November 30, 2008

Borobodor suatu penyaksian tauhid.


26 Nov.2008: Pd pagi ini aku check out seawal jam 7 pg. Maknanya kami takan kembali lagi ke hotel ini. Lepas B’1st aku terus menaiki bas untuk menyertai rombongan ke Borobodor tample selepas itu bas akan hantar kami terus kami ke Air Port

Architecture borobodor hamper sama sahaja dengan Parambanan tample, cumanya keluasan dan saiz tamplenya lebih besar. So..tiada apa yg menyentuh. Ukiran2 di dindingnya pun serupa. Daripada penerangan tourist guide chandi ini dibina pada abad ke8 dan ianya dijumpai penjajah belanda. Semasa ditemui sebahagian besar chandi ini telah musnah yang terdapat hanyalah runtuhan yang sebahagiannya telah hancur menyembah bumi. Dan seluruh kawasan ini telah ditinggalkan dan hutan sudah memenuhi kawasan ini. Gambar2 di papan tanda yang diletakkan disekeliling jelas membuktikan warta sejarah ini.
Persoalan biasa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa kegemilangan sesuatu peradaban atau tamadun manusia boleh lenyap dan terus tanpa sisa. Ada orang mengatakan tamadun borobodor lenyap kerana berlaku letusan gunung berapi hinggakan menghancurkan semua penghuni kotanya. Berbagai teori dan andaian telah dibuat. Aku sungguh yakin bahawa mereka semuanya tidak lenyap, bangsa mereka tidak pupus tetapi yang hilang ialah kepercayaa mereka dan peradaban mereka bersama hilangnya kemegahan borobodor. Apakah yang melanda dan mengantikannya?...aku sungguh yankin cahaya keimanan, cahaya nubuwah yang telah melanda setiap hati dan jiwa mereka mengantikan budhism. Allah lah yang mengilhamkan jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan. Buktinya, pribumi tetap ada disekeliling kota berhala itu tetapi masjid bertaburan disekitarnya. Dan bangsa itu adalah bangsa yang sama mewarisi tanah pusaka nenek moyang mereka. Cuma yang berubahnya ialah wajah diri mereka yang sudah diganti dengan warna keimanan dan ketauhidan. Tetapi siapa yang memusnahkan borobodor?. jawapannya ialah tangan-tangan mereka sendiri kalau tidakpun mereka hanya membiarkannya. Seperti sejarah nabi Ibrahim dan sejarah pembukaan kota makkah. Ketuhanan telah mengantikan keberhalaan dan kota borobodor ini telah membuktikan suatu penyaksian tauhid ini dan ke-esaan rabb.

Dan aku amat senang sekali berada disini dan sungguh terharu melihat wajah wajah masyarakat yang diwarnai cahaya keimanan. Suasana mereka hamper sama saja dengan suasana masyarakat tempat kelahirku, Kelantan. Seolah-oleh peradaban ini telah lama mendarah daging dalam kehidupan masyarakat di sini. Cuma yang mentanda-tanyakan dibenak hatiku ialah siapakah mereka yang telah membawa cahaya itu dan bagaimanakah method mereka?.
Inilah sunnatullah bahawa:Apakah yang bisa mengantikan kepercayaan yg rosak selain dari keyakinan yang jernih. Kalau kekafiran yang mewarnai hati sesuatu umat maka cahaya ketuhana@rabbani yang bisa menyelamatkannya. Sepertimana kegelapan jahiliah yg mengelilingi kaabah maka kesucian tauhid yang membasuh seluruh kokotorannya. Ibarat cinta: kalau cinta adalah punca sengketa maka hanya cintalah yang bias mencegahnya. Memang benar kata-kata Dr. Yusof qaradhawi, punca masalah umat ini tarbiah (pendidikan) maka dengan tarbiah jua lah yg menyelamatkannya.

November 25, 2008

HARI KE-2 D JOGJA

24 Nov 08:Hari ini sengaja aku lepak di hotel untuk siapkan bahan utk KBM staff 28 hb (jumaat ni). Lepas zohor aku cuba jalan2 bandar Jogja. Dengan teksi punya Mas Suprianto, gitu namanya. Sangat mesra orangnya. Aku pusing2 dan singgah makan nasi Padang. Sedap gak, tapi agak pedas. Lepas tu aku pergi ke (tample)Chandi parambunan. Chandi yg ke2 besar di Jogja setelah 30 mnit menyusuri jalanan sambil memerhati persekitaran dan budaya masyarakat. Rupa2nya di sekitar chandi ini masih ada masyarakat disini yg beragama Hindu, Majoritinya sudah beragama Island dan Kristian. Ada juga chandi2 kecil lain di sekitar Jogja ini tetapi tidak di lawati. Untuk masuk ke dalam kena bayar 8000 rp. Keluasan Chandi ini agak2nyalah 2KM persegi. Mngambarkan kekuatan pemerintahan dan kekuatan agama hindu pd suatu masa dahulu. Penat juga kalau nak habiskan semuanya.



Dari arah chandi ini kelihatan jelas sekali Gunong Merapi yg ketinggiannya 2300k. Tetapi puncaknya sentiasa diselaputi awan. Pd tahun 2006 kali terakhir aktif dan dari arah chandi ini lahar gunong berapi boleh dilihat dengan jelas. Pada tahun itu juga ia tidak meletus tetapi sebaliknya berlaku gempa bumi yg berukuran 5.7 skalar richter yang telah mengegarkan seluruh Bandar Jogja ini dan banyak runtuhan bangunan yg mengorbankan lebih 600 orang. Tidak terkecuali juga chandi ini yg ranap hamper separuh…dan ada yg condong dan sekarang ini masih di bina semula kerana Chandi ini telah diwartakan sebagai salah satu warisan dunia.


Aku sempat mengambil berpuluh gambar termasuk lukisan2 yg diukur pada batu yg mengambarkan kehidupan masyarakat pd masa itu. Terdetik dihati ini bahawa memang kuat pegangan masyarakat disini dengan agama Hindu. Semasa sedang asyik dan tertarik dengan binaannya, Azan asar kedengaran. Bukan satu masjid tetapi lebih dari 10 dari sekeliling chandi ini, bersahut- sahutan dan kedengaran seolah2 menyelubungi dan menerangi seluruh kesesatan yg pernah mewarnai daerah ini suatu masa dulu. Ternyata suara azan itu pasti amat ganjil jika didengari oleh masyarakat disini semasa kegemilangan Chandi2 ini dahulu. Terbayang dihati ini siapakah yang telah mebawa cahaya keimana kepada masyarakat in dan methodology apakah yg digunakan sehingga Berjaya menawan hamper seluruh hati masyarakat disini yg gelap, pekat dan mendarah-daging dengan hinduism. Hebat sungguh pendakwah2 itu…tentu sekali pahala yg berpanjangan adalah milik mereka. Kalaulah aku adalah mereka itu?...


Lawatan kesini telah membari pengajaran yg banyak dihati ini dalam meneruskan perjuangan sebagai daie’….maka adakah dakwah itu hanya berceramah saja. Atau adakah ianya bererti mendidik dan menabur cahaya keimanan dalam hati manusia dan juga tentunya pendakwah itu telah mendarah-daging islam dalam diri mereka terlebih dahulu dan telah melakukan daya usaha dan seluruh pengorbanannya bagi memastikan manusia mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga agama adalah hidup dalam kehidupan mereka!!!. …Dengan kata lain seorang daie’ tentunya memaknakan Islam dalam kehidupan mereka terlebih dahulu sebelum mencetak insan lain. Esok aku akan ke chandi Borobodor…pastinya lebih hebat.

November 24, 2008

Indon dan Jogja yang banyak kenangan...

23 Nov. Aku bersama Isteri akan ke Jogjakarta kerana menyertai Simposium Antarabangsa di Univ Gajahmada. Aku menginap di Santika hotel, 2 km dari kampus UGM. Semasa di LCCT satu musibah telah terjadi. Isteri telah di tahan oleh petugas Air asia semasa nak cek in. Dia ditahan kerana passport mati 4 mac 2009. Kami tak pernah tahu sebelum ini bahawa untuk keluar Negara tarikh sah passport mestilah melebihi 6 bulan. Masa tu gelabah gak..kawan2 rombongan yang lain nampaknya kena pergi dulu. Setelah puas mencuba rayu di LCCT dan call petugas semenar di IGM semuanya menuju jalan buntu. Nasib baik aku ada kawan orang kuat Imigresen. So…call dia direct dgn bos di KLIA. So aku dan isteri ambil teksi ke KLIA dari LCCT utk jumpa dia. So masalah passport dah selesai dalam masa 1 jam sahaja tetapi flight dah miss...

Tak mengapalah yang penting hari ini kami perlu juga ke jogja. Direct flight dah tak ada, yang ada hanya ke Jakarta. So kami ambil flight ke Jakarta. Buang lagi duit RM 1800 disamping tiket Air asia dah burn. Dari KLIA 4 30 dan kami sampai di jakatra kul 6 30, dah maghrib. Bergegas ambil tiket garuda Air ke jogja…kena belanja 1.3 juta . he he..banyaknye duit...dan akhrinya kami sampai gak di jogja dalam kul 10 mlm. Inilah hari yang penuh kenangan dan pengajaran dan sangat memenatkan minda. Sampai dihotel yang terfikir hanyalah merebahkan lelah seharian di lena yang nyenyak.

Selama sehari di Jogja ini banyak pelajaran yg kudapat. Semasa di air port: layanan semua petugas sungguh mesra sekali, memang terpiji budi mereka. Semasa aku solat maghrib sambil menunggu flight ke jogja,di kamar kecil Bandar urada Jakarta: Ruang solat hanya memuatkan 4 org shj dan tempatnya sungguh dhaif, tetapi amat bersih dan selesai solat kasut telahpun tersusun menghala keluar. Selesi solat aku berbual2 dengan penjaga, isterinya mengandung 8 bulan…sempat ku bersdekah utk anaknya yg bakal lahir itu…

24 nov: kami menyertai rakan lain ke Univ. Gajahmada utk menghadiri “INTERNATIONAL JOIN SYMPOSIUM-IN BIOMEDICAL SCIENCE”. Semasa tengah hari, sengaja aku berjalan kaki sendirian utk balik kehotel, melalui kampus UGM dan lorong ditengah2 bandar. Rumah mereka kecil2 dan rapat memenuhi sampai ke tebing sungai yang curam. Penduduknya sangat padat. Walaupun teramat asing dibumi orang tetapi sangat aman dan macam tempat sendiri jer. semasa sesat dalam perjalanan utk balik ke hotel, aku bertanyakan mereka dan ternyata mereka amat honor dan very helpful.

Semasa dalam garuda Air gula-diberikan oleh peramugari. Dan yang menariknya ialah bukan gula2 tu tetapi apa yg tertulis disetiap kulit itu…cthnya “tidak ada yang sempurna kerana hanya dia yang sempurna”, “Cinta hanya kata sampai ada yang memaknainya” dan “hati hati dengan mulut anda, kerana anda tidak bias menarik lagi kata kata..”. terdetik dihati saya “..kreatifnya diaorang ni…”

Pada malamnya kami diraikan dengan makan malam dan tarian tradisional ..”hikayat Ramayana: srirama.”…Rupanya dari sinilah Wayang kulit Kelantan berasal. Dalam hatiku terdetik Islamkah mereka?...rasanya tidak kot, sbb disini ramai juga yang beragama kristian. dan pengaruh hindu masih kuat dalam masyarakat meraka.

Salam dari Jogja...

24 Nov 2008:Sewaktu atrikel ini ditulis aku berada di hotel suntika, ditengah tengah bandar budaya Jogjakarta, Indonesia.
Sekarang ini pukul 11 30 malam barulah punya kesempata untuk menulis lantaran Kesibukan yg menghambat.Maafkan baba nak, Semenjak hari akhir semester ini, baba sangat sibuk. Khamis 13 nov baba kena mengendalikan kursus ESQ:KBM untuk semua pelajar sem4. Kursus ini habis hari sabtu 15 nov. Pada petang itu juga baba terus ke Sungai Petani Kedah kerena memantau kursus kepimpinan yg dihadiri oleh semu ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Baba berada di sana hingga isnin17 Nov. Selepas merasmikan majlis penutupan kursus itu baba terus ke Air Port Bayan Lepas P Pinang kerana jemput Umi. Baba bersama Umi menginap di Hotel Vistana P Pinang kerana Umi ada Lecture di USM Penang. baba dan Umi juga ada urusan peribadi dengan bekas student Umi yang sekarang tengah houseman ship di Hospital P Pinang.

18 Nov Petang baba drive balik ke Kelantan bersama Umi.
19 dan 20 Nov (Rabu dan Khamis) Masuk office kejap kerana moderasi skrip peperiksaan november yang baru lepas dan Khamis ada lecture untuk Kursus Induksi KPLI dan KPLI-KDP JQAF. Jumaat sabtu boleh Free ckit..Kami balik kampung rumah mak dan bersama anak2.

Ahad 22 Nov 7 30 pg kena Fly ke Jogjakarta bersama Umi dan akan berada sana hingga 26 Nov. Dan nanti ada nanti 27 nov masuk office kejap dan 28 – 30 kena kendalikan kursus ESQ-KBM untuk semua staff bukan akademik...Dan selepas itu 30-2 Dis 08 kena ke Dungun Terengganu, Mayangsari Hotel kerana ada bengkel penulisan artikel untuk pensyarah….

Nampaknya cuti kali agak cbuk gak…maafkan baba nak…moga allah menjaga kalian semua. Along,Angah dan Cik tolong jaga adik2. Jangan tinggalkan solat dan biasakan baca Quran dan Al-Maathsurat di pagi hari. Sejuk hati baba bila dengar along baca maathsurat lepas subuh. Walaupun cbuk dan sering berjauhan dengan kalian, demi Allah doa baba tak pernah putus2…moga Allah menjaga kalian dan sentiasa dalam naungan rahmatNya selalu walaupun tanpa baba disisi.

November 16, 2008

Gambar Peserta Kem KBM




hai mat syoknya menulis...!






Saling mendoakan rakan.
Teman Sejati




Gambar kenangan:




Kepada pelajar yang nak memiliki semua video aktiviti,sebagai kenangan: Akrab persahabatan, Teman Sejati, demi Mata hari dan Detik Kematian...boleh lah dapatkannya melalui fasi-fasi..atau saya sendiri...bila buka semester Jan nanti. Selamat bercuti dan lakukanlah aktiviti2 yang bermanafaat..banyak baca quran, baca buku2 agama/yg bermanafaat dan dekati rakan2 yg soleh dan hadiri majlis2 ilmu dan jangan lupa berbaktilah kepada ibu/ayah. jadilah anak2 yg soleh.



















Kem Jatidiri:Keindahan Bersamamu (KBM)









Tanjung Chap Beach resort (Bachok)


TEMA: Masih Adakah Cinta-"Not Me Not Now"
12-14 Nov 08:
Adalah antara hari2 yang sangat bermakna dalam hidupku. Hari ini akan tertunailah semua hasratku dan pahit jerihku membuat kajian dan penelitian menyiapkan module ini. Kem Jati Diri ESQ:Masih Adakah Cinta “Not Me Not Now” untuk student sem 4. Kenangan sebelum dan semasa Kem diadakan mengumpulkan berjilid koleksi pengalaman peribadi yang tak mungkin padam. Dalam diam diam hati ini semakin faham dan mengerti makna sifat kehambaan dan keagungan zat dan sifat Mu ya Allah. Semakin terasa kerdil diri ini dalam mana terasa teramat agungNya. Terasa semakin dekatnya DIA yang tempat hati ini sentiasa menghadap, menyerahkan semua rursan ini. Yaa…memang aku yang telah menjalankan research dan mencari keseluruh maklumat yg mampu di capai…tetapi yang lebih menentukan kejayaan kursus ini adalah solat hajatku, tahajudku,munajatku,tilawahku dan zikirku yang menyelubungi perasaanku. Itulah suatu menifestasi penyerahan segala urusanku hanya padaMu ya Allah, Sehinggakan tangisanku sendiri melebihi ketawaku dalam masa 2 hari itu. Lalu terasakan bahawa teramat dekatnya ZatMU, menghiasi dicelahan lipatan hatiku…
Untuk peserta kursus: Maafkanlah jika aku masih punya banyak kelemahan dalam mempersembahkan module kursus ini. Kerana pada hari itu terasa aku masih seperti anak2 baru belajar. Memang module ini adalah testing dan sudah pastinya banyak correction jika ianya nak disasarkan kepada pelajar lain kelak. Saya benar2 mengharapkan tegurun membina dari kalian. Jadilah Insan yang jauh menyerlah dari yang biasa. Telahku lontarkan semuanya kedalam hatimu. terserahlah bagi yang ingin mengamalkannya atau meninggalkannya. Dan lepaslah tangungjawabku didepan Allah...Bila ditanya di padang mahsyar nanti....!!!. Ingatlah lagu DEMI MATAHARI yang telah sama sama kita nyanyikannya. beruntunglah bagi yang membersihkan hatinya dan amat rugilah bagi yang mengotorkannya...

Untuk Fasilitator: kalian amat dekat dihatiku. Hati ini menyangi kalian seperti aku
menyanyangi anak2 dan isteriku. Terimakasih yang tak terhingga. Moga Allah saja dapat membalasnya. Moga kita sama sama dianugerahkan Allah rasa Sakinah, Ukhwah Fillah dan Kerahmatan yang berpanjangan. Ya Allah Kau berkatilah semua anak2ku ini. Pandanglah mereka dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu. Hadiahkanlah kasih dan rindu meraka hanya kepadaMU….dan rinduku jua.


ole ole...Untuk Peserta Kursus:

Masih adakah cinta

Tanyakanlah pada jerat takhdir
Tentang sirnakah bahagia
Tentang matikah cinta dengan CINTA
Tentang kebodohan cinta semalam yang mengigit
calarkah mimimpi semalam yang akan aku tinggalkan
Dibalik kukuh pintu waktu


….dulu


aku punya cinta yang ingin kuberi padamu
bersama seluruh rindu yang bisa membuat angin berhenti berhembus
bersama seluruh sayang yang mampu membuat ombak kehilangan buih-buih putihnya
bersama seluruh kata yang terukir dalam bilah-bilah hati merahku

(hari ini …Aku ingin diam)

….dulu

aku punya cinta yang sanggup mendentingkan lagu-lagu indah pada setiap tetes embun
yang mampu menggetarkan ujung-ujung jemari setiap kali gelombangmu
mengusik sisi diamku
yang menyusun kata-kata biru yang terpancar tegas dari sudut-sudut kerling matamu

(Hari ini Aku ingin…pendam)

….dan kini aku masih punya cinta
walau bukan kamu pemiliknya.. tetapi DIA
DIA adadi antara detik jantungku yang semakin kuat berpacu waktu
DIA ada disetipa helan nafasku yang semakin cepat menggebu

sewaktu bayangmu menari di pelupuk mata hatiku
DIA ada dalam hatiku riuh mengiringi denyut nadi
waktu suaramu terdengar di telingaanku
DIA ada di ujung-ujung kukuku lincah menari mengikuti iramaku
waktu jari-jariku menuliskan puisi ini untukmu
DIA ada di semua sudut-sudut hidupku
dan untuk seluruh hidup ku nanti...
DIA tetap ada....

Ku selami masa lalu….
bersamamu Sejenak aku kembali bahagia
Namun pada pagi ini…Ku hanya menatap pintu yang telah kututup
Aku tetap akan melangkah pergi
Aku pun tak berani mencari cara membukanya kembali
Yang ku tahu bahagiaku hanya ada bersama DIA
Bersama tertutupnya pintu
Tiada lagi senyum semalam selepas hari ini
Yang ada hanya senyum kelam penuh makna memendam rasa
Dan aku mengerti antara CINTA
dan rasa ingin memiliki itu tidak sama
Ya Allah...
Berikan aku kekuatan untuk bisa beranjak pergi

Ya Allah...
Izinkan aku langkahkan kaki mencari bahagiaku lagi

Ya Allah...
Berikan aku mujizatmu untuk bisa merasai pintu
Mu yang terbuka buatku

Ya Allah...
Rahmatilah langkahku menuju cahaya Cinta-Mu
Karena ku tahu hanya cinta-Mu yang tak pernah pergi
Dan …ku tahu hanya cinta-MU yang tulus dan pasti.
hanya CintaMu yang hakiki...

Sekian.
suatu adaptasi
En Zul,
Tg Chap,14 Nov,2008.




November 10, 2008

Kuncup hasrat:Nasihat umar r.a. melalui SMS- 5 27 am.

Kali kedua insan ini telah menyentuh hatiku ini....

“x ada suatupun yang lebih berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas menikmati Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu mendapati kewujudan kasih saying kepadanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh”..Umar R.A”. SMS: 2008:11:11 5:27 am…

Begitulah bunyi SMS yang menyambar PDA Aku pg ni….Nada dering lagu saat pemergianmu (inTeam) memecah lenaku yang asyik. Bila terjaga: terdengan pula bisikan suara Isteri yg sedang bertahajjud di dekat hujung kakiku…MasyaAllah aku sedang menempah jalan kerugian pda pagi ini sedang malam yang indah ini akan meninggalkanku….Aku terus bangun dan mangambil wudhuk. Selesai berwudhuk aku terus keruang solat….Bila mengangkat takhbir saja,deruan air mataku melimpah deras…persis gerimis musim tengkujoh pada saat ini yang dapat kulihat dari ruang jendela ruang solatku ...Aku menangis didepanMu tuhan. Aku menagis kerana aku malu denganMu,kerana banyaknya nikmatMu kepadaku, yang tak terhitung oleh ku, dan pg ini aku sempat jua menghadap wajahMU dan zatMu yg maha agung. …rupa-rupanya anakku yang yang menghantarkan SMS itu telah jauh meninggalkan ku…Aku terlalai pd pg ini kerana malam tadi mataku ini dapat lena pada pukul 2 pg kerana siapkan folio utk audit OIS esok…hari hari yang terlalai adalah kesulitan bagiku dan keresahan bg perasaanku.

Lepas solat subuh berjemaah bersama Isteri: Seperti biasa salam dan ciuman buat isteri tercinta… Lepas bermaafan kurebahkan kepalaku atas ribaannya. Sambil berbaring kusandarkan lelah yang tak sudah2…Sambil Isteriku mengusap2, memicit belakang dan leherku. Terasa senang dan tenang sekali bila bersama insane yg dicintai dalam suasana seperti ini. Kami bebual2 sambil muhasabah tentang kehidupan, diri dan dakwah. Mlm tadi dia telah banyak membantuku menyiapkan bahan2 kursus KBM@ESQ yang akan ku berikan kepada stdent sem4 hujung minggu ini. Terima kasih kerana dokongan mu yang tek pernah terhenti wahai isteriku.

Dalam samar subuh hari ini…sebenarnya mataku mengalirkan gerimis… apabila mengenangkan semua nikmat ini. Tapi isteriku mugkin tak perasan,,kecuali sesekala perkataanku yg tersekat2. Sesungguhnya akan ku pegang seerat2nya Semua kasih saying ini, cinta….semua rasa rahmah dan mawadah ini…disulami jalan dakwah yg pnuh barakah ini. Memang apa yg kumiliki adalah lebih berharga dari dunia dan seisinya. Seperti nasihat Umar itu…dan aku sedang menikmatinya pada saat ini. Malah amat memahaminya sekali.
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU:HARI INI 11/11;Moga Allah mencintaiMu yang kerananya cintaku padamu lebih mendalam...
Dalam minggu ini juga, Aku sdang menyiapkan module dan bahan yg akan dimuatkan dalam kursus KBM IPSMB. Salah satu slot yg akan diberikan ialah tentang persoalan cinta/couple di IPT dan forum “Masih Adakah Cinta”… Utk itu aku telah membaca hampir semua apa yg dapat kucapai: buku,artikel,e-mail,blog, slid PP dan Video…Artikel dari naqib Net, Winter sonata, Video clip2 tntng cinta, bahan ABJZ, Ayat ayat cinta, hukum hukum dan beberapa video dari harunyahya.com. Bila meneliti tentang semua persoalan cinta ini: diantara ungkapan yg paling terkesan dihati ini ialah kata-kata Mari gadis kristian yang amat mencintai fahri...(CD ayat ayat cinta-boleh download free jer): “Fahri…Aku mohon maaf bukannya kerana kesalahanku tetapi kerana kebodohanku…Aku sekarang mengerti antara cinta dan rasa ingin memiliki adalah tidak sama…” Dan fahri tdak dapat mengucapkan cinta kepada Maria kerana Maria adalah bukannya isterinya...walaupun dengan ungkapan cinta dari Fahri itu adalah nilainya Nyawa bagi Maria...Namun akhirnya Maria menemui jalan tuhan dengan Cinta...

Ya sekarang aku faham...Maka bila memiliki isteri yang baik lagi mulia itulah cinta yg sebenar-benarnya….Cinta yang apabila kita memberi dengan tulus ikhlas…dan mengharapkan dia bahagiaan dengan seluruh pemberian itu tanpa mengharap apa apa pun balasan darinya. Ibarat cinta tuhan kepada hamba2Nya..diberikan nikmat yang melimpah dan tak terhitung tanpa apa apa balasan melainkan hanya ucapan stukur sahaja. Maka cinta selainnya adalah bukannya cinta…tetapi sekadar nafsu dan rasa ingin memiliki sahaja…tak lebih dari itu. Kadang2 kita belajar dari pengalaman dan pemerhatian tentang apa yang akan kita ajarkan pada orang lain…Itulah nikmat faham dari tuhan. Alhamdulillah. Terimakasih nak dengan SMSmu itu.

November 2, 2008

Tazkirah hari ini...


Perjuangan bukannya kerana mengharapkan kemenangan!!!!...


Sifat2 Da’wah makkiyah hanya menjanjikan Syurga kepada orang2 beriman dan tidak pernah menjanjikan kemenangan dan kekuasaan dibumi. Nampaknya itulah satu2nya hiburan ilahi kepada orang2 mukmin yang melalui penyiksaan, penindasan dan penghinan para penjenayah yang hina (musyrikin). Hanya balasan syurga untuk orang2 mukmin dan neraka untuk orang2 yang kafir. Itulah janji Allah dan janji Muhammad yg menghunjam kedalam hati2 mereka disebalik janji setia dan pengorbanan harta dan jiwa mereka. Begitulah juga keseluruhan surah2 makiyah tidak prnah menjanjikan kmenangan dan kekuasaan dunia utk menghibur hati2 para sahabat.


Al-quran mewujudkan hati2 yg disediakan bagi memikul amanah da’kwah. Hati2 itu mestilah tabah, kuat dan ikhlas dalam berjuang dan berkorban bukan kerana mengharapkan sesuatu faedah dunia. Ia tidak menunggu sesuatu yg lain melainkan akhirat dan keredhaan Allah. Itulah hati yg bersedia utk meneruskan perjalanan mereka dalam kepayahan, kesusahan, pengharaman, kesiksaan, pengorbanan dan penderitaan tanpa mengharpkan balasan segera didunia ini walaupun balasan dalam bentuk kemenangan da’wah, kejayaan islam dan keunggulan umat Islam.


Apabila hati2 ini telah dibentuk: hati2 yg telah tahu bahawa didalam perjalanan mereka dibumi Allah ini tiada kewajiban lain selain dari memberi tanpa mengharpkan apa2 balasan dan hanya menunggu akhirat sahaja sebagai masa balasan dan masa penyelesaian diantara Al-Haq dan Al-Batil. Apabila lahirnya jiwa2 seperti ini dan Allah amat mengetahui keikhlasan niat mereka untuk melaksanakan janji setia (bai’ah), barulah kemenangan dunia datang kepada mereka dan Allah menjanjikan kemenangan itu pula sebagai amanah bukan utk mereka malah hanya untuk membolehkan mereka memikul amanah agama Allah ini. Hati2 seperti inilah yang benar2 layak menunaikan amanah Allah yang tidak menjanjikan apa2 keuntungan dunia. Hati2 peperti ini yg tidak mengharapkan apa2 faedah dunia. Mereka benar2 jujur kepada Allah apabila mereka tahu bahawa satu2nya balasan utk mereka adalah balasan keredhaan Allah.


Semua ayat2 yang menyebut tentang kemenangan dunia adalah turun diMadinah selepas itu, iaitu selepas persoalan kemenangan ini berada di luar matlamat orang2 mu’min dan diluar harapan dan cita2 mereka. Kemenangan itu sendiri datang kerana kehendak Allah mahukan agamaNya ini dialam tealiti hidup manusia dalam bentuk amal yang boleh dilihat oleh generasi manusia. Kemenangan itu pula bukanlah balasan penat lelah perjuangan, bukan balasan pengorbanan dan bayaran penderitaan ditanggung, tetapi kemenangan itu adalah perancangan Allah yg mempunyai hikmah…Maka adakah kita hanya berminat jadi penonton saja atau menyertai dan memenuhi kalender dan menjadi Ansarullah disepanjang zaman…Adakah zaman makiyyah sudahkah tertegakkah daulah? Dan bagaimanakah dgn zaman kita ini?...maka apakah tujuan da'wak dan perjuangan sebenarnya?. Betulkan niat kita. Letakkanlah dia ditempat sepatutnya. Kalau tidak… kita hanya berpura-pura dengan Allah (angan2 atau rasa-rasanya) sedang Allah maha mengetahui…maka sebenarnya, kita hanya menipu diri sendiri!!!!!...

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA