Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
May 22, 2011
18 tahun berkumpul memenuhi bola mataku...
ISNIN 22 Mei 2011.
Sepertinya langit tiada lagi dipagari bintang
pilu hatiku seluas lautan mataku melihat
sedar olehku bahawa pinjaman itu sudah tamat tempohnya
namun kejora itu masih bersinar
semua helaian kenangan
terkumpul di depan mataku
sambil hati dan akal merewang-rewang entah ke mana
ku sambut pemergian ini
dengan serubu kalungan doa
Petang ini seperti biasa aku meninggalkan pejabat slepas solat asar utk pulang kerumah. Suasana petang pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dan pantai Irama disepanjang pantai mewarnai perjalanan pulang yg menjadi rutin hampir setiap hari. Biru Laut Cina Selatan menjanjikan seribu kedamaian dan ketenangan. Sambil menikmati suasana ptang ini kekadang terkuak gurauan anak2, bermain2 dengan merka dihalaman rumah pada waktu petang. Lambaian mereka menjadi aroma jiwa seolah2 mmanggilku untuk pulang cepat setiap hari. Main badminton, Ping Pong dan kekadang basuh kereta dan sirami bunga2an di pagola. Bersama anak bagaikan menatap kuntuman bunga yg sedang mekar dilaman jiwa ini.
Tetapi, pada petang ini hiba perasaan ini terasa cengeng sekali. Kepulangan yg selalunya sangat mengujakan, solah olah diranggut dari hati ini. Persis kembali kerumah kosong tak berpenghuni. Kepulanganku seolah2 sudah tidak dipanggil lagi. Seperti aku menuju destinasi yang sangat jauh dari kesampaian. Jiwa menjadi sayu seperti ada sesuatu yang hilang dan kekosongan batin. Perjalananku pulang kerumah petang ini menjadi kelam dan mundur. Dalam diam kelopak mataku tak dapat lagi menahan banjir yg melimpah… aku membiarkan saja kerana asyik. Kereta NAZA Ria yg aku pandu terus memeblah bayu petang. Kelihatan awan hitam mengendong air yg sarat tanda hari akan hujan. Laut membiru dihiasi ombak memutih melambai lambai dari kejauhan. hmmm mndamaikan.
Yaa.. memang kehilangan seorang anak; setalah 18 tahun aku membesarkannya merupakan asakan jiwa yg kepalang. Bermula dari saat aku azankan dan iqamat ditelinganya saat dilahirkan; setiap tahun, minggu,setiap hari dan seetiap saat aku mengikuti perkembangannya. Hari ini dia mula mengatur langkah kaki pergi. Setalah 18 tahun ditatang kami telah memberi segalanya untuk membesarkan dia dalam suasana yg terbaik. Tetapi pada hari ini masa,kesempatan dan hukum alam telah merampasnya dariku. Maka selpas ini kurang 1 makmum solat berjemaah dirumahku. Selepas ini tiada lagi sahutan “ Alonggg ajak adik2 ..jom solat”. Slepas ini tiada lagi sahutan…”Along jom solat di masjid bersama adik2”.
Along…! banyak membuatkan baba menangis bila terkenagkan sejarah hitam 1998, kemalangan yg hampir meragut nyawa Along, yg sering membuatkan baba mengigil saat terkenangkannya. Syukurlah Along sihat 100%, Allah tidak menguji kita ujian yg tak sanggup dihadapi. Baba sangat sayangkan Along, Along sangat halus jiwanya, jujur dan ikhlas sesuai dengan nama Uwais (AlQarni). Baba percaya masa depan Along akan ada khidupan yg cerah. "slow learner" dalam khidupan yang sangat jujur akan sntiasa dalam rahmat Allah.
semasa meletakkannya nama Along dulu baba sangat mencintai seorang sahabat Nabi (tak pernah berjumpa dengan nabi) yang tidak terkenal dibumi tetapi terkenal dilangit. Sirah sahabat ini telah menjadi inspirasi baba semasa belajar di UKM.
18 tahun rasanya sudah terisi semuanya dalam dada Along,walaupun masih banyak yg kurang. Pengalaman sebagai Head boy,sebagai Naqib usrah, Staff Sarjan KRS Musleh, Program pewaris MUSLEH dan IKRAMteen menjadi belakan berharga utk Along meneruskan kehidupan sebagai Mahasiswa. Harapan baba semoga Along dapat mewarisi perjuangan Baba dan Ummi. Sebagai daie',sebagai pewaris risalah kenabian dan sebagai penyambung dakwah dan tarbiah ini. Baba sungguh bangga dengan perkembangan Along, sudah bisa memahami dan brjalan seiringan bergandingan dengan baba dan Umi.
Sebenarnya kepulangan petang terasa sayu kerana pada pagi tadi aku dan umi baru saja hantarkan Along ke UiTM Machang. Along dapat masuk UiTM Machang, course Computer Science. Mulai hari ini Along mula melangkah kaki keluar dari rumah dan semakin menjauh dari baba,umi dan adik2 yg lain. Mulai hari ini juga bermakna sudah tiba masanya untuk along belajar berdiri atas kaki sendiri. Mulai hari ini Along sedang menuju kedewasaan. Mulai hari ini Along kena belajar erti peritnya kehidupan. Mulai hari ini Along harus belajar membina kehidupan sendiri. Berdiri dan berjalan atas kaki sendiri.
Teringat pula semasa aku mulai meninggalkan kampong kerana dapat memijak menara gading UKM pada Julai 1986. Barulah aku faham prasaan seorang mak/ayah yg kehilangan anak. Tangisan mak/ayah semasa menghantarku di stesyen bas KB. Begitulah hukum kehidupan. Dan begitulah bagaimana alam menghiburkan kita tentang kehidupan.
May 18, 2011
TERJAH MINGGU PEPERIKSAAN...
Untuk anak2 yg sedang menghadapi peperiksaan….“SEMALAT BERJUANG”
Jadilah mahasiswa yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Mereka2 yg sentiasa memikirkan perkara2 besar akan sentiasa merasakan kecilnya masalah remeh. Adakah masalah yg lebih besar daripada masalah Ummah, Dakwah dan Tarbiah dan mengIslahkan masyarakat yg sedang tenat ini. Bukankah ini kerja para nabi2 dan rasul2 yang mana inilah tujuan mereka dibangkitkan.!!!.
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama yang ada mahasiswa. Kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya pemuda (mahasiswa), sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.” (Al Kahfi:13)
Kesimpulan; inilah yg menjadikan antum akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu antum itu akan menjadi bertambah berat. Oleh itu sepatutnya anak2 berpandangan jauh dan bekerja keras, bahkan mestilah antum menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Anak2ku,
Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut ialah supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.
Anak2 yang berada di penjara menara gading hari ini, sunguh bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan risalah kenabian.
Oleh itu, bersedialah wahai pemuda pemuda dan serikandi; alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak mengislah diri dan rakan2 taulan. “’Islah nafsaka, udu ghairuka”. Perbaikilah dirimu dan serulah masyarakatmu.
Anak2ku,
Minggu peperiksaan ini adalah seranah perjuangan dan sebahagian Al jihad kecil dalam kebanyakan jidah dalam kehidupan antum. Kamu suka kecemerlangan,mak ayah suka kecemerlangan tetapi sebenarnya Allah lebih suka kepada pemuda2 yg cemerlang, pemuda2 yg mengabdikan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah. Kecemerlangan hanya utk Allah dan kehebatan hanya untuk Islam. Alangkahnya rendahnya dan sia sia bagi mereka2 yg hanya belajar kerana Gaji, kerana sebuah kereta,sebuah rumah,kerana mak dan ayah apatah lagi kalau hanya utk seorang wanita/lelaki yg sering mendorongnya saban hari. Tetapi alangkah hebatnya,alangkah mulianya bagi mereka yg menghadiahkan kesungguhan dan kecemerlangan untuk Allah, untuk agamanya dan untuk seluruh umat ini yg sangat dhaif,jahil,hina dan dihinakan.
Wahai anak2ku; Wahai Pemuda2 Ashabukahfi ikhlaskan seluruhnya amal kamu. Sembahkanlah semu bakti kamu hanya untukNya. Kamu insan terpilih, antum umat terbaik yg dibangkitkan. Kamu insane yang telah difahamkan dan memahami erti dakwah dan tarbiah. Tolongkah agama Allah nescaya semua harapanmu akan Allah tunaikan. Percayalah pada janji janji Allah…jika kamu mengetahui. Kerana allah telah membuka pintu pintu faham kedalah hati kamu melalui tarbiah ini…
SELAMAT BERJUANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. MOGA ALLAH REDHA KAMU DAN KAMU MEREDHAINyA. NANTI BILA DIBANGKITKAN KELAK DAN DIKIRA AMAL KAMU…MUDAH MUDAHAN KAMU BUKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUFLIS ORANG YANG MERUGI.
NANTI BAKAL MENYUSUL “ BINGKISAN CUTI….”…hujan gerimis menemani perjalanan pulang

45 Tahun Penuh Makna
Setelah membaca berjilid naskhah buku takdir
menyemak kembali setiap helaian nafas
mencari ilustrasi bunga-bunga
serta ayat-ayat wangi
ahhh…Aku seperti rumput dan pepasir
cemburu pada burung-burung bernyanyi
yang hinggap pada setiap dahan kehidupanku.
coret duka dan gundah pada naskah
dititip pena dengan tinta rahmah
lakaran warna pelangi
pada semua lembaran takhdir
erti 45 tahun pada makna usua...
PAGI INI 11 MEI 2011
Pada pagi ini seperti biasa selepas bersihkan badan dan berpakaian kemas.. Ana solat subuh berssama anak selum pergi kerja. Selepas solat ana minta e-deen bacakan doa. Bacaan doanya bagu sekali. Katanya biasa kena jadi imam di sekolah untuk tahap 1. eden tahun tiga kenalah memimpin tahun 2 dan1 agaknya. Aku umi dan anak2 yg lain mengaminkannya. Selepas solat seperti biasa dapat ciuman manja dari anak2. Subhanallah…keharuman anak2 adalah bau syurga. Ana cium berulang kali utk setiap anak2. Teringat bahawa rasulullah sangat suka mencium anak, hingga rasulullah pernah berkata bau anak2 adalah bau syurga.
Sebentar kemudian Ana dapat ucapan selahat hari lahir hari semua anak2. Sekal lagi mereka cium pula pini ini. Tiba2 e-deen berlari dan datang bawa hadiah utk baba. “Ini hadiah dari e-deen dan Ateh utk hari jadi baba”, katanya. “Terimakasihhhh… baba sayang e-deen”. Aku peluk e-deen sambil mencium pipinya. Lepas itu ana dapat ucapan selamat hari lahir dari Umi. Beginilah rutin pagi kami sekeluarga.. sebelum melangkah keluar meninggalkan rumah utk pergi kerja dan anak2 pula akan kesekolah pula selepas itu.
HP hari ini pula bertalu2 terima SMS dari anak2 Mizan ucapkan Selamat Hari Lahir. Ada yg hantar tepat kul 12 malam tadi lagi. Pagi ni juga ramai yg ucapkan selamat!, selamat!..juga bila jumpa di Kampus. Tetapi, semasa solat zohot di masjid tgh hari ni, lain sekali ceritanya. Tengah solat…tiba2 , kedengaran tangisan rakan sebelah. Dadanya berombak2 kencang sekali . Dalam hati ni kenapalah ekkk…ada juga kes istimewa ni. Rupa2nya ada juga rakan2 pensyarah menangis amat semasa solat. Solat zohor pulak tu. Selapas solat ana pegang lututnya. “Kenapa syeikh…apa yg menimpa jiwa anta?...ana Tanya lembut. “Syukurlah allah masih panjangkan umur ku”… jabnya sebak sambil tangan menyapu air mata dimukanya. “Ooooo..hari lahir anta hari ni ke?”. Ana Tanya sunguh2. “Ya “ jawabnya. Anapun keluarkan IC tujukkan kepadanya bahawa Birth day ana pun hari ini juga. “Wahhh kita sama lah..tak sangka ek, sahutnya sambil keluarkan IC nya pula…Pensyarah ni ialah pensyarah jabatan IT kaki masjid dan selalu keluar makan pagi sama2 dengan ana.
Hmmm…begitulah peristiwa yg hanya berulang setahun sekali. Bagaimana waktu menghiburkan kita tentang makna kehidupan. Tidak sangka, tak diminta dan tanpa disedari…rupa2nya riben kehidupan bagi diri ini sudah 45 tahun hangus dan yang tinggal sudah semakin pendek sebenarnya . Begitu pantas masa memacu meninggalkan kita. Begitu singkat usia dan kecilnya waktu apabila ianya sudah berlalu. Begitu cemburu umur dengan kita ..pergi tanpa apa2 pesan bicara.
May 7, 2011
Kesibuksn Mengigit Kesempatan
Namapaknya minggu2 akhir sem ni kesibukan mulai mengmimpit kesempatan. ISO folder, MQA dan markah2 akhir kerja kursus pelajar nak disubmit. Disamping itu aktvt bukan rutin pejabat pun tambah banyak. Tambahan hujung minggu ni Ana balik ke Pahang kerana anak saudara (Aiman ridhwan) yg kami prgi ziarah di GH Kl 2 minggu lepas telah kembali kerahmatullah. Anak kcil umur sepuluh tahun mengidap kenser... Kematiannya malam jumaat dalam pukul 8 malam...pcik wan call yg membawa ana sendiri sebak, tersekat2 kelam suara ini. Bila cakap pada umi...ana lihat banjir deras yg melanda kelopak matanya. Ana faham Aiman ridhwan adalah anak susuan kami sebenarnya.
Ana sekelauarga semuanya balik Pekan Pahang. Jenazahnya di kebumikan di Kg Jambu, Syah Bandar, Pahang.
Pagi tadi dalam kereta semasa dalam perjalanan ke Office...air mata ini tumpahh...mencurah2 tak dapat ditahan lagi. Kerana mendengar Ustazah Hafizah yg menjadi tetamu Pian dan Siti dalam radio IKIM. Mereka sembang pasah hari ibu. Terkenangkan hidup ini yg banyak sekali nikmat ygAllah hadiahkan hingga saat ini. Terbias semua rencah kehidupan ini, tersimpul pada baris baris dalam memori yg telah mengolah insaf yg mendalam. subhanallah....
Teringatkan kesibukan kebelakangan ini...sudah 3 minggu tak sempat ziarah mak di KG. Kerana ketiga3 minggu ni berada diluar negeri (Kel). Beginilah kehidupan bila saat dimana Allah mentarbiah kita. Pengalaman adalah guru paling benar...Ilmu yg paling diyakini....selagi hati kita masih suci bersih dan dalam jagaan pelukan kerahmatan Allah sentiasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...