita sama-sama enjoi dalam perjalanan pulang kampong sambil dengar CD Nasyid dan Al-Quran. Masa kita sekeluarga baru sampai dipinggir Bandar Kuantan, Inderamahkota, Tiba tiba telefon umi berdering. Baba drive. Umi senyap lama…"Mak Tam telefon" kata Umi dengan suara yg tersekat-sekat. Wajah Umi tiba-tiba berubah…bila baba toleh kekiri baba lihat manik2 jernih menitis dari bilahan kelopak mata umi…dalam suara yg persis gamma dan menahan sebak, Umi berkata ”Tok Ki baru pergi meninggalkan kita”…Suasana kelam menyelubungi kami. Tangan kiri kiri Baba perlahan-lahan gemgam tangan umu pada masa itu…baba angkat dan cium tangan umi perlahan-lahan utk tenteramkannya…walaupun memang Umi seorang yang tabah (kalau tak… tak kan umi boleh jadi doctor). Baba gemgam tangan umi agak lama sambil menciumnya penuh rasa cinta sambil baba juga meenitiskan sambil menahan sebak.…Baba ingat lagi suara baba kelam sambil mengucapkan ”Demi Allah pada hari ini Abang adalah suami..ayah dan ibu kepama Umi… DemiAllah baba akan jaga Umi macam baba jaga diri baba sendiri dan anak2…” . Pada masa itu kaliam tak mengerti apa2 lagi kerana masih kecil. Umi kehilangan ayah.. setalah mak meninggal semasa Umi belajar di SM Sains Pahang (SEMSAS). Selepas itu umi kehilangan kedua2 tempat merebahkan kasih-sayang, cinta dan rindu…selain kepada kalian semua dan kepada dakwah dan agama Allah ini. Anak2 marilah kita hargai selayaknya Umi yang telah member segala-galanya kepada kitra semua. Sebab itu baba rakamkam disini saat apbila cinta mulai menyentuh…dihati baba…dan supay kalian tahu baba sangat cintakan UMI…inilah “Saat-saat Cinta Mulai Menyentuh” bila dikenangkan.

Tingalah Kasih...tinggalah Sayang...Yang ada pada Umi adalah Allah, rasul dan keluarga kita ini dan Dakwah yg menghiburkan...sedang riben usia baba/umi hanya tinggal sejengkal saja lagi. Anak2...antumlah yg Baba harapkan bakal mewarisi Dakwah ini. Hanya itu lah yg membahagiakan baba/Umi seandainya esok baba pejamkan mata macam Tok Ki utk selama-lamanya.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA