December 28, 2009

Menjala Penghargaan Nuraishya: Menyentuh dan Tersentuh....


Sungguh tersentuh hati ini bila membelek-belek blog ukhti Nuraishya...Dua cintabersujud. Wajah baru tetapi semangat imannya tambah girang sekali. Membelek2nya persis membiaskan angin lembut menyapa perasaan. Terasa teduh dan nyaman sekali jiwa baba saat menatapnya. Menitis embun dingin pada dinding hati ini. Allahhuakhbar..moga Allah sentiasa menjamah dan mengusap lembut hati dan jiwa kamu nak. Maafkan baba, kerana terdetik untuk membuat penghargaan langsung ini. Kolum ISK amat bermanafaat sekali...bagi yg ikuti Mukhayyam yg lepas pasti lebih faham dan segar kembali semangat kita dan Siapa Kita?. ISK...dakwah kita!!!!

Tahniah kepada anak2 yg lain juga...Semuanya ada kelebihan masing2, kurniaan Allah. Anak-anak, percayalah... Inilah dakwah, inilah Teknoda'ie.
teruskan perjuangan ini...

Tahniah Adik dapat 7A 1B PMR.Baba terharu juga membacanya.Tak masuk SBP ke?...K Ngah xnak...nak dok drumah jer katanya. Harap K Ngah dah tahu adik dapat 7A tu walaupun dia sekarang berada di Cairo,Mesir. Alhamdulillah Sekarang K Ngah bersma-sama akhawat di sana (ikut program).Sebab tu mintak K Ainon ikut sbgi printis jalan. so...bila Masuk Univ.. nani terus boleh jadi penggerak. Itulah harapan baba dan K Cah sebenarnya.

December 23, 2009

Tahniah K Ngah





Saalam rindu buat K Ngah di Cairo, Mesir. semalam K Ngah gi jalan2 ke Piramid...bila nak upload gambar2 tu dalam Facebook.

Baba ucapkan tahniah pada K Ngah kerana keputusan cemerlang dalam PMR 2008. Baba baru jer balik dari majlis penyampaian slip PMR SM Islam Sri Aman. Tahniah kerana K Ngah adalah salah seorang dari 5 orang yg dapat 9A PMR dan 7A PMRI menjadikan jumlah keseluruhannya 16A.

Berikut adalah keputusan penuh K Ngah:
BM A
BI A
Math A
Scien A
Sej A
Geo A
KH Prt A
Pend I A
B Arab komunikasi A

PMRI (musleh)
Hadith A (86)
Feqah A (95)
Tauhid A (99)
Tafsir A (90)
Sirah A (98)
Hafazan A(100)
Tajwid A(94)

Ya Allah kau ramhatilah anakku ini...letakkanlah tanganMu diubun-ubunnya...jadikanlah dia anak-anak yang bakal mewarisi dakwah dan perjuangan menegakkan agamamu ini...Sesungguhnya dia adalah anugerah dariMu kepadaku, maka jadikanlah pula dia sebaik2 insan (kamil) yg akan memberikanya upaya utk membela agamaMu. Mudahkanlah bagiku untuk menjaga dan mendidik semua anak-anakku sebaik2 mungkin sebagai amanah dariMu ya Allah. Ampunilah aku atas semua kekurangan dan kealpaanku. Sesungguhnya segala sesuatu itu hanya datang dariMu. Dan kami adalah orang yg tidak berdaya apa-apa melainkan apa yg Kau anugerahkan...dengan kudratMu dan kehendakMu. Dan masukkanlah kami dari kalangan orang2 yang bersyukur dan menyerah diri.
Amin...

Keputusan keseluruhan PMR SMI Aman adalah:
9A 5 orang (4 orang 7A PMRI)
8A 2 orang
7A 3 orang
6A 1 orang
5A 3 orang

December 22, 2009

Baba Rindukan K Ngah




Pada hari ini..genaplah 21 hari K Ngah berada di Bumi Ambia, Cairo, Mesir. Bila lihat gambar2 K Ngah (dalam Face Book K Nagah)...tanpa disedari air mata baba tumpah...rupa2 pantas sekali masa berlalu...Baru semalam baba sambut kelahirah K Ngah(babalah orang pertama melihat wajah K Ngah lahir kedunia ini)..baru semalam K Ngah bertatih...baru semalam baba mandikan dan pakaikan K Ngah Jubah dan tudung (masa kecil dulu)...baru semalam baba hantarkan K Ngah Ke tadika..baru semalam baba dukong K Ngah, main2 anak dan kejar2 dgn K Ngah...hari ini K Ngah dah besar...dan pergi jauhhhhhhh dari baba dan umi...sunyi sekali rumah ini.

Tambahan along dan ACik tak der d rumah hampir seminggu pergi KL (tinggal adik2 yg kecil jer)...aLONG DAN aCIK Menyertai 1600 pelajar rangkaian sekolah kita Seluruh malaysia, 80 orang dari Indonesia dan rakan negara jiran yg lain dlam Perkhemahan Remaja Islam Antarabangsa. Semua mereka adalah pewaris2 dakwah ini dan agama allah ini...suatu hari nanti.

Sila lawati Utusan-online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Esok keputusan PMR K Ngah akan keluar...baba dah tak sabar nak gi amik. Baru sat baba dapat SMS jemputan utk sesi penyerahan slip PMR esok..nnti baba akan bgi tau K Ngah...
InshyaAllah
Salam sayang...rindu dari Baba dan Umi serta adik2 di Malaysia

Kembali kepada kenyataan...virtual concious




Alhamdulillah...dapat kembali
dah lama tak sempat kembali kedalam alam virtual ini. Dah lama tak update blog ni.
Sepanjang musim cuti ini banyak istiwa penting telah berlaku
1.Awal cuti: 19 21 Nov, Mukhayyam Perdaana IPT
2.Lepas tu hari raya Haji
3.31 Nov Kak Ngah bertolak ke mesir
4.3-5 ke K Kangsar PPN/WN
5.17-19 Dis ESQ165
6.Banjirrrrr


InshyaAllah semua kenangan itu akan di upload gambar2nya nanti jika ada kesempatan..

November 16, 2009

Saya mintak bantuan pembaca. sila baca dan bantu saya!!!!


Suatu malam

Saya berborak2 dengan anak bongsu, Buraidah. Anak ini suka tanya yg pelik2 dan suka bergurau dan buat joke dengan babanya. Dia dengan kembarnya Muthsanna sama jer. Itulah buah hati ini. Kalau out-station mestilah 2,3 kali kena vodeo call..."katanya nak tengok muka baba".

Suatu hari semasa tengah main2 dengan buraidah dia ada tanya soalan. "baba bumi tu bulat kan?". Saya pun jawab yes!. Dia tanya lagi "kalau bumi tu bulat kenapa air laut tak jatuh bah?". masyaAllah, lepas tu aku rasa tercengang...rasa nak tergelak dan tak sangka dia tanya soalan macam tu.Tak terjawab soalan tu...aku cuba terangkan tapi dia tetap tak faham.sbb mana ada anak2 berumur 5 tahun tahu pasal teori graviti. So yg aku dapat buat hanyalah aku cium kedua2 pipinya dan dahinya dengan kasih sayang.

Lepastu dia tanya lagi, "bahhh...Allah tu dibuat dari pada apa?"...masyaAllah dalam hati ini hanya terdetik..."ya allah kau rahmatilah anakKu ini". Soalan ini pun aku tak dapat jawab dengan meyakinkan utk memuaskan hatinya.Aku cuba jelaskan walaupun guna teori yg mencipta takkan ciptakan sesuatu yg sama dengan pencipta. buraidah ini adalah seorang anak suka sangat tanya solan yg pelik2.(Dalam gambau atas blh kanan saya,tengah tu kembarnya Muthsanna dan kiri saya abangnyer Mursyidi(e-deen).

Sooo...kesempatan ini saya mintak bantuan semua pembaca yg singgah di blog saya ni untuk bantu saya jawab 2 soalan ini. bagaimana nak jawab untuk seorang anak yg baru berumur 5 tahun....Silakan beri pandangan!!!!

MOHON BANTUAN...PEMBACA

Diari Minggu Ini

Isnin hingga Rabu Minggu ni berada di INTEKMA RESORT, S Alam. Ada bengkel penulisan Jurnal. So ada di pejabat hanya Khamis hari terakhir sem ini. Hujung minggu (19-21 Nov) ni ada pgrm Mukhayyam IPT kel.Selamat bermukhayyam bagi anak IPT kel.
21 Nov 8.00 pg hingga 4 ptg...speaker kursus Induksi kepada KPLI dan PISMK_OUM

November 10, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MaliBox
Sambungan: Manisnya jadi wanita...

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi Seorang alim... Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu orang alim itu pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Katanya.. rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan terhormat. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Man laa yarham walaa yurham.” (Muslim). sila cari matan hadis ni!.

November 9, 2009

Diari Minggu Ini

Minggu ini berada diluar penuh. Isnin hingga jumaat di KL; ada Kursus Penanda Aras ICT kendalian BPG. rabu khamis lajak ke Ipoh sat kerana ada Seminar penyelidikan Peringkat Kebangsaan (Sekali lagi hadir sebagai Pembentang). Di Ipoh ni hanya gi bentang jer.

November 4, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MailBox
manisnya bergelar wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

October 29, 2009

ESQ(alumni;prof-009;0097): SaAT CinTa MulAi MeNyEntUh

Siri 5: Sydney…tulus dan nyaman cintaku padanya

...Rindu ini muncul lagi
Ingin kucium dan kuletakkan kepalaku diatas dadanya
Serasa Indah dunia kami...
nyamanan cinta tika bersamanya
...rindu ini datang lagi
Karena ketika ini aku ingin menggapainya
Sosoknya tak jua kutemukan
Walau kuraba seluruh ruang
Dan kucari dipelusuk perasaan
Waduh, apa yang terjadi dalam hidupku
siapa dan dimana gerangannya???
Ya..
Kini kuumumkan pada dunia,
Hari ini...
jiwaku berlari
mencari sosok yang sedang memanggil rinduku
Yang ketika aku sedih dan ketawa dia selalu ada
Kemana dan Dimana.. batinku mendambakan dia!!!.
Tetapi kini semuanya telah hilang
Saat ini….
kehilangannya amat terasa.
kerana dia adalah segala-galanya.
dirinya adalah diriku


Itulah syair batin ini ketika lembahnya gersang. Itulah antara ungkapan jiwa ini sewaktu kekeringan dari hujan kasih insan yg sering berdampingan. Insan yang saling memberikan cinta sepenuh jiwa. Insan yang jiwanya adalah sebahagian dari jiwaku. Insan yang telah kubina mahligai untuknya disyurga. Insan yg rumahnya memenuhui subur bumi jiwaku .Insan yg ada dalam setiap helaan nafasku. Insan yg telah memberiku 1000 cahaya. Insan yg telah menemaniku disetiap tapak langkahku. Insan yg paling memahami diriku dan mengenaliku. Insan yang mengetahui seluruh rahsia hati dan jiwaku, maka aku memahaminya.

Baru 15 hari berlalu insan tersayang (umi) meninggalkan aku dan anak2. Umi terbang ke Sydney, Australia(pada pertengahan Mei 2005). Umi akan berada 3 bula di Australia. Pada masa tu aku tengah buat Master diUiTM, Syah Alam. Sem akhir. Kebetulannya cuti semester. Biasalahkan university cuti bulan mei-julai. Umi ke Sydney kerana mengikuti program USMUS antara USM dengan West-Med Hospital Sydney, AU. Dan memang kami merancang utk bawa semua anak kesana hujung bulan julai. Iaitu bulan akhir umi berada disana dan di Australia bulan julai adalah Winter. Ye lah anak2 nak rasa musim dingin dan main salji.

Namun baru seminggu umi meninggalkan kami sekeluarga kepayahan mulai terasa. Maalomlah hampir 15 tahun jiwa kami saling menjalin dan terjalin. Siratannya pasti susah untuk dirungkaikan. Seklai terpisah begini kepahitannya mulai terasa. Seminggu berlalu duit sudah mulai banyak disimpulkan membentuk impulse gelombang EM yg dihantar melalui SMS utk menyampaikan hasrat jiwa. Maka bill telefon mulai melambung. Minggu ke dua kehebatan cinta semakin membara. Ianya beralih kepada menggunakan kopmuter riba untuk chating. Wahhh…malam yg sepautunya utk tidur tetapi dihabiskan utk chating. Minggu ketiga bukan lagi chating biasa-biasa, tetapi pacaran yg bakaran apinya sudah tak bisa dipadamkan lagi…melainkan dengan mengenemukan dua pintu cinta. Sungguh aku tidak sangka...sampai begini terjadi. Maka seolah-olah sudah tiada pilihan lagi aku mesti mendapatkannya.

Namun… bumi Ausrtalia tu bukannya dekat. Bukan sedikit maharnya perlu dibayak untuk sebuah cinta yg sedang membara. Tetapi bukanlah banyak pilihan melainkan hanya satu jalan sahaja…iaitu mesti mertemu; maka sekarang duit bukan lagi utk ditukar kepada impulse elektronik tetapi ianya menjadi kapalterbang yg bisa menerbangkan jiwa dan ragaku ke sana. Memang benarlah ungkapan bahasa cinta “lautan api sanggup direnangi…gunung sanggup diredahi”. Wah sebelum ni ingatkan mengarut jer ungkapan seperti ini tetapi hari ini aku mulai faham dan akur.

Maka minggu ketiga tiket MAS sudah tersedia untuk aku terbang kesana. Semuanya urusan selesai maka diri ini perlu berangkat segera untuk terbang mendapatkan rindunya, kenyamanan cinta ini ada bersamanya.Rasa-rasanya diri ini sudah tidak wujud lagi dibumi Malaysia ini. Waduh..penerbangan yg penuh dengan debaran dan bakaran api cinta.
(pause dulu; panjang sangat)

Nantikan…siri berikutnya. Sydney…”sircular-quey…opera house”..bulan madu musin dingin.

October 25, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MailBox

Different Seasons...

The following pictures are of the same place but taken in different seasons...

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge
things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look
at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in
summer, and the youngest son in the fall. When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted.
The second son said no it was covered with green buds and full of promise.
The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so
sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.
The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping
with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they
had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season,
and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come
from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring,
the beauty of your summer, the fulfillment of your fall.

Moral lessons:

-Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
-Don't judge life by one difficult season.

October 19, 2009

Maqam Syuhada: Bertabura bunga-bunga cinta

Siri 9(Sila baca siri 7 dan 8:Menjelaskan Makna Cinta Kepada Allah)
Menjelaskan Kisah1
: Seseorang bertanya kepada Yusuf bin al-Husain.

Bagaimana bahasa Arab mengurai makna cinta? Kata yang berati cinta dalam bahasa Arab berasal dari perkataan bentuk masdar "hub" atau "mahabbah." Sekalipun terdapat sinonim lain seperti 'isyq, hawa, wadud, wudd, hubab,gharam, dan hiyaam, namun kata "hub lebih popular (masyhur) dalam literature Arab.
Kata "hub" atau "mahabbah" sendiri memiliki makna berbagai, yaitu :
· Hub berasal dari "Hab" yang berati biji atau butir. Artinya cinta ibarat biji yang harus ditanam agar tumbuh danberkembang.
· Hub berasal dari "Hibah" artinya biji yang berada di padang pasir. Artinya bahwa cinta adalah benih dalam kehidupan,dan bila tanpa cinta hidup akan hampa dan gersang bagai di gurun sahara.
· Hub juga merupakan nama dari rasa ketulusan cinta kasih. Tradisi masyarakat Arab sering menyatakan sesuatu yang bersih dan tulus dengan menggunakan kata hub.
· Hub ada pula yang menganggap berasal dari kata "Habaab" yang artinya riak air, gelembung air. Maksudnya adalah riak air muncul karena terjadinya gelombang dalam air. Begitu pula cinta yang tumbuh karena adanya gelombang dalam hati.
· Hub juga digunakan untuk tiang kayu yang berjumlah empat yang digunakan untuk menyangga bejana. Artinya cinta adalah pilar (penyangga) dalam berbagai keadaan, suka atau pun duka.


Sementara menurut Ayat2 Al-Quran dan hadis terdapat banyak sekali ungkapan cinta ini digunakan, sebagai contohnya;


"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu (Musa) cinta yang datang dari-Ku." (Thaahaa: 39)
"Mencintai dunia pangkal setiap kesalahan." (HR. Al Baihaqi)
"Aku mencintai tiga hal dari dunia; wanita, wewangian dan indahnya pandanganku pada waktu shalat." (HR. An Nasaidan Hakim)
Katakanlah: "Jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosadosamu. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih."(Al Imran:31)

Dan banyak lagi...

Apa yang saya gambarkan diatas hanyalah tentang konsepsi bahasa cinta yg biasa kita dapat gali dari literature. Banyak lagi dapat dikumpulkan kalau di gali dari buku. Namun bagaimana dengan cerita 1 ini? apa maksud nya yang ungkapan Yusof Al-husin ini yang dapat kita jernihkan sebagai kesimpulan dalam hati kita yg mencari erti Cinta kepada Allah?.

Saya membanyangkan sifat pertama yg menghalang manusia utk sampai kepada "Muara Cinta" iaitu cinta hakiki kepada Allah ialah ialah tidak sabar. Kedua: Kurang mengerti brapakah nilainya Cinta itu dan untuk apa dan kenapa perlu sampai kedaerah itu sebenarnya, Ketiga; berapa maharnya dan jalan mujahadah yg perlu di tempohi keempat; Guru yg mursyid utk menunjukkan jalannya. Ke lima; Sesiapa yg terpilih sahaja yg sampai kemaqam itu, kalaupn sampai apakah sifatnya kalau terpesong mungkin akan sampai kepada hubbusyaitan.

Maka wahai diri mulakanlah dengan ilmu yg benar, ibadah yg sahih kerana itulah perbekalan utuh dalam perjalanan spiritual (bukan ritual semata), Milikilah azam dan niat yg kuat utk sampai kepadaNya, jika mungkin perbanyakan bersunyi dari manusia walaupun kita dikelilingi manusia ramai. sebaik2nya tahajjud dan cari masa uzlah (walaupun waktu berkerja/belajar). carilah masa khusus utkNya. Jangan banyak beralasan kan manusia dalam segala hal...Zikrullah dalam apa jua keadaan,merasakan kehadirannya setiap saat.

Amplikasi cerira 1: kalau kamu tidak memulakan langkah pertama bagaimana kamu sampai dengan hanya banyak bertanya dan beralasan. Api kefahaman dan cahaya rabbani akan berkembang setiap jauhnya langkah kamu menujuNya. Tidak akan sampai kepada sesuatu itu tanpa kita memulakan langkah yang pertama. dan bersabar.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi Saw. bersabda: Apabila Allah mencintai seorang hamba maka Allah memanggil Jibril, sesungguhnya Allah mencintai seseorang maka cintailah dia maka Jibril ikut mencintainya. Kemudian Jibril memanggil seluruh penghuni langit, "Sesungguhnya Allah mencintai seseorang maka cintailah dia, maka seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian orang tersebut diterima di bumi." (HR. Bukhari)

*Dalam siri ini bermula siri 1 berbagai cerita contoh yg saya kemukakan. Maka apakah kiblat hati kita dalam mendambakan erti cinta ini?...sesungguhnya sangat berat bagi pembaca yg ingin memahaminya,tetapi lagi berat bagi saya utk menyatakan cinta kepada Allah ini?. wallahu'allam. Moga diberikan taufik dan hidayahNya utk memahami hakikat ini.Aku berlindung peda Allah dari kesalahan dan kekhilafan amalfikir ini yg faqir. Astaghfirullah...

Nantikan huraian cerita2.

October 15, 2009

Diari 14-16:17:18:19 OKT (Cuti 5 hari)

14 -16 okt. Kendalikan Kursus Statistik Utk Pensyarah IPGM d Sutera Inn,KB. 15 Khamis lepas asar baba ke K Terengganu dengan umi dan balik terus malam ni. Jumaat pagi sambung kursus. Petang balik rumah mak sat. Malam hari PPA d tanjung chap resort untuk meraikan Semua guru/staff PPA. Sabtu 17-18 pagi Ke Cameroh Highlang sebab cuti...utk raikan Angah yg dah abih PMR. Dan sambutan Birth day Angah,Along dan Ateh disana; Dinner "steambot" di Equatorial. Isnin 19 hb rehat.

(Tambahan UTK DIARI MINGGU INI)
Khabar Bushra dari KUALA TERENGGANU (Jam 5 pm semalam ke KT bersama Umi
dan balik semula sampai kul 3 30 pg. Pg jumaat ini sambung semula kursus)
Khabar Nusantara dan Alami
Pertemuan Indah..yg telah menyapu semua lelah
Syukur melimpah kerana bersama insan terpilih
Ukhuahfillah terasa indah...rindu jadi mengendur
Semangat terserlah atas jalan dakwah ..Al-Haq ini.
Ana muslimun...Imanu A'miq...


Jadual bulan ini:
Minggu 4:22-25 okt, baha berada di Juta Inn cerating,Pahang.Kendalikan kirsus Video Editing utk pesnyarah IPGM.
Minggu 5:29-31 okt, baba kena kendalikan kursus penyeliaan Theses utk pensyarah IPGM.

October 13, 2009

Tersiratkah Apa Yang Tersurat..?

Nampaknya masa sekali lagi mencemburuiku. Prosiding 11 kertas penyelidikan yg dibentangkan minggu lepas di permai Inn tu kena ditrbitkan sempena sambutan 10 IPG. So Minggu ini kena siapkan juga semua kerja2 penerbitan tu dan minggu ini juga audit ISO. Hujung minggu ini sudah penuh program menunggu. Jumaat petang, open house utk anak Mizan dan USM. Ahamdulillah meriah sekali. Dalam 60 orang Ikh/akhwat datang. Malamnya Sambutan hari raya peringkat taman. Wah meriah juga…2 kumpulan Nasyid dijemput dalam majlis itu yg bermula kul 8 30 hingga 10 30 malam.Sekumpulan anak2 mizan juga turut serta untuk bakar kambing untuk Kounter kambing yang baba sponsour. Nampak seronok benar mereka ek. Terimakasih kepada hafiz, syihan , asraf dan kawan2 yg lain. Moga Allah merakmati kalian. Hari sabtu Ada mesyuarat lembaga Pengarah PPA dari pg sampai kul 3 petang. Dan malamnya MPN Kelantan sampai kul 12 30. Allahuakhbar…memang benar kata Al-Banna “sesungguhnya kerja kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada”. Dan Mudah2an semuanya atas jalan pahala.
Dalam kesibukan ini kadang2 waktu malam sebelum tidur baru dapat berbicara dengan umi,bermuhasabah hati-kehati...Al-kisah: Malam semalam, jamuan hari raya taman, baba n umi masuk rumah kul 1 pagi. Umi dengan kaum ibu kemaskan pingan/mangkuk dan makana yg tak habis diagihkan. Baba dan kaum bapa berkemas kerusi,khemah diluar dan peralatan kasar. Seharian sibuk dan kepenatan, bila dapat merebahkan badan, alangkah nikmatnya…Allahhu akhbar. Allahuakhbar. Ya Allah jadikan semuanya itu poahala kerana keranaMu dan kerana menunaikan hak tetanga dan hak sesama manusia.
Anak2 semuanya dah tidur barulah kami berkesempatan berborak@ muhasabah tentang hari itu. Maha suci allah yg menghadiahkan wanita mulia disisiku. Seperti biasa kepalanya yg mulia direbahkan pada lengan kananku dan kami bersembang panjang tentang peristiwa hari itu. Sungguh damai sekali, hingga sampai kepada satu cerita….pateng tadi semasa baba naik kerumah sekejap dari khemah jamuan Hari Raya Taman kerana utk ambil barang dalam stor. Kelihatan Aini,zulaikha dan rakan usrah mereka tengah makan kek. Mereka jemput baba makan sekali. So,,apa lagi baba jamahlah sedikit sambil berselorh, “Ooo sepatutnya baba yg belikan Kek ini utk hari jadi Izzati. Birth dah Izati kan khamis lepas”.

Semasa sembang dengan umi inilah barulah tahu, Rupa2nya kek adalah itu utk hari jadi naqibah mereka, Atiqah. Saja jer Aini dan kumpulan usrahnya buat suspen utk naqibah mereka. Umi bercerita panjang pasal Atiqah dan Ainon. Masalah yg sedang mereka hadapi. Rupa2nya mereka mungkin tak lama di sini. Pada masa tu… hati ini berfikir panjang tentang nasib anak2 di Mizan dan penerusan tarbiah mereka. Hati ini mulai sayu dan tersentak…apakan daya upaya diri ini kalau semuanya bakal tersurat. Akan lemahkah mereka atau akan kuatkah diri ini untuk menjaga tarbiah mereka tanpa sentuhan tangan2 mulia ini. Ya allah…siapalah aku utk menyangkal tahkdirMu. Bagaimanakah aku mampu menahan mereka dari pergi…Sedang anak2 di Mizan masih memerlukan mereka, dahagakan seribu pengorbanan dari mereka.

Selepas hampir sejam bersembang baba mulai banyak diam… kerana memikirkan masalah ini…dan umi sudah mula dibuai mimpi…penatlah tu, seharian melayan anak2 mizan/Usm dan ahli2 taman. Tetapi mata ini sungguh degil. Masih belum mampu dipejamkan kerana asyik memikirkan penyelesaian yg tak terjawab. Hati ini semakin sayu dan buntu… tiba2 kelopak mataku ini digenangi sekali lagi…limpahannya merayap perlahan membasahi hujung mataku. Aku rapatkan pipiku dengan pipi umi yg sedng dibuai mimpi…gelap malam membawa khayalanku jauh menerjah cakrawala terbias bisikan pasrah hati ini pada tuhan….hingga lenaku datang.”Dengan namaMu ya Allah aku lolosi hidup dan dengan namaMu ya allah aku mati; terbangnya rohku yg kepenatan ini buat semantara, untuk kerehatan. Maha suci Allah yang memiliki jiwa dan roh ini”.

Akan Tersiratkah…Suratan.
Buat Ukhti Atiqah dan Ainon…(suara adik2 di mizan)

Akak, kami ingat dan terus akan...
Dalam Liqa’ “taman-taman syurga”.
di sini…kita ketawa dalam cahaya…
gurauan senda diatas padang ukhuwah menghijau terbentang.
mekar bunga-bungaan bertaburan
kita berlarian berkejaran penuh kemesraan.
Kita duduk tersimpuh bersandingan…
dan bergandingan menyandarkan lelah dan resah.

Sungguh kami masih ingat…
Kau petik bunga cinta fiLlah dan kau selitkan di telingaan kami ini.
Dalam hati kami berkembang mekar
Harumannya menghunjam emosi…wangian syurga tersirat kedamaian.
Iman ku bergetar… taqwaku terdarjat
…terasa terpanggil... tuhan memanggil…kami jadi semkin rindu…
kepadaNya…cahayaNya dan dalan dakwah ini..
Dan…taman ini adalah milik kita kan?...landskapnya yg kita sama bina.

Akak…terimakasih kerana
Ditanganmu ada syurga
Pada wajahmu ada cahaya
… lelah kau berjuang mentarbiah kami
Mengajari kami erti sebuah kehidupan, kehambaan dan perjuangan
Kau gengam erat jari jemari ini
Kau telah hadiahkan buat kami… cinta abadi.
Kau pimpin kami diatas jejak langkahmu menyusur jalan lurus itu
Kau telah hadiahkan pada kami kunci pintu-pintu syurga…
...Nun disana…
jiwa kami menolehnya penuh rindu.

Akak…
Izinkan tanganmu kucium
Izinkan aku sujud di pangkuanmu
Agar kurasai kehangatan cintamu
Agar kudengar bisikan batinmu…
Agar kuingat doa yang kau titipkan
Buat perbekalan saat diri ini rapuh
Buat azimat bila diri ini rebah.
Seandainya kami terpaksa berdiri dimalam gelita
Seandainya nanti kami terpaksa berlari dibumi masa yg putus asa.

Aduhhh…
cemburunya masa dan ketika buat kita
Baru saja kau lamari hati ini dengan hidayah dan cinta
Baru saja semalam kau mandikan kami, sikat rambut kami, bedak...belai kami dengan sutera kasih mesra
…dan..
Akak pakaikan kami pakaian makrifah
… Akak berikan kami suluh hidayah.
Baru kelmarin kita berlari-larian di tepian pantai… "bukit keluang ini"
Kuntuman bunga yg kita tanam di taman ini mulai mekar…
Lihatlah disana, ia sedang tumbuh…dan wangiannya mulai menusuk sukma.

Tiba-tiba..
badai melanda…
Lapang hati ini akan kembali sesak
Rumah suka akan kembali tertancap duka
Kabus berarak belumpun senja tiba…
...seandainya kau melangkah pergi
....seandainya kau tinggalkan kami.

Ingin kami bisikan kedalam hatimu kak!!!...
Bahawa… hati-hati ini belum sedia melepaskanmu pergi…
Hati ini sangat rindukan sentuhan tangan2 sucimu
kami belum puas lagi mengutip mutiara dari dalam dadamu
Jangan biarkan jiwa ini gersang kembali…
Jangan biarkan diri ini tercari2 lagi cahaya rabbani..
Jangan kau pergi
Jangan kau pergi
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami disini masih memerlukanmu.
Adik-adik disini akan merinduimu…
seandainya kau pergi jua.!!!!

October 11, 2009

Jumaat 9 Okt (Rumah terbuka+Hari Raya Taman)

Wahhhh...tengah bakar kambing...ada yg melecur air liur...belum masak lagi...tapi dah ada yg tak sabar tu.
Rumah terbuka yg sentiasa terbuka...Buka dan makan jer.

Sempat gak main saidina...dalam library.

Afiq dan Ver2Voice tengh testing (dlm library) seblum persembahan malam.

K Moh/K lah tukang masak taman.

Persembahan tepi rumah jer..ok lah

Pemenang no 2 Negara "spell it right"

Anak2 tengah beratur..."duit raya"

Anak2 mizan jaga..."Kounter Kambing Bakar". Bersemangat sekali, terimakasih daun keladi@.@..

Artis jemputan...menjamu selera



Jejaka Hebat yg mengepalai semua Aktiviti Taman.

September 29, 2009

Suatu mercutanda lagi terpancang megah dipersada...

Tahniah...Tahniah tahniah...baba tumpang glamour jerrr...




Afiq(folower dalam blog ni) dan Bad...izinkan baba gunakan salah satu lagu dari album itu utk video editing ini...tetapi maafkan kerana masej agak samar2 dan ianya dibuat tergesa2 sambil bersamenar. Soooo sape 2 yg berminat tu bolehlah boleh beli dengan mereka album ni.



Isnin 28/9/09.Hari ini satu mercutanda terpancang megah buat warga IPGM KSM. dengan lahirnya ablum Underground ini.



Pagi ini aku singgah di pejabat sebentar kerana ada beberapa urusan utk diselesaikan sebelum berangkat ke Hotel Permai Inn KT. Semenar Penyelidikan Zon Timur. Aku hadir sekali lagi sebagai pembentang. Sebelum berangkat aku singgah kelas Math sem 5 kerana sedikit urusan dengan rakan pensyarah yg tengah mengajar. Tiba aku di sapa oleh Bad (yang selalu berlatih nasyid salam studio). Bad hadiahkanku dengan sekeping CD. Katanya abum nasyid dia yang baru disiapkan. Aku agak terperanjat dan tak percaya... Apa pun dia sungguh2 dan ikhlas hadiahkan kepadaku (sebagai penasihat kelab nasyid IPGM KSM..) dan mereka ni sebahagian anak2 yang selalu menjadi Sparring partner semasa melepaskan gian dalam studio Nasyid...berlatih vokal. wahhh hebatnya...antum.



Soo..ringkaskan cerita sepanjang perjalanan ke KT Album ini menjadi suara-latar disepanjang perjalananku ke KT. Menyusuri belukar dan laut disepanjang laluan pantai. Sungguh mengasyikkan.Satu demi satu lagu aku nikmati...Dalam hati berdetik bagus gak lagu2 ni...tapi Vokalnya dan liriknya kurang mantap tetapi boleh di up-lagi dan mastering process tidak dilakukan dengan teliti...sepatutnya ianya boleh di up-grade lagi kalau penerbit/sound engineer tu teliti. Tetapi kira bolehlah diterima...sebagai halwa telinga...Tahniah Afiq dan Bad. Frust gak sebab tak ceritakanpun pada baba tentang recording ini...



Semasa di KT baba sempat jumpa dengan seorang pelajar Akademi Quran. Anak ni bekas pelajar POLISAS diploma IT. Sekarang ubah chanaal belajar hafiz Quran. Sebelun ini kami hanya berkenalan melalui blog dan lepas tu SMS. Sungguh gembira jumpa anak ini. Teruja sekali. Dua malam di sini di kami habiskan berkenalan dan makan bersama di pantai batu buruk. He he dua hari ni kita tido 2 pg...anta lak tak tido langsung semalam...uruskan masuk asrama. "Demi Allah ana mencintai anta kerana Allah". Rasa ukhwah mulai terasa. Dan anta seperti anak2 ana yg lain di mizan. Moga kita dapat jumpa alagi.







September 28, 2009

HARI RAYA 09: Himpunan Keluarga Arwah Hj. Hasan Sulong

Pak Tot/M Cik Lela
TP Bomba Selangor/Amanah Raya
Mak Tam/Pak Tam
Dr Norfauzilah/Dr Ramadhan -Hosp. Mentakab


Makcik Jah/P Cik Wan dan Aiman
Kuantan(Cinsultant Engineer)


Keluarga Mak Lang/Pak Lang
Hasnah/ Ab Rahman Jaafar. KL.Multimedia&Internet base Company

Keluarga Mak Teh/Ayah Teh
UDI,Terengganu.


Keluarga Ayah Cik/M Cik Aya
Zulkefle, x-MARA

Keluarga Ayah Ngah
Prof Dato Dr Mohd Ali,USIM(x-UiTM).

September 18, 2009

Rumah Arwah Tok Ki-Kg Jambu,Langgar,Pekan Pahang.

Waktu mengalir deras bagaikan air..Ramadhan suci berakhir...Syawal pun tiba.
Untuk semua anak2 Mizan&USM KB dan sahabat thullab IPT Kelantan dan pelawat; kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan semua kelamahan, kekurangan,salah-khilaf dan kesilapan kami. Moga Ramadhan kali ini menjadi milik kita...Maghfirah dan Itqan minannar adalah kemenangan bagi kita.


Zulkefle Ab Rahman&Dr.Habsah Hasan; Uwais Ab Rahman(Along), Rumaisa'(Angah), Abdullah Harith(Cik), Amirah Aisyah(Ateh), Harith Mursyidi(e-deen), Muthsanna+Buraidah

September 15, 2009

Buyutuna fi Ramadhan…

Minggu ini adalah minggu terakhir di bulan Ramadhan. Memasuki 10 malam akhir. Setiap hujung mingu memang penuh program berbuka. Jumaat lepas anak2 Mizan datang berbuka, hari Sabtu semua adik beradik dan anak2 buah datang berbuka dirumah.
Khamis munggu ini pula lebihkurang 50 Karisma medic USM datang berbuka dirumah, Jumaat, semua ahli taman dan keluarga berbuka dirumah. Sabtu balik berbuka rumah Mak. Ahad masuk pejabat kerja nampaknya dah bertimbun, menguruskan Proseding utk seminar penyelidikan zon timur (Hotel Permai Park Inn,KT) lepas raya nanti. Isnin ke Kuala Berang Penyeliaan Praktikum PKLI. Selasa siang tadi Ke P Pinang kerana temankan umi kena bagi lecture MSc student di USM Penang, baba ikut semata-mata temankan Umi. Sesekala sangat indah bila dapat berdua2an dengan umi lari dari rutin harian yg memenatkan .So di P Pinang ini baba tulis artikel ini malam ini... sumbangsih dari anjung Hotel Vistana P Pinang.

Semalam ada sesuatu yg menyentuh jiwa baba: Balik rumah dari Office sampai dalam kul 6 petang. Selepas bagi salam biasanya hati ini tercari2 anak2 yg kecil dulu terutamanya si kembar tu dan e-deen. Rupanya semua mereka berada diluar rumah main dgn kawan. Terasa sunyi jer rumah petang ini. Jenguk bilik Along; tengah tilawah, Jenguk bilik Angah tengah baca buku, sebab PMR tak lama lagi. Angah dah khatam sebeluh 15 ramadhan lagi. Lepas tu jenguk bilik Cik, pun tengah tilawah; Baba Tanya Cik ada berapa juzuk lagi?, “Ada 2 lagi jawabnya”. Dalam hati ini betapa betepa gembiranya dengan jawaban Cik tu.. Sekejpa kemudia along kelaur dari biliknya sambul baca doa Khatam Quran dari belakang Mushaf. Along dah khatam ke?..Ya jawabnya gembira. Nampak kegembiraan dari raut wajah Along, seolah-olah ingin melaporkan. “Tahniah Along” balas baba girang.
Semasa berbuka kami sembang tentang Al-Quran yang telah mereka lalui sepanjang tilawah tahun ini. Along dan angah sama menyuarakan seronoknya bila baca surah..Al_Kahfi, surah Yusuf, Surah maryam dan semua surah tentang cerita nabi nabi terdahului. Kata mereka seronoknya baca sebab nak tahu cerita selanjutnya. Katanya macam baca Novel. Teruja. Dalam hati baba diam diam terdetik “ rupa2nya tak sia-sia lah hantar Along dan Angah Tusyen (AE) B Arab tinggi. Rupa rupanya mereka faham dan siap berbahas pasal kenapa Al-Quran guna baris depan sedang kalau ukit kaedah bahasa sepatutnya baris bawah.

Ya Allah Kau berkatilah anak2 ku. Berkatilah Ilmu yang ada dalam dada mereka. Jadikanlah Al-Quran adalah hujjah kepada mereka. Besarkanlah mereka dengan sebaik2 perbekalan dan jadikanlah mereka sebaik2 syabab/rijal yang akan mewarisi agamaMu ini dan dakwah ini. Rasa2nya semua kepayahan dan pelaburan mendidik mereka di institusi sendir, mengikut acuan sendiri sudah hamper dibayar semuanya. Seandainya mereka membesar bersama2 agama didada dengan seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. Memang 7 anak2 semuanya tidak bersekolah kerajaan. Bersekolah disekolah swasta yg diasaskan bersama ikhwah yg lain.

September 5, 2009

Diantara hari yg membahagiakan dalam hidupku!!!!...

Semalam Jumaat 13 Ramadhan, sermai Lebih 40 Ikhwah dan Akhawat Kampus Mizan datang berbuka puasa dirumah. Alhamdulillah Rumah yg baru di-renovate ni mampu menampung antum semua, walaupun sebelah Ikhwah agak "sempot". Nasib baik hujan, kalau tak Aircond tak dapat cover haba dari antum yg ramai tu.

Anak2: Allah saja yg tahu betapa gembiranya hati ini menerima kinjungan antum semua. Bukan sahaja kerana pahala, tetapi kerana berkumpulnya insan2 yang baik dan mulia. Insan2 yang datang kerana Allah...dan kerana Ukhwahfillah. Antum datang kerana dakwah dan tarbiah. Antum datang membawa hati yg tulus dengan Cinta kerana Allah. Kehangatan pelukan dari pemuda2 dapat ana rasakan...memberi 1000 kekuatan pada ana untuk terus menguatkan saff2 dakwah ini. Mempersiapkan diri mengutip semua mutiara ramadhan dan kemuliaan yg dijanjikan pemilik Ramadhan itu. Kerana selepas ini setahun ranjau nak diredahkan.

Anak2: betapa indahnya bila kita dapat berada dalam seolah2 satu keluarga yg besar ini. Kita saling memberi cinta tanpa syarat..."unconditional love". Mendengar dan melihat telatah antum...bergurau senda "mengata" dalam adabnya; menambahkan serinya ukhwah itu. Ianya ibarat bunga2an dalam persaaudaran Islam dan ukhwahfillah. Manisnya bila dapat bersama2 bergurau senda denga antum semua. Demi Allah saat seperti ini takkan baba lupakan buat selama2nya.

Anak2; demi Allah Ana menyangi antum semua seperti ana mengasihi isteri dan anak2 Ana sendiri. Cinta ini bukan paksaan atau dibuat2...tetapi ianya datang apabila hati ini boleh melihat semua manusia lain dengan penuh kerahmatan...apatahlagi kepada insan/anasir2 seperti antum semua. Spertimana semua manusia berhak mendapat kerahmatan dan kasih sayang Allah.

Cuma baba terkilan kerana sesi tayangan dan Tazkirah oleh Dr.Saran tak dapat dibuat sempurna kerana program agak lewat dimulakan..."hujan lebat". Tetapi siapa tak datang rugi....InshyaAllah kita akan jumpa lagi Hari Raya nanti..."Kita bakar kambing"...kalau antum nak.

"Dimana-manapun Ada Syurga"

Bila kehidupan ini adalah rehlah...
dimana-manapun ada syurga,
dimana-manapun ada bahagia.

dalam perjalanan hidupku...
takhdirNya aku bertemu dengan kalian
Untuk apa semua ini...
untuk Allah dan AgamaNya ini...
Bila ditanya kemana lagi kita mahu pergi...?
Kemana-mana... yg batinku nampak adalah hanya kepadaNya.
Bersama-samakah?.... kita dalam Cinta...
Ya...bersama kalian menuju Cahaya itu...

...Rabb... pemilik hati2 kita,
yang penuh cahaya CINTA keranaNya.

...bulan, bintang dan Cakrawala...beredar kerana Allah jua
patuh....dia tidak sanggup engkar...
Dan hati kita sebenarnya lebih mengerti
tentang erti pengabdian dan tunduk...patuh

Maka, marilah aku pimpin tanganmu...
untuk memahami erti tunduk... T'aabud...
atau kita berjalan bersandingan kepada cahaya itu!!!!.
Kerana, kemana kita? adalah sama.. kan!
kepad cahaya itu...hanya kepadaNya.
"Darinya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali"

anak2ku; Tolehlah...

nundisana kampung kita!!!
kenikmatan dan bahagia yg tak pernah kita temui disini.
Kampung halaman kita kan namanya SYURGA...!
Jangan kita salah memasuki kampung orang jahat tuuuu!...NERAKA.
Marilah kita jejaki jalan lurus ini!!!...
Marilah...
marilah...
MARILAH...
"Kita Berpegangan-bergandingan-bersandingan diufuk Ukhwahfillah.
Kerana demi yang nayaku ditanganNya...bahawa Aku sangat mencintaimu".



Tambahan; Ada yg tanya, "kenapa kehidupan itu Rehlah?: aku ingin jawab, "masaku banyak dijalan raya(travelling)dan atas jalan dakwah". Kerana apa? "hanya kerana kerja dan urusan dakwah; Gi usrah,liqa,meeting, khatibah,mukhayyam, bersama antum dan bersama Ikhwah lain. Kadang Isteri dan anak kena kejar babanya...dan kadang2 mereka tanya kenapa baba lama tak balik/balik lewat. Itulah resam seorang "Murabbi". Tetapi kerana siapa?..."semua itu adalah kerana Allah dan bersama2 orang yg mencintai Allah dan Dakwah ini , maka kemana-mana aku pergi ianya seperti rehlah dan menghiburkan".

September 3, 2009

ESQ: SaAT CinTa MulAi MeNyEntUh

Siri4
(Sila Baca Siri 1-3)

Semasa baba menulis artikel ini, baba berada di Rigency, KL. 3 hari Sebelumnya baba di Batu feringgi, Peneng. Pada waktu ini pukul 10 malam sambil baba menunggu Flight Umi dari KB untuk menemui baba di KL. Flight umi dari KB reTime kul 11 malam… soo umi akan sampai kul 12 malam. So baba ambil masa menunggu ini untuk menulis artikel ini.

Anak-anakku… sesekali amat menyentuh jiwa baba, bila dikenangkan saat-saat bagaimana antum dilahirkan. Along dilahirkan dihospital kuanta. Angah dan Acik dilahirkan di pusat rawatan keluarga,Kuantan. Lepas 8 tahun di Kuantan kita pindah balik Kelantan. Ateh, e-deen, buraidah+muthsanna dilahirkan di HUSM tempat kerja baru umi. Kita pindah balik ke Kelantan 1988. Beberapa tahu selepas tu Tok Ki kena stroke dan mulai jatuh sakit…Along ingat tak ketika kita sama-sama bawa tok Ki Jalan jalan di tebing sungai kuantan dengan kerusi roda (Taman teruntum). Kit sama-sama tolak kerusi roda tok Ki ditebing sungai Kuantan(benteng). Along dan angah pada masa tu baru 7 dan 6 tahun, Cik masih kecil lagi baru boleh bertatih. Kenangan ini sangat terasa bila baba tatap beberapa keeping gambar kita pada masatu bersama Tok Ki yg masih tersimpan dalam album. Gambar2 tu baba selalu tatapinya di pejabat. Baba simpan dipejabat gambar2 tu. Rasanya itulah kai terakhir kita dapat bermesra dengan Tok Ki dan bawa tok Ki melihat dunia ini untuk kali terakhir.

Selang beberapa tahun selepas itu sakit Tok Ki semakin tenat. Masa tu kita selalu traveling balik Pahang utuk melihat Tok Ki. Suatu hari kita sama-sama bergegas balik ke Pahang kerana Tok Ki diberitakan semakin tenat. Semua anak2 Tok Ki semua dah balik…jauh dan dekat . Baba ingat lagi dapam perjalanan pulang ke Pekan…Along tidur dalam kereta (Unser). Selepas along bangun Along cerita bahawa Along bemimpi Tok Ki ajak Along bermain-main berlari-larian ditepi pantai…”tetapi tok Ki berlari…jauh kedalam laut dan Along tak dapat mengejarnya”. Anehnya mimpi Along itu, tetapi masa along ceritakan mimpi tu baba/umi tak perasan apa2. Macam biasalah kita sama-sama enjoi dalam perjalanan pulang kampong sambil dengar CD Nasyid dan Al-Quran. Masa kita sekeluarga baru sampai dipinggir Bandar Kuantan, Inderamahkota, Tiba tiba telefon umi berdering. Baba drive. Umi senyap lama…"Mak Tam telefon" kata Umi dengan suara yg tersekat-sekat. Wajah Umi tiba-tiba berubah…bila baba toleh kekiri baba lihat manik2 jernih menitis dari bilahan kelopak mata umi…dalam suara yg persis gamma dan menahan sebak, Umi berkata ”Tok Ki baru pergi meninggalkan kita”…Suasana kelam menyelubungi kami. Tangan kiri kiri Baba perlahan-lahan gemgam tangan umu pada masa itu…baba angkat dan cium tangan umi perlahan-lahan utk tenteramkannya…walaupun memang Umi seorang yang tabah (kalau tak… tak kan umi boleh jadi doctor). Baba gemgam tangan umi agak lama sambil menciumnya penuh rasa cinta sambil baba juga meenitiskan sambil menahan sebak.…Baba ingat lagi suara baba kelam sambil mengucapkan ”Demi Allah pada hari ini Abang adalah suami..ayah dan ibu kepama Umi… DemiAllah baba akan jaga Umi macam baba jaga diri baba sendiri dan anak2…” . Pada masa itu kaliam tak mengerti apa2 lagi kerana masih kecil. Umi kehilangan ayah.. setalah mak meninggal semasa Umi belajar di SM Sains Pahang (SEMSAS). Selepas itu umi kehilangan kedua2 tempat merebahkan kasih-sayang, cinta dan rindu…selain kepada kalian semua dan kepada dakwah dan agama Allah ini. Anak2 marilah kita hargai selayaknya Umi yang telah member segala-galanya kepada kitra semua. Sebab itu baba rakamkam disini saat apbila cinta mulai menyentuh…dihati baba…dan supay kalian tahu baba sangat cintakan UMI…inilah “Saat-saat Cinta Mulai Menyentuh” bila dikenangkan.

Tingalah Kasih...tinggalah Sayang...Yang ada pada Umi adalah Allah, rasul dan keluarga kita ini dan Dakwah yg menghiburkan...sedang riben usia baba/umi hanya tinggal sejengkal saja lagi. Anak2...antumlah yg Baba harapkan bakal mewarisi Dakwah ini. Hanya itu lah yg membahagiakan baba/Umi seandainya esok baba pejamkan mata macam Tok Ki utk selama-lamanya.

August 30, 2009

Rayuan Ramadhan

Kreatif Mengejar Pahala....

So jika ada orang atau segolongan manusia yang telah permudahkan kita untuk memburu pahala...kenapa tak kita permudahkannya!!!!

sila Lawati;
http://www.youtube.com/watch?v=hRymKljlFIg

August 24, 2009

YM: Ole-ole dari Egypt (anak; thn akhir AL-Azhar)

Gembira jika diingati,
bahagia jika dihargai,
untung jika disayangi,
bertuah jika dicintai,
kecewa jika dilukai,
sedih jiika dilupai,
indahnya... jika ramadhan dihayati dan dijiwai dalam sanubari,

Selamat menjalani ibadah puasa semoga mendapat keberkatan dibulan yg milia ini moga diizainkan allah untuk menyempurnakan sebaiknya ibadah puasa ini. Mohon maaf seandainya tersalah silap samada disengajakan atau tidak.Selamat menyambut bulan kemenangan dan pembebasan dari api Neraka…

mangsa H1N1 telah mencapai 64 kematian..jika dilihat mangsanya kebanyakkan org melayu...amalkan amalan perubatan yang dirahsiakan bangsa lain dengan memakan bawang putih sebanyak mungkin bersama makanan harian lain merupakan antibodi terbaik bagi mencegah wabak ini....tolong sebarkan msg ini..kita tidak tahu sape mngsa seterusnya kita atau org tersyg???wabak ini serius kematian mengejuk..jgn ambil mudah!!!!mengikut kajian org jepun dan korea mengamalkan memakan kurma bersama air kelapa..sdgkan mereka bukan org islam mengamalkan makanan sunnah knp tidak kita???habatulsauda juga merupakan makanan sunnah yg berpotensi mengatasi wabak tersebut...

Moga ada manafaatnya!!!!.

August 23, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Mari kita hayatinya dengan hati: Walau panjang tapi....

Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom.

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:
Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.
Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.
Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.
Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.
Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.
Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.
“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”
Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya.
Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.
Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)
Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)

Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.
“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)
Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)
Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"
Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.
” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.
Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:
1. Perbaikan Aqidah
Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.
Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah;
“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)
Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,
“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)
Allah swt. juga berfirman di surat yang sama;
“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)
Allah swt. juga berfirman;
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)
Allah swt. berfirman;
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)
Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.
2. Pengaturan Ibadah
Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah: 43)
“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)
“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.
3. Pengaturan Akhlak
Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.
“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)
Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.
“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)
Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219)
,
lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.
Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

August 18, 2009

ESQ: biLA ciNtA mUlaI MeNYenTuH...

Buat kali pertama menatap wajah si Dia…
Siri3: (sila baca siri 1 dan 2)


Malam itu semua adik beradik berkumpul rumah mak dalam suasana ceria. Pada mulanya mak bentangkan insan yg mak dah gi merisik. Mak bentang projeknya panjang lebar. Lepas mak bentang aku tunjukkan majalah sekolah STMF PC. Ada gambar sister tu, yang pernah aku tanyakan pada mak semasa th 1 di UKM, mak tak perasan. Masa tu Mak kata belajarlah dulu…Mak terkejut gak rupa2nya itulah orangnya. Ok lah Lepas mak, giliran aku pula bentangkannya. Sambil edarkan dalam 10 keping gambar2 (yang Kak Har bagi tu) kepada semua ahli keluarga. Aku bentang dengan penuh yakin. Lepas Ijmak semua adik beradik, akhir sekali aku kata pada Mak bahawa aku tak kisah sapa2pun asalkan mak suka…baik pada mak baiklah pada aku, kedua2nya sama baik, Cuma kalau mak pilih pilihan aku punya ni segala-galanya beres, kalau kahwin nanti mak tak payah piker pasal duit maskahwin dan antara kami sudah faham segala2nya dan kalau mak sakit bila tua nanti ….inshyaAllah boleh tumpang.

Pada masatu…aku hanya berbekalkan keyakinan pada Istikharah dan yakin pada Allah. Apabila pilihan aku adalah kerana Allah,melalui jalan yg betul, demi jemaah dan jalan dakwah, aku yaki Allah akan mudahkan segala-galanya. Disinilah letaknya jalan tawakkal pada syariat Allah. Sedangkan pada masatu aku tak pernah kenal,bercakap, SMS dengan dia. Yang ada pada aku hanya 10 keping gambar itu sahaja. Akhirnya aku bertanya pada mak, apa keputusan mak?...Dengan senyuman yg aku dapat lihat pada wajah mak…berkata, “Mak pilih hok Li lah!...”. Aku tahu mak suka bukan kerana bakal menantunya doktor tetapi yg lebih mak suka ialah...berpakaian jubah tu...Mak kata "sejuk hati mak". Moga ini adalah hadiah dari ku utk mak yg membesarkan ku hingga jadi seperti ini. # Li tu adalah pangillan manja mak pad aku sejak kecil sampai sekarang.

Selesailah satu babak. Keesokkan hari aku bersama ikhwah yg datang berkunjung kerumahku itu… balik ke UKM bangi. Sambil balik tu aku tel K Har..Mengatakan insyaAllah jadi dengan Ukhti tu. Dapat aku rasakan betapa gembiranya K Har dengan jawapan aku tu. Utk makluman pembaca K Har tu ialah (Prof Madya Dr. Harlina Hj Siraj- Sekrg ni Pakar sakit puan di UKM Medic. dan selalu keluar dalan TV9 dan radio IKIM). Akhawat yg dia cadangkan utk aku ni ialah anak usrahnya yg paling dia sayang.
Selang bebarapa minggu tibalah masanya utk sesi ta’arif. K Har yang aturkan semuanya. Ta’aruf tu ialah sesi pertemuan aku dengan Ukhti tu. Sebelum ini tak pernah bertemu, ber SMS apalagi bercakap, tiba-tiba pada hari ini aku diberi peluang utk “dating” (Allahuakhbar) dengan seorang Akhawat yang tak pernah aku kenal. Pertemuan diaturkan di rumah K Har, taman keramat KL, pada masatu.

Allah saja yang tahu…berdebar, takut,harap, malu dan macam2 perasaan ini bercampur-baur dalam disket otakku dan RAM hati ini. K Har masak dengan Ukhti tu menu makan malam utk kami makan bersama.. Aku solat Isyak disurau sebelah rumah mereka. Lepas isyak aku ikut Ust Zul kerumahnyaan. Begitulah yang kami janjikan. Bila sampai saja depan rumah K Har aku mula …”kenalin” he he…bahas Kelantan. Macam nak pecah dada…maalomlah..ek…antum pun tahu cakap pun tak gune...!
Ust Zul selamba jer…Orang Kedah, memang kaki buat kelakar…He he kami memang rapat dari tahun 2 lagi. Ust Zul pun baru kahwin jer dengan K Har pada masa tu…rasanya dalam 7 bulan. Al_Kisahnya…sampailah juga aku diruang tamu rumah Ust Zul. Sambil berborak2 aku asyik dok intai mana…?....?...?ukhti tu..ek. Tiba-tiba…K Har Kelaur…bertegur sapa…dengan kami berdua…He He K Har rupanya. Sebentar kemudia…keluarlah “bida-dari tu” dari ruang dapur rumah K Har…menghidangkan makanan yg mereka masak utk kami berempat selesaikan malam tu. Allahhuakhbar….Aku buat2 tak pandang jer…sambil berborak dgn Ust Zul he he… jelinglah gak…sambil hati…berkata???..apa?!!!...antum agak-agak apa?. Lu piker lah sendiri. Tak tau nak cakap macam mana. “Cinta pandang pertama”. Ada current lah kiranya.

Selepas abih menghidang makanan. K Har dengan ukhti tu pun duduk lah disebelah kami berdua, keliling meja makan yang kocik tu. Wahh…daduh-daduh... dekat nya duduk. Aku gelabah. K Har memang aturkan kami mengadap berdepan rupanya. Allah huakhbar…Malunyaaaa. Rasa tak berapa Nampak dah lauk-pauk yg ada di depan masa tu. Pas tu bermulalah….sesi “makan_ta’arif “. Pertama kali pandang orang yg akan jadi teman hidup kita. Bukan saja tengok muka…tengok hidung,mulut,pipi,tangan,jari…sambil bercakap dengan seribu soalan dalam kepala…hanya beberapa soalan saja yg Berjaya dilontar keluar. Yg banyak tolong Tanya ialah K Har…dan Ust Zul tolong jawab. Memang kebas abih tangan, kaki dan lidah. Manun semua persoalan sempat diluahkan dalam sesi dalam lebih kurang 2 jam tu. Kira apa saja yg kami nak tanya, boleh tanya pada masa tu termasuk "harapan dan impian masa depan".

Itulah kali pertama aku menatap wajah seorang ukhti yang bakal menemani hidupku atas jalan dakwah ini. Kali pertama itulah “CinTA mUlAi MeNyENtUh”. Memang itulah ciri Seorang Isteri yang aku dambakan selama ini. Itulah Hardware dan Software seorang Insan yang bernama Wanita sesuai denga fitrahku. Aku mula teringat2 tentang selama selam 3 bulan istikharahku. Aku mula ingat bahawa itulah anugerah Allah kepadaku yg berserah semuanya kepadaNya. Aku mula insaf jalan memilih teman yang terbaik ialah dengan mengikut panduan Allah. Aku mula memanjatkan syukur kepada Rabb dengan anugerah ini. Aku bukan berkahwin dengan orang yg aku cintai…tetapi aku bakal berkahwin dengan jodoh yg Allah tentukan utkku. Walaupun Aku tak pernak menganalinya….Tetapi pada Saat ini Cintaku Mulai Tumbuh, Bertunas dan merimbun (ingat tak lagu 'pepohon cintaku kian merimbun...semakin dicantas semakin bertunas..."In-Team). “Cinta kerana Allah dan Jalan dakwah ini”. Itulah jalan terbaik bagi seorang lelaki yang mukmin dan perempuanyang mukminah. “Ya Allah jadikanlah keluargaku keluarga duat contoh utk semua manusia”. “Ya Allah kau kurniakanlah kepada ku Isteriku dan zuriatku sebagai penyejuk mata hatiku…dan bangkitkanlah anak2ku sebagai mujahid dan mujahidah yang akan meneruskan perjuangan dakwah ini dan menegakkan agamaMU ini”.” Ya Allah jadikanlah…keluarga kami, keluarga yang Soleh…lagi musleh. Kurniakanlah keatas kami rahmah dan Mawddah dari sisimu”. Amin

Selesai sesi ta’aruf itu…kami ditinggalkan denga satu “homework”. Apa dia?... Dalam masa seminggu kami berdua dimintak utk membuat “Cinfirm” samada setuju/tidak utk diteruskan. Itu baru ta’aruf jer. Dalam perjalanan balik ke Bangi aku terus call K Har…”Setuju”…tak yah tunggu seminggu. Jawab K Har…”Alhamdulillah…ya Akhi…tapi kita tunggu keputusan Cah dulu…ok. Terimakasih ya Akhi. Nanti bila Cah bagi jawapannya K Har akan tel akhi segera”.

Moga cerita ini boleh jadi panduan utk anak2. *Lepas kahwin Ana Tanya Isteri. Macam mana boleh setuju…katanya ”kalau ada seorang lelaki yg baik agamanya…datang meminang…kenapa kita nak tolak. takda sebab kita nak tolak. Kalau kita tolak insyaAllah kita tidak akan jumpa lagi lelaki yg lebih baik dariny”. Ada hadis…sila cari. Ok utk siri kali ini…Sebijik dengan artikel yang aku postkan sebelumni..."Shooping for husband".

August 15, 2009

17 Tahun Bagaikan Semalam!!!....Kehangatan Cinta.

ULANGTAHUN PERKAHWINAN...

"Ya Allah aku telah memafkan Isteriku selama ini dan selama2nya. Kau pandanglah dia dengan pandangan rahmat dan cintaMu. Sesungguhnya dirinya adalah anugerah dariMU untukku, yang lebih mahal dari dunia dan seisinya...hanya engkaulah yang layak membayarnya denga balasan Syurga. DemiMu ya Allah aku mencintainya sebagaimana dia mencintaiMU, Muhammad, Khadijah dan jalan dakwah ini".

Anda boleh lawati juga;

http://picasaweb.google.com/abuuwais07/KeindahanBersamamu#5179322624480793298

http://e-deen.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

August 13, 2009

...Kematian adalah Sesuatu yg PASTI datang....


bila sampai masanya..."laa yas takkhirunn waala yastakdimun...bisaatin"
Hari ini Aku amat gamam dan cengeng sekali dengan kehilangan Seorang sahabat...Yg pada suatu masa dahulu pernah makan, minum dan tidur. bersama..mengadakan persembahan bersama2. Ingat lagi semasa Konsert Mega Rabbani. Depan Masjid Kuantan pada tahun 1999. aku sampaikan lagu "Air Mata Permata". sayangnya...gambar dan video kebanyakannya sudah tiada lagi dalam simpanan...

Kenangan semasa merakam album semasa di sungai penchala lagi...masatu Studio di bandar Manjalara baru di buka dibawah OVA production dan selepas itu...Telaga Biru Sdn Bhd. Ust Sohibul ada sekali. Selalunya waktu malam..kami ramai2 lepak di bilik penerbit sambil cheking suara mana yg tak ngam sepalas rakamkan suara... Munif (hijz) yg buat suara latar Album Air Mata Permata pun ada juga masa tu. (nanti kalau ada masa ana akan letakkan lagu tu dalam blog ini...insyaAllah, tu pun kalau ada yg tak sakit telingga nak dengar lagu2 nasyid lama ni)... Yg aku kenal mereka ini sangat halus jiwanya dan lemah lembut akhlaknya tak banyak cakap tetapi senyuman memikat sampai kehati. Ingat lagi makan nasi lemak sotong Pak Din di sebelah rumah tumpangan sungai Penchala (Skrang ni.. dengar2 Pak Din jadi tukang maksak Tb haji)

Dan: Semasa Konsert Rabbani di New pacific th 2000 sempena 10 th SRI Aman...dimana semua mereka semua ahli kump Rabbani tidur berselerak di ruang tamu rumahku dan dibeberapa bilik lain.

Dalam minggu ini: Juga kematian Pak Rendra (penyair indonesia) yg banyak mewarnai karya aku sendiri...Dan seorang lagi penyair Negara (Dinsman;maaf kalau silap)...Disini saya letakkan sajak yg pernah di tulis dan dibaca oleh Rendra. Anda boleh mengoogle!!!...mencarinya

Hidup ini penuh dengan angan2. Benarlah sesuatu yg kamu terasa sangat jauh tetapi ianya sangat dekat denganmu... adalah "Kematian". maka apabila nafas sudah berada di halkum...masih adakah angan2?...dan masih adakah harapan..selain...ingin kembali mengadap utk menatap wajahNya..dan ingin sekali dijemputnya dalam redha dan merehdai...dan disambut dengan ucapan salam selamat sejahtera..."wahai jiwa yg mutmainnah (tenang)...kembalilah kepada tuhanMu....dalam????....." Allah huakhbar......bagaimanakah aku????

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA