June 27, 2010

Titipan buat Kak Ma, Adiq...

Semalan ana sempat menziarahi kematian Keluarga bekas rakan semasa bertugas di kuala Krai MENINGGAL...Kematian yang datang tiba-tiba...Semasa dalam perjalanan pulang melewati bukit dan kebun durian ana terdengar lagu ini dalam radio IKIM. ...dan Adiq yg mencoret keluhan dalam blognya tentang kehilangan..."yang tinggal hanya nama yg belum ditulis pada diri...
Begitulah tabiat dunia...antara datang dan pergi hanya seperti kerlipan mata...Semalam kita ketawa bersama, hari ini kita menghantarkannya kepelabuhan perpisahan. Kita selalu impikan lamanya kemesraan tetapi tuhan menyentapnya dari diri dan jiwa kita...sedangkan belumpun kita sempat mengucapkan salam dan kemaafan... demi Allah semasa mendengar lagu ini air mata ini mengalir deras sekali tak dapat ditahan...Cemburu bahagia yg sentiasa mengejar kita. tajamnya masa apabila ia membelah waktu dan sedar kita.
Hari ini baba tak banyak bercakap dengan anak dan umi...
Adiq akan pergi...Pergilah dengan tenang, moga Allah sentiasa bersama kamu...Cinta Allah mengalir basah dalan CintaMu.Moga kekal atas jalan dakwah ini.

June 26, 2010

Al_Muntalak


“AHLAN WASAHLAN….MARHABAN BIK---kerinduan akan terubat kembali”

Assalamualaikum kepada semua anak2 Kampus Mizan yg akan mendaftar untuk sem Julai berlula Isnin ini. Ahlan wasahlan…selamat bertemu kembali. Ana menggunakan tajuk AL-muntalaq yang bermaksud “Langkah Bermula” kerana minggu lepas ana sempat bertemu dengan penulis buku Al-Muntalak Muhammad Ahmad Ar-Rashid (dari Iraq) semasa beliau menjadi tetamu khas dimajlis Pelancaran IM di The Mines Resort. Buku itu sudah hamper 10 tahun ana beli tetapi inilah pertama kali ana dapat jumpa dengan penulisnya. Buku itu Ana beli bersama sebuah buku “Ghulamudakwah” yg mana Ana beli dari tangan penulisnya sendiri, Hisyam Saqarr (dari Mesir) semasa beliau datang ke KB. Alhamdulillah bertuahnya dapat jumpa dengan tokoh dakwah ini. Mereka yg menghabiskan hidup atas jalan dakwah ini. Muhammad Ar-rashid walaupun sudah tua, rambutnya semua beruban putih…tetapi masih kuat dan sangat warak dan bersahaja(sederhana) orangnya.

Soo, Al_Muntalaq…akan bermulalah langkah anak2 untuk memulakan sem Julai ini. Bagi seorang Muslin yg faham tentu telahpun sedia mentakrifkan bahawa kehidupan sebagai mahasiswa/belajar adalah sebahagian dari jihad. Belajar dengan matlamat yg jelas dan niat yg ikhlas adalah permulaan bagi suatu ibadah. Ingatkah hadis 1 dan 10 muasafat peribadi muslim yg ke-6. Beruntunglah bagi yg mereka dikurniakan kefahaman kerana pahala yg berpanjangan…dan semestinya inilah yg menjadi azimat yg mendorong mereka untuk iltizam, sungguh2 dalam belajar dan mereka tidak lagha dan lalai selagi bergelar pelajar. Maka wahai anak2 marilah kita sama memulakan sem ini dengan penuh semangat kerana Allah…ibadah, hidup dan mati kerana Allah.

June 21, 2010

Majlis Pelancaran IM


KUALA LUMPUR - Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.

Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit adalah Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.


Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.




Apa itu IKRAM?
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

Video U-tube: http://www.youtube.com/watch?v=lEA8-AATa-g

June 18, 2010

Sebuah Karya Buat S...

Moga Allah merahmati anta bersama keluarga tercinta...Kerahmatan, sakinah dan mawaddah. Tahniah dengan kehadiran ahli baru. wahhh...Sambil sibuk PhD pun ada rezki ekk. Sesungguhnya sirah hidup anta sangat mahal harganya...Pengalaman adalah guru paling setia dan penasihat paling ikhlas. He he he ..jangan maree...Senyum ekk. Maaflah; sebab bila dengar lagu ni...teringat pada anta. Maka terhasillah video-clpi ini.

June 17, 2010

“Menghayati Sungai …Menifestasi arus Dakwah”


Sambungan Siri LepasSila baca siri lepas dahulu-dibawah.

Air sungai yang menyimpang, bertakung di suatu sudut tidak mengalir kemana-mana dan tidak pula diperbaharui airnya lama-kelamaan menjadi air yang berpenyakit, tempat pembiakan jejentik dan segala penyakit, rasanya menjadi semakin payau,busuk bahkan boleh memudaratkan. Beginilah umpama anasir dakwah yang berpenyakit futur, mereka lebih suka mejadi pemerhati dan bukannya pengamal dakwah Islamiyyah. Maka lahirlah penyakit-penyakit hati, pemikiran dan tindakan, seperti dengki, kibr, riya', buruk sangka, namimah, ghibah, 'problem maker'(pembuat masalah) bukan 'solution maker'(penyelesai masalah), suka mencari dan membesarkan kesalahan orang lain, terlalu idealis tetapi lemah praktis dan sebagainya.

Benci, diam dan santai2 dalam dakwah juga seperti air yg diam tadi. Janganlah kita tersisih menjadikan futur (lemah) dengan membuat alas pertama. Mereka yg tersisih dan menyisihkan diri selalu realistic…banyak bercakap dari beramal dan banyak menonton sahaja. Selalunya penonton bolasepak itu lebih pandai dari pemain yg diatas padang.
Bila hal itu terjadi, maka ia akan membawa kesan negatif kepada dirinya dan harakah dakwah, sebagai contoh munculnya suasana dan iklim yang tidak sihat iaitu iklim ghibah dan namimah di antara para da’i yang dapat memperlahankn perjalanan harakah dakwah dan meruntuhkan bangunan dakwah. Tidakkah kita menyedari bahawa Rasul melarang kita dari dua hal, yaitu membicarakan sesuatu yang tidak ada manfaatnya (qiila wa qoola = katanya…dan katanya…) dan menyia-nyiakan harta (idlo’atul maal ). Nasihat daripada aktivis dakwah menegaskan bahwa setiap masalah yang tidak berorientasi pada amal,maka membicarakannya adalah sesuatu yang memberatkan diri para dai’e dan dilarang oleh syari’at.

Ukhtifillah…
Sekaranglah saatnya kita memperbanyak amal Islami dan meningkatkan hasil dakwah yang muntijah dan tidak ada waktu bagi kita untuk banyak berbicara atau terlebih berbicara tentang sesuatu yang tidak berguna kerana masih banyak medan da’wah yang belum digarap di kampus masing2. Diluar sana juga banyak lagi medan da’wah yang menjadi tanggung jawab kita di kalangan buruh, pekerja, pedagang, petani, nelayan, professional, ibu rumah tangga, remaja, anak jalanan, dll. Sungguh naïf jika ada di antara kita yang tidak disibukkan dengan amal dakwah dan tarbiyyah ini.

Ketahuilah, kewajiban dan tanggungjawab yang harus kita pikul ternyata lebih banyak dari waktu yang tersedia dan lebih besar dari potensi yang kita miliki, oleh itu janganlah sampai ada di antara kita yang hanya duduk, terpaku, mejadi pemerhati dan berdiam diri di dalam gerakan dakwah ini kerana gerakan dakwah ini bukanlah gerakan dakwah tanpa kerja (berpeluk tubuh-berpangku tangan).

Ustaz Hasan Al-Banna pada masa hidupnya pernah berkata bahwa kita harus bekerja lebih banyak untuk umat dari pada untuk diri kita sendiri. Sungguh.. pendakwah yg baik mesti kreatif dengan Idea2 baru. Ladang da’wah begitu banyak terbuka luas di depan kita membutuh kreativiti dan iltizam kita. Siapa yang akan mulai menggarapnya? Tentu saja diperlukan para da’i yang berinisiatif, kreatif dan produktif yang motivasinya kerana Allah dan berorientasi kepada redha Allah. Lupakah kita bahwa Ar-Rasul pernah bersabda bahwa barang siapa yang berinisiatif mengerjakan amal kebaikan lalu diikuti oleh orang lain maka baginya pahala atas perbuatannya itu dan pahala dari orang-orang yang mengerjakan setelahnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun… (Mafhum daripada HR. Bukhari ).

Disanalah tersirat makna dakwah dan tarbiah. bahwa kegiatan dan proses tarbiyah yang kita selenggarakan telah berjalan dengan baik (efektif) adalah jika para da’i dapat merealisasikan dirinya sebagai syakhshiyyah Islamiyah yg syumul dan da’iyah di tengah masyarakatnya. Kehadiran, penglibatan, peranan, dan sumbangannya dapat dirasakan oleh masyarakat. Sebagaimana ditegaskan oleh Rasul sollallahu ‘alaihi wassalam bahwa
“orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak kebaikannya di masyarakat. (HR. Tirmidzi).

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam menggambarkan bahwa profil seorang mukmin adalah seperti lebah, yaitu hanya mengambil yang baik dan memberi yang baik (HR. Ahmad). Bila ia hinggap di suatu tempat maka ia akan mengambil yang terbaik dari tempat itu yaitu madu tanpa merosak atau mematahkan ranting tempat ia berpijak. Bahkan lebah membantu bunga-bunga tersebut melakukan proses persenyawaan. Dan ketika ia meninggalkan tempat itu untuk mencari tempat yang lain, maka ia meninggalkan sesuatu yang terbaik pula yaitu madu serta meninggalkan kenangan manis kepada lingkungan yang pernah ia hinggapi. Dan begitu seterusnya. Ikhwah dan Akhawat fillah, jadilah seperti lebah yang selalu mencari unsur-unsur kebaikan dan memberikan buah kebaikan. Benih-benih kebaikan itu tidak akan terjadi apabila kita tidak giat melakukan amal daa'wi di masyarakat.

Ukhtifillah….
Sungai yg di hadapan kita ini kelihatan banyak sekali jeram. Batu batu besar adalah halangannya. Tapi adakah sungai itu berhenti. Jawabnya tidak. Air itu akam berkumpul dan berkumpul. Apabila semakin banyak akhirnya dia akan mengalir juga melewati batu-batu yg menghalanginya. Atau air itu akan mencari jalan lain…mengelak dengan membengkokkan arusnya. Namun yg pastinya arus tetap terus mengalir. Begitulah sifatnya dakwah yg benar, pasti akan ada halangannya. Kerana ujian dan mehnah adalah tabiat dakwah. Kalau terpaksa berhenti atau mengelak, itu hanya strategi sehingga terkumpulnya kekuatan. Kerana dakwah tetap terus dinamik, bergerak dan digerakkan. Mana mungkin cahaya kebenaran dapat menghapus kegelapan kebatilan tanpa ada pertentangan. Cuma cara dan bentuk ujian itu saja berbeza mengikut individu, tempat dan waqi'(suasana) dakwah itu. Dari sekecil2 dicaci rakan, dipandang sinis, terpisah dengan keluarga hinggalah kepada dipenjara dan dubunuh. Lihatlah sirah sahabat rasulullah…amar bin yasir, Bilal dan Syaidina Hamzah yg dibelah dada oleh Hindun “Sipemakan hati”. Maka duri dan mehnah adalah hiburan kepada para dai’e kerana itu bukti kebenaran dakwah yg dibawanya.

Kadang2 air akan mengalir melaui bawah tanah. Tidak kelihatan tetapi sesampainya di suatu tempat dan ketika dia akan bergabung juga dengan arus perdana atau kalau selama2-nya mengalir dibawah tanah dia pasti akan sampai juga di muara. Begitu jugalah meletakkan strategi ahli dalam membawa manhaj dakwah dalam jemaah yg benar lagi tersusun. Kebenaran yg kucar-kacir akan dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun. Maka ada juga individu/anasir2 dakwah yg bersifat terang terangan (Zahir) dan yg bersifat sirriah. Maslahat ini bergantung kepada suasana dan kepentingan stretegik dakwah dan jemaah. Banyak sekali sirrah nabi tentang kelicikan strategi dakwah yg telah tercatit.

Akhawat fillah…
Banyak sungai, banyak cabang. Semuanya membawa air yg sama dan akan sampai kemuara yg sama. Ana berfatwa bahawa banyak jemaah yg berada atas asas dasar dan jalan yg benar. Janganlah kita kata mereka itu salah dan berdosa jika berada dalam jemaah mereka. Inilah salah satu penyakit para dai’e. Marilah kita terima meraka sebagaimana mereka menerima kita. Berbaik sangkalah bahawa mereka juga melakukan amal yg sama dengan amal kita. Kalau kita ikhlas melakukan amal maka kita kena percaya bahawa mereka juga ikhlas beramal. Jangan sekali berselilih dalam hal ini kerana akan melambatkan perjalanan arus dakwah. Orang yg banyak bercakap tentang perbzaah ini sebenarnya tidak faham tentang dakwah dan biasanya mereka bukan berada dalam arus dakwah yang sebenarnya. Awaslah akan adanya mereka yg menganggap seruan memburukan jemaah lain dan jangan masuk itu dan ini adalah sebahagian dari dakwah. Mereka Inilah musuh dakwah sebenarnya sedang mereka tidak menyedari kerana kejahilan atau salahfaham mereka tentang dakwah. Na’uzubillahhhh…..

Sesungguhnya amal adalah buah daripada ilmu dan keikhlasan. Ilmu yang kita peroleh di dalam halaqah, tatsqif dan ta’lim harus mengesani secara positif dalam kehidupan kita sehari-hari dalam masyarakat tempat kita beramal. Kita tidak boleh merasa puas dengan kegiatan tarbawi, tatsqifi, dan tanzhimi yang tidak ditranformasikan kepada masyarakat. Kita tidak boleh menganggap cukup dengan aktivitas tarbawi yang bersifat internal tanpa mengembangkannya dalam bentuk amal daa'wi dan kegiatan sosial kerana konsep tarbiyah yang kita yakini adalah memadukan tarbiyah nukhbawiyah (pembinaan aktivis dakwah) dan tarbiyah jamahiriyah (da'wah 'ammah yang bersifat terbuka dan massif).

Jadilah pekerja da’wah yang berperanan aktif dalam berbagai kegiatan yang diselenggarakan oleh stuktur dakwah. Janganlah kita menjadi penonton dalam persaingan dan pertarungan da’wah yang hanya tertawa, bergembira, bersorak-sorai, bertepuk tangan dan bersiul menyaksikan pemain yang bertarung untuk merebut kemenangan di medan pertandingan atau kadang kala berkomentar negatif jika pemain melakukan kesalahan.

Kita tidak mengenal istilah pemerhati da’wah dalam kamus da’wah kita kerana yang ada hanyalah aktivis da’wah dan harakah. Oleh itu, janganlah ada di antara kita yang menjadi pemerhati da’wah tapi hendaklah menjadi aktivis dakwah dan harakah.

Amanah dakwah terbuka luas di hadapan kita. Demi Allah, sesungguhnya sangat ramai mereka yang menunggu-nunggu sentuhan dan belaian dakwah dan tarbiyyah Islamiyyah ini, maka adakah masih ada alasan untuk kita banyak berkata daripada beramal?. Kasihanilah mereka…adakah kita hanya ingin memasuku syurga allah sendirian dengan membiarkan mereka dimamah dunia yg rosak lagi merosakan ini. Percayalah ubat kepada penyakit masyarakat yg rosak ini hanyalah dengan dakwahfillah. Dan dakwahfillah hanya datang dari mereka yg ikhlas. Ikhlasnya amal datangnya dari iman yg ‘amiq.

Ukhtifillah...bangkitlah antum dengan muasafat2 muslim cemerlang.Ingatkah 10 muasafat dari hadaf tarbiah?. Mengalirlah dalam darah umat ini dengan cahaya Al-Quran. Bangunkanlah mereka yg sdang tidur. Kerana titangan2 kamu yg mulia itulah harapan bagi umat ini. Ana hanya berpesan...dan menyampaikan. Ya Allah aku telah sampaikannya dan tunaikan amanahMu sedaya-upayaku. Maafkanlah jika aku terkurang dan terlalai.

“Yaa Allah Muliakanlah diri kami dengan dakwah. Matikanlah kami semua bersama atas jalan dakwah dan para syuahada syg merindui yahid atas jalanMu ini. Ya Allah terimalah amal kami…ikhlaskan amal kami hingga kami datang menemuiMu nanti dalam redha dan meredhai”. Amin.

“MOGA DIMANFAATKAN TULISAN ANA INI-SEBARKAN”

June 14, 2010

“Menghayati Sungai …Menifestasi arus Dakwah”


(Pendahuluan: Artikel ini ana susun-tulis semula dari tazkirah yg ana sampaikan di “cek Point-2” Air terjun Lata rex, Kuala krai, dalam Mukhayyam akhawat ITP yg lepas. Semoga dapat dimanafaatkan juga oleh ikhwah/akhawat yang tidak menyertai Mukhayyam ini. Kepada mereka yg hadir dan dapat merasai secara LIVE sambil menghayati kebesaran dan keindahan ciptaan Allah ini (Lata rex), dapat baca semula utk memantapkan lagi kefahaman dan ingatan antum kepada modul Mukhayyam yg diperuntukan utk hadam. Bagi mereka yg tidak berpeluang untuk hadir, ana harap cuba-cuba lah menghayatinya…moga Allah merahmati antum. Amin.)

Segala puji hanya bagi Allah yg memelihara hati dan jiwa kami, yg membulak-balikkan hati kami, yg yg menghidupkan jiwa kami dan umat ini dengan dakwah.Maha suci Allah…maka peliharalah diri kami dari futur dan berasa lemah. Ya Allah muliakan kami dengan dakwah. Selwat dan salam kepada nabiMu dengan selawat yg berkekalan hingga hari kiamat.

Sungai (air terjun) yg cantik dan Indah ini Allah menciptakannya 4 billion tahun yg lalu. Bayangkan bagaimana dalam masa yg begitu lama Allah sempurnakan kejadianNya. Tak jemukah Allah?.Sedangkan boleh saja Allah menggunakan Kun-fayakun. Bosankah Allah atau sia-sia saja Allah ciptakan semua ini…untuk main2. Anda tentu boleh hitungkan jika 63 tahun dibandingkan 4.5 billoin tahun. 63 tahun dimensi masa yg Allah kurniakan kepada setiap umat Muhammad (s.a.w) ini adalah sangat singkat dan tiada makna. Jika dibahagikan 63 tahun dengan 4.5 billion sama dengan 0.0000000014 hari atau 0.000000504 tahun. Itu pun kalau 63 tahun adalah kita gunakan utk ibadah.

Kalau hanya 10 % darinya kita gunakan untk ibadah bayangkan berapakah asset masa yg Allah kurniakan kepada kita. Itulah modal yg Allah bekalkan kepada kita utk berjual beli yg mana untungnya kita akan kutip di akhirat. Banyangkan masa sesingkat itu kita nak kena gunakannya utk melaksanakan amal, yg dengan amal itu kita nak bayar syurga Allah seluas langit dan bumi…masyaAllah alangkah bodohnya kita ini jika masih belum mengerti tentang masa.Banyak kali Allah bersumpah dengannya dalan al-Qquran. Kerana itu Allah tidak pandang dunia ini…yg saban hari kita kejarkannya sampai tak sudah-sudah…Jangan tertipu wahai para dai’e.

Kembali kita pada sungai yg berada didepan kita ini. Mari kita selidiki sifat-sifat sungai ini.

-Bermanafaat pada manusia; utk mandi, sumber air minuman dan menyirami tanaman
-Berliku-liku; semain dekat muara semakin berliku
-Banyak cabang; sedang sungai mengalirkan air yg sama dan akhirnya sampai kemuara yang sama
-Ada arus perdana yg mengalir deras dan ada yg tersisih terhenti mengalir.
-Jernih dihulu dan semakin keruh dimuara apabila semakin berliku
-Ada batu yg menghalangnya ia berhenti…hingga terkumpul kekuatan dia akan mengalir jua meruntuhkan benteng2 yg menghalang jalannya…atau dia akan mengelak membina arus sungai yg baru.

Amal merupakan natijah yang tidak dapat dipisahkan dari iman. Imam Hasan Albasri menegaskan bahwa iman bukanlah angan-angan dan harapan hampa, akan tetapi ia adalah keyakinan yang mantap dalam hati dan dibuktikan dengan amal yang nyata. Bermulanya urusan dakwah ini adalah tabiat dari Iman yang ‘amiq yg menghunjam dalan hati. Sbenarnya amal dakwah ini adalah buah dari iman yang sempurna.

Aktivis dakwah yang konsisten berharakah ibarat air sungai yang sentiasa mengalir dengan baik , membekalkan air yang sihat untuk hidupan-hidupan yang memerlukannya. Dimana saja dia melaluinya akan meratalah kerahmatan dan kebutuhan tumbuh-tumbuhan. Aliran sungai itu takkan berhenti hinggalah menemui muaranya.
Begitu juga dai’e kemana dia pergi yg dibawanya adalah kerahmatan dan hidayah pada manusia. Ingatlah daie’ bukannya penghukum tetapi pembawa kerahmatan dan cahaya Nubuwah kepada umat ini. Kejahilan dan kejahatan umat ini idak dapat dibasuh dengan cemuhan dan kebencian para daie’. Ingatkah kita kepada kemaafan nabi kepada penduduk thaif. Ingatkah kita kepada sifat rahmah Nabi semasa memaafkan hindun “ sipemakan hati”. Ingatkah kita kepada Seorang wanita tua,miskin lagi buta disuapi nabi setiap pagi. Sedang kerjanya Wanita yahudi itu hanyalah memukul2 sebatang kayu sambil memaki hamun nabi di salah satu penjuru Bandar madinah. Ingatlah Akhlak seorang dai’e adalah mewarisi akhlak kenabian. Seorang daie itu tidak akan berhenti melaksanakan amal dakwahnya sehinga tertegaknya daulah yg dijanjikan itu, perumpamaan arus sungai yg akan terus mengalir hingga menemui muaranya.

Aktivis dakwah yang mukhlis bersama dalam harakah dakwah adalah untuk memberi dan bukan untuk meminta, sudah semestinya kita mengurangi beban dan bukan menjadi beban dan bahkan menjadi kewajiban kita memberikan seluruh potensi yang kita miliki untuk da’wah dan bukan mencari keuntungan dari da’wah.

Ingatlah, sesungguhnya orientasi kita dalam harakah dakwah ini adalah orientasi amal dan hanya amal lah yang dapat mengangkat derajat kita di sisi Allah subhanahu wa ta'ala serta membuat Allah mengakui kita sebagai aktivis da’wah. Allah berfirman:

“Dan berbuatlah kamu, maka Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman akan melihat amal kalian, dan kalian akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. “ (At-taubah :105)

Sebab itu seorang dai’e itu hiduplah untuk orang lain bukanlah hanya utk diri sendiri. Orang yg hidup utk dirinya sendiri bila mati akan terhentinya amalnya. Tetapi dalam jemaah dan dakwah yg tersusun tanzimnya membolehkan kita hidup utk orang lain. Percayalah dakwah ini tidak akan terhenti hingga hari kiamat walaupun kita sudah mati. Ini janji Allah dan sunnatulah. Amal kita hidup dengan orang lain sebagai penyambungnya. Amal dakwah adalah seperti lari berganti-ganti. Syukurlah…denga nikmat iman, Islam, dakwah dan jemaah ini. Kita berpeluang memberi kerana Allah allah pasti memberi jua… kalau tidak dibalasi didunia ini diakhirat Allah tetap akan dibalasiNya. Orang yang meletakkan keutamaan hidupnya dengan dakwah ia pasti akan dapat manafaat dakwah. Dakwah mendarah daging dalam dirinya…mengalir hangat dalam darahnya. Jangan macam Haiwan. Haiwan kena paksa uzurnya…makan, ninum, tidur dan sex. Dakwah taqdimulhayah. Didik anak2 kita dan anak orang lain dengan dakwah…kita didik anak orang lain nanti orang lain akan didik anak2 kita. Anak2 kita akan cinta dakwah bila lihat kita mencintai dakwah dan hidup/mati adalah diatas jalan dakwah yg mulia ini. Muliakanlah diri kita dengan dakwah.

-Sungai yg tersisih tidak mengalir bukan saja tidak bermanafaat pada orang lain malah Akan busuk dan rosak lagi merosakan orang lain yg. Air mesti bergerak dan terus mengalir. Seperti matahari kelihatan cantik pada alam ini kerana dia bergerak. Kalau dia diam binasa dunia ini. Ranting yg memutuskan dirinya sendiri akan reput tetapi dahan pokok akan bertunas dan akan tumbuh dahan yg lain. Begitulah umpamanya mereka yg menyisihkan diri dali arus dakwah. perumpamaan aktivis dakwah yang mun'athofaat yang mana potensinya membusuk menjadi negatif kerana lemahnya iltizam dan konsisten berharakah dengan dakwah ini ….(bersambung)

June 7, 2010

Dairi Jun (cuti semester)

Cuti Semester Kali ini agak subuk juga.

3 June: Konvo IPG Kampu Sultan Mizan
-Semua pensyarah terlibat
-Dapat jumpa dan ucapkan tahniah kepada xstudent yg telah posting
4-6 June: Mukhayyam IPT
-Fiq Aulawiat (Pak fahri)
-Manusia dan kebenaran (Akhi Saidi)
-perjalan misteri-tentang sungai dan dakwah
-Orang asli (komunikasi dan dakwah)
-bee farm (Madu dan Al-Quran)

7-9 June: Grand Continental Hotel, K Terengganu bersama k cah.
10 June balik rumah sat ambil anak bersiap utk balik kampung (pahang).
11 June: Mukhayyam Pusat Pend Aman (PPA)di Lata Belatan
-Semua guru SRI dan SMI terlibat
-Baba kena buat pengisian slot ESQ-"Kembalilah"
11-14 june: balik Pahang bersama anak2.
15-16 June: Masuk Pejabat sat: bagi lecture utk Kursus Induksi
19-20 june: ke KL majlis pelancaran IM

Minggu akhir cuti datang pejabat untuk persiapan sem julai 2010 dan minggu orientasi pelaajr baru program persediaa Ijazah,Iajzah Sarjanamuda Pend. Dan KPLI

June 1, 2010

Kenyatan Ulama' Dunia



Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majority umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulamak juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada’ dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza, kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.
Justeru, barisan ulamak menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulamak mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah Negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan Negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuhan, institusi-institusi, rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.

Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu reality yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah:87)
Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan talibarut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negative sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya. Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua Negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Negara Arab, Negara Islam dan semua Negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan. Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah Negara. Dedahkan identity mereka dan usir mereka dari semua Negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.
Oleh kerana ulamak dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulamak dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang. Ulamak dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.

Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA