December 5, 2011

ISK...


Dah lama tak buet entri dalam blog. Cuti bukannya bererti rehat...tetapi banyak urusan lain dari rutin yg nak kena buat. Move sana sini, bersama anak2 dan Lecture KDC dalam cuti dan bnjirrr...

Utk entri kali ini ana kungsikan utk tatapan anak2 tulisan seorang akhawat yg telah dikungsikan dalam fb. Mintak izin ya ukhti!. Tentunya lebih faham jika antum pernah hadir ISK. Dan sudah pasti rugilah yg berpeluang tapi tak dapat hadir...dan teramatlah rugi bagi sesiapa yg tak pernah pun dengar singkatan ISK ini. Percayalah hidayah itu dekat kepada yg mencarinya...bukannya kepada yg lari darinya!


(minta izin ye ukhtifillah)

Assalamualaikum wbt.

Ketika awal-awal bulan saya di UK ini, saya banyak bertemu dengan senior yang “memeluk” Islam setelah sekian lama berada dalam jahiliyah. Saya berasa pelik;

“Wah, ramai ye berubah sejak datang keluar negara” detik hati saya.

Tidak dapat tidak, perasaan ingin tahu saya menyala-nyala, lantas setiap kali bertemu kakak-kakak yang kembali ke pangkal jalan, jika dirasakan sudah cukup rapat, saya akan bertanya;

“Akak, kenapa akak berubah ye? Sejak bila? Apa turning point hidup akak?” Soalan seorang budak yang ingin tahu.

Jawapan yang saya terima pelbagai. Bermacam-macam. Melihat perubahan mereka, saya mahu juga! Ketika awal-awal bulan pertama itu, saya mulakan proses mahu mencari kebaikan. Saya terfikir:

“Apa agaknya akan jadi turning point hidup aku ye? Mesti ke kena ada 1 peristiwa yang macam tu? Kalau tiada adakah maksudnya aku tak boleh berubah?”

Saya tahu saya tidak boleh tunggu, kerana saya takut “turning point” itu tidak saya alami. Kerana itu, saya menghadiri semua kuliah agama yang ada, ceramah semua saya cuba untuk tunjuk muka. Saya pernah berusrah dengan 3 orang yang berlainan, dan setiap orang akan buat setiap minggu. Maksudnya, masa tahun pertama saya di UK, saya berusrah tiga kali seminggu. Saya dalam pemburuan mencari makna Islam.

Ya, banyak aktiviti keagamaan saya hadiri. Tetapi saya sendiri dapat merasakan sejujurnya hati saya tidak “basah”. Saya rasa sama sahaja pandangan saya terhadap Islam, tidak berubah. Saya masih tidak nampak di manakah Islam sebagai Ad-Deen itu. Saya masih tidak dapat menghayati Islam. Yang beza bila saya banyak menghadiri aktiviti agama, ilmu itu bertambah sedikit demi sedikit. Tetapi seperti saya katakan, tidak basah. Masih tidak dapat menghayati.

Allah memberi pada yang mencari.

Salah satu naqibah saya menjemput pergi ke Program Ini Sejarah Kita (ISK). Saya beri respon positif. Saya hadir dengan harapan yang sama saya letakkan pada setiap majlis ilmu yang saya hadir, semoga Allah melemparkan hidayah dalam hati saya.

Pagi itu, saya hadir, duduknya di tengah-tengah, agak hadapan. Mahu fokus yang penuh dan maksimum. Nama pun sejarah kita. Nah! Saya dihidangkan dengan sejarah Islam, sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, sehinggalah zaman sekarang ini. Sejak Rasulullah SAW dilahirkan, berdakwah secara rahsia, terang-terangan. Baginda membina negara Islam pertama, lalu empayar Islam disambung dengan khalifah-khalifah unggul. Yang akhirnya tersungkur kerana Islam yang diamalkan tidak lagi Islam dalam hati yang disanjung.

Saya sedar juga. Wah. Selama ini saya ada tugas rupanya. Agar membantu menegakkan Islam kembali. Saudara di Palestin yang menderita, itu bukan omong kosong rupanya. Rupa-rupanya Palestin itu memang isu bersama. Rupa-rupanya Al-Aqsa itu memang harus direbutkan. Rupa-rupanya itu memang milik kita.

Itu semua memang berat untuk fikiran saya. Terasa satu pencerahan tentang satu isu besar tentang kehidupan yang selama ini hanya dianggap sebagai isu sebelah mata.

Tapi bukan itu saja. Saya ceritakan zaman jahiliyah saya bukan mahu membuka aib sendiri. Tetapi saya hanya mahu berkongsi. Malaysia sekarang dilanda arus hiburan dari Korea tidak kira perempuan mahu pun lelaki. Malangnya saya tidak terkecuali. Ketika itu saya bangga saya tahu semua berita mengenai hiburan Korea. Saya fikir, alah sembahyang juga, datang usrah juga. Oklah ni, hiburan sikit apa salahnya. Saya bangga kalau sebut apa-apa, saya sudah tahu dahulu. Boleh kira saya berada di saf hadapan (haha!). Tetapi! Semasa ISK. Ada video pendek. Dimainkan di hadapan saya. Pertengahan video itu, ada tulisan “berhala zaman moden” dengan gambar-gambar yang dimaksudkan berhala ialah artis-artis kegemaran saya. Tersentap saya seketika. Saya diam. Saya sudah tidak peduli isi video yang selepas itu. Otak saya ligat berfikir. Berhala? Korea? Saya selama ini menyembah mereka tanpa saya sedari! Saya diam. Sesi-sesi selepas itu, saya tahu dalam program ini ada sesuatu. Saya tambah fokus saya. Terus bertanya apa yang akal saya tidak dapat mencerna.

Perjalanan balik dari ISK, saya merasakan satu perasaan yang kompleks. Saya berasa diperhatikan. Saya rasa ada “sesuatu” yang melihat, dan saya tahu yang melihat itu ialah Allah. Saya rasa concsious dengan “sesuatu” yang melihat saya itu. Tiba-tiba sahaja benda ini terjadi. Ketika itu, saya rasa vulnerable. Saya rasa lemah. Saya rasa bila-bila masa saya boleh mati jika Dia mahu. Saya rasa kaki saya sangat tidak berdaya untuk melangkah. Saya rasa langit yang besar itu tiba-tiba boleh runtuh dan menghempap saya. Saya terbayang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang hari kiamat, neraka dan azabnya, yang selama ini tidak dapat saya hayati, saya rasakan ayat-ayat itu sesak mengasak dada. Sukar bernafas. Itu semua terjadi dalam perjalanan balik.

Balik ke dalam bilik, saya tenangkan hati. Saya fikir, “Wah hebat betul penangan ISK tadi”. Saya fikir perasaan ini akan reda. Sebab saya pernah juga merasa insaf tiba-tiba, tetapi bukan dalam magnitude sebegini.

Saya silap. Seminggu perasaan saya kacau bilau. Sejak itu, bila saya berjalan, saya berjalan cepat, akan lari masuk ke dalam bangunan. Kerana saya takut langit akan menghempap saya bila Dia mahu. Tetapi bila saya masuk ke dalam bangunan, saya tidak boleh duduk diam. Saya rasa bangunan itu boleh runtuh. Satu benda lain terjadi. Dulu saya duduk di Opal 2. Kiblat saya menghadap tingkap. Dan langsir memang saya selalu biarkan terbuka. Sejak saya balik dari ISK, kalau mahu solat saya kena duduk dulu 5 minit tenangkan hati, sebab kalau tidak, semasa solat kaki saya akan longlai sendiri, dan saya jatuh. Kenapa? Sebab sembahyang saya menghadap langit yang luas itu. Terutamanya malam. Saya rasa saya berhadapan betul-betul dengan yang Maha Kuasa itu. Saya rasa malaikat-malaikat semua memandang saya. Saya sangat merasakan Allah melihat saya.

Akhirnya, keadaan menjadi lebih teruk. Saya takut mahu keluar bilik. Perasaan ini terlalu berat untuk saya tanggung. Akhirnya, saya tak tahan lagi, saya bertemu salah satu naqibah saya untuk bercerita. Nampak saja mukanya air mata saya berderai. Saya ceritakan padanya. Perihal langit mahu menghempap saya. Perihal di kala solat kaki saya longlai tidak boleh berdiri. Perihal saya tiba-tiba merasakan semua ini. Perihal saya tidak peduli lagi hal-hal yang lain, yang hanya saya terfikir, kiamat, neraka, azab dan mati.

Naqibah saya. Saya speechless. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan untuk berusrah dengannya. Dalam ketiga-tiga usrah yang saya hadiri, usrah dengannya paling menyentuh hati. Dalam pertemuan itu, dia berkata, ketakutan yang saya rasa itu, adalah ketakutan kepada Allah. Itu sepatutnya memang kita kena rasakan. Tetapi dalam masa yang sama, harapkan keampunan dariNya. Percaya Dia itu penyayang, pengampun. Perasaan itu sepatutnya diuruskan seperti apa yang diajarkanNya. Ada khauf dan raja’. Ada takut dan mengharap. Penyelesaiannya bukan lari. Tetapi taubat.

Perjalanan balik. Saya mendongak melihat langit. Saya bersyukur. Saya lega. Saya faham sekarang. Saya rasa seperti satu kelubung hitam yang selama ini menutupi 20 tahun kehidupan saya, telah diangkat. Saya rasa satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan. Saya rasa “Islam”. Satu demi satu ilmu yang selama ini saya katakan saya tidak faham dan tidak dapat hayati, satu persatu saya terbayang dalam kepala, satu persatu semua menjadi jelas dan sempurna. Sempurna setelah saya faham Islam. Benarlah, tahu dan faham itu lain. Tahu Allah itu Maha Besar, tidak sama dengan faham Allah itu Maha Besar.

Hanya kesyukuran dapat saya panjatkan, setelah Allah beri kefahaman Islam.

Oh cerita berhala tak habis lagi. Alhamdulillah, berhala-berhala itu semua sudah lama saya tinggalkan. Korea? Saya tidak minat, saya tidak tahu. Malahan jelik mendengarnya.

Kesimpulan.

Saya bukanlah mahu berkata jalan saya ini harus atau akan ditempuhi semua orang. Tetapi hidayah Allah itu perlu dicari. Bayangkan jika kita mahu ke Perlis. Mahu menumpang kereta di tengah highway. Tetapi berdiri di jalan yang arahnya ke Johor sana. Sampai bila tiada yang mahu menumpangkan. Mahu mencari hidayah, cari di tempat yang betul. Cari di majlis ilmu. Jangan cari di tempat maksiat bercampur gaul lelaki perempuan dengan bebasnya tanpa batasan.

Saya tidak katakan semua orang akan berjumpa turning point ini. Saya sendiri tidak tahu adakah semua orang akan mengalaminya. Satu tahap di mana kita sendiri menyanjung tinggi Allah di dalam hati. Saya tidak katakan juga anda akan bertemu hidayah di ISK seperti saya, itu rezeki saya, yang Allah susunkan untuk saya. Yang saya boleh cakap hanyalah, harap, harap dan sentiasa berharap yang Allah akan beri kita hidayah, tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Oleh itu jika ada aktiviti keagamaan, lapangkan waktu dan beri kesempatan. Setiap kali ke majlis ilmu, lapangkan dada selapang-lapangnya. Terima ilmu itu, cuba untuk faham dan fokus. Kita tidak tahu bagaimana Allah mahu memberi hidayah.

“Hidayah itu umpama bilik yang tertutup, kita harus berusaha untuk membuka. Hidayah juga seperti air hujan, yang jika kita mahukan perlu ditadah bukan hanya termengadah”

Namun, kita juga harus berdoa, agar hidayah yang diberi Allah itu, tidak ditarik semula. Sebab itu doa kita harus bergandingan.

“Ya Allah, Kau berikanlah aku taufiq dan hidayah”

“Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk dan kekuatan”

Doa agar diberi kekuatan untuk terus tsabat atas jalanNya. Dan doa juga agar Dia tidak menarik kembali hidayah yang telah Dia campak ke dalam hati kita.

Banyak benda kita harus berdoa. Doa itu senjata orang mukmin.

Wallahualam bissawab.

November 9, 2011

"MAKNA 11.11.11 kepada keluarga kami".

"GRATISAN CINTA DARI Ilahi...".

Andai hidup ibarat dua Sisi duit syling, siapakah yg bisa menentukan hitam puteh hidup kita?....Siapakah sebenarnya yg berhak menghina dan memuliakan diri kita selain Allah.
Sesungguhnya seluruh nikmat dan rahmat adalah hanya milik Dia yg memiliki seluruh alam ini. Seluruh Kebesaran dan darjat adalah kepunyaanNya. Maka setiap inci panca indera deria dan setiap saat helaan nafas kita saat ini sebenarnya dalam gemgamanNya. Semua anugerah itu adalah hakikat gratisan Cinta dari tuhan pemilik diri,hati dan jiwa kita ini. Kerana tuhan sayang kita: bila diberikan nikmat yg kita sering cepat melafazkan syukur dan apabila dicampakkan musibah yg membolehkan bibir kita menuturkan sabar dan jauh dalam hati membenih redha yg mendamaikan.

Buat UMI; baba dan anak2 ucapkan Selamt Hari Lahir yg ke 44 Tanggal 11/11/11. Tambah seri dan maknanya sambutan tahun ini dengan anugerah Pingat Darjah Ketiga Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (PSK) sempena Keputeraan Sultan Kelantan hari ini. Moga kami lebih berbangga dengan Umi...selama ini dan selamanya. InshyaAllah. Umi adalah insan hebat walaupun bibir ini tidak sering melafazkannya. "Kami Sayang Umi"

Secawan Kopi Sepinggan Nasi Berlauk Pagi ini!!!!...

Assalamualaikum semua...
Minggu ni Kampus sunyi sepi. Sutdents semuanya tengah struggle study dan ada yg tengah exam final. Tapi pensyarah yg tak ada kerja tu...berduyun2lah keluar cari makan pagi.

Semalan (rabu) baru masuk office sebab hari selasa masih cuti, Qurban lembu di SMI Aman. 2 ekor. Semalam juga berduyun2 menerima tetamu dbilik dari kalangan pelajar dan rakan pensyarah. Kalau pelajar tu ada yg berubat dan ada yg datang utk minta "syafaat". Minta halal segala ilmu dan minta doakan utk kejayaan final exam ni.

Alhamdulillah pagi hari ada geng yg tunggu utk makan pagi. Makan tu perkara biasalahkan...tapi yg boleh dikungsikan disini ialah antara topik perbualan aku dengan En Yusof ialah cerita ttg Bob Loqman (artist). Bob lokman kata masa dia jadi artis dulu majlis agama takder nak tegur, tapi bila dia sudah nak belajar jadi baik, aikkk ada banyak pulak salahnya .Majlis agama yg kata dia salah. kan aneh tu?. itu kata rakan saya pensyarah En Yusof lahhh. Kami sama sama gelak jer. Aku pun kata kat dia "oooh maknanya jadi artis tu lebih baiklah dan lebih soleh lah ek dari jadi ustaz..itulah restu majlis agama?." Dia pun gelak pula. aku sambung lagi dengan sinis (agaknyalah), Betullah ekkk pepatah melayu "Buat baik ber pada pada, buat jahat jangan sekali". dia pun gelak pula, kah kah. sambil mengulas..."Oooo kalu nak buat baik tuu janganlah banyak banyak, berpada pada lah, tapi buat jahat jangan sekali...tapi kena berkali kali baru tak pa"....kah kah kami sama gelak...Aku pun tanya kena betulkan semula pepatah melayu ni!. Tak releven dah zaman loo ni atau orang tua kita dulu tu silap.

Apa pandangan anda?...he he

November 1, 2011

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
(Petikan dari blog Ust Halim abdullah)

October 27, 2011

KALAU ROBOH KOTA MELAKA...?


Kota Melaka yg sepi...

Rabu 11 45 pagi/16 okt: aku tiba di LCCT dari Kota Bharu, Kota Iman, Bandaraya Islam.Dari KLIA ke Melaka aku menaiki bas exsperss direct ke sana.

Bas transnasional meluru deras memburu waktu, membawaku ke dari LCCT KLIA ke Hotel Sri Costa, Kota Melaka, Bandar Sejarah, Bandar Parameswara, Bandar gagah pahlawan Hang Tuah.Seketika, dek kepenatan membuatkan aku terlena sekejap dalam bas yg agak selesa, kerana dapat single seat di bhg belakang. Kira kira 1 jam kemudian terjaga, mata hati ini asyik mentelaah alam sekeliling yg menghijau. Segar iman sejuk pandangan kerana alam adalah lambing kekuasaan sang pencipta.

Hari ini musafir lagi 3 hari ke Melaka…tiga hari lepas pulang dari Jaulah ke utara bersama anak2 usrah. Setelah susur keluar tol Air Keroh; susur ke Melaka, pemandangan sekeliling mula berubah. Suasana perkampungan masyarakat Melaka dapat dilihat dengan jelas dari celah2 kaca cermin bas. Dah lama tak datang ke Melaka..banyak sekali berubah. Kalau 20 tahun dulu semasa belajar di UKM aku selalu kesini. Hari ini ternyata segala2nya berbeda. Bandar, jalan, kampung dan kemajuan nampak ketara sekali. Sungguh menarik. Diantara yg tertarik bagi minda ini ialah kepada beberapa masjid yg bercirikan senibina cina. Wahhh…nampak cantik dan menarik tetapi imarahnya aku tak tahulah. Sekali pandang sebagai pelancong yg baru melalui daerah2 ini pasti terpegun dan memuji. Melaka ku Indah. Menang cantik dan menarik.

Kira jam 4 aku sampai di hotel. Betul2 ditengah2 kota Melaka, belakang Mahkot Parade. Sangat srtaregik dikelilingi tempat2 menarik di Melaka Hilir ini.
Aktiviti petang macam biasalah makan dan taklimat lepas isyak.Lepas taklimat ramai rakan2 pensyarah merayau raikan mata/pandangan/perut. Aku tak leluar. Malam ni aku tidur awal kerana ingin bangun awal. Tambahan kepenatan traveling seharian siang tadi.

Alkisahnya, yang menjadi ingatan aku sepanjang hayat ialah peristiwa subuh. Subuh pagi Khamis esoknya. Pagi ni aku bangun jam 5 pagi. Lepas mandi macam biasa solat tahajjud. Rakan sebilik masih lena lagi. Aku sengaja tidak kejutkannya kerana masih awal lagi. Lepas solat aku teringin utk mencari masjid utk solat jemaah. Masjid yg bisa menjadi saksi bagi ku didepanAllah dipadang mahsyar nanti. Utk itu aku turun keloby hotel. Masa itu ada pekerja yg separuh abad bertugas. Wataknya sangat baik dan mesra. Cina Baba agaknya kerana bahasa melaysianya tak pelat langsung. Aku Tanya “tuan ada masjid tak dekat dengan hotel ni?. Jawab bro tu…”tak der dekat sini. Satu masjid pun tak ada di tengah2 bandar ni. Kecuali satu saja di “Pulau Melaka”. Aku Tanya jauh ke?. Katanya tak jauh, dalan sekilo lebih. Tapi katanya pulau tu masih belum diduduki lagi, rumah kedai masih belum siap. Masjid tak tahu lah samada ada orang solat subuh atau tidak. Aku minta dia lukiskan peta jalan utk kesana. Sambil menerangkannya. Aku ambil kesempatan utk kesana. Rasa tak jauhlah sangat sebab teringatkan semasa haji dulu, aku jalan kaki sajaha ulang alik dari MINA ke HARAM yg jaraknya 7km. Lagipun dah biasa main golf kalau nak habiskan 9 lubag tu kena berjalan dalam 5k.

Pulau Melaka ialah pulau buatan hasil tambakan laut. Aku pun redah lorong2 dicelah bangunan menuju destinasi imanku. Sambil perhatikan tanda2 yg diberikan baba tu aku…menghayati subuh pagi. Membelah kegelapan dan dingin pagi.Kedengaran kicau zikir pagi dari burung2 gagak yg banyak berkeliaran. Cuma sunyi yg anehhh sekali…tak macam biasa aku berada di mana hotel di tengah2 bandar KB atau K Terengganu. Yaa… memang tragis dan sunyi yang menghiris. (sambungan)

October 19, 2011

LAMBAIAN URATA TANAH AIR




JAULAH KE KEDAH...20 -22 oKT 2011




Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Ya Rabb..peliharalah musafir kami. Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU. Doa kami mustajab. Limpahkanlah perjalanan kami dengan keampunan dan kurniakanlah kepada kami ilmu yg bermanafaat dari musafir ini. Eratkanlah ukhwuah antara kami dan ikatkanlah hati-hati ini dengan ikatan yg erat dan satukanlah ia dalam lembayung cahaya rabbaniMU.

Hadaf jaulah kali ini:
~UKHUAHFILLAH
~HAYATUN SAHABAH (Lima sahabat pilihan)
~ZIARAH TOKOH (Ust Rosli^Islah Sungai Petani)

Terimakasih Akhi Fazli Kerana sanggup korbankan masa,tenaga dan cuti untuk meraikan kehadiran kami semua. Jaulah yg tertangguh selama setahun akhirnya tertunai juga akhirnya. Kerinduan yg hampir 2 tahun terpisah, akhirnya dapat bertemu dalam suasana ukhuaffillah. Bertemu dan terpisahnya kita adalah kerana ALlah.
Sebenarnya penyusunan jaulah yg akhi Fazli berikan adalah lebih dari apa yg kami perlukan. Moga Allah rahmati anta selama lamanya. Moga Ukhuah ini akan kekal selama lamanya.

October 12, 2011

TiTIPAN IMAN...


...Buat Anak2 Yg Akan Pergi Daurah Minggu Ini

Moga Allah lapangkan dadamu. Permudahkan langkah kamu utk kesana. Diampunkan dosa dan digantikan dengannya satu pahala bagi setiap langkah musafir kalian kesana. Setiap saat berjalan bersama2 ikhwah adalah hitungan rahmat Allah yg melimpah. Maqbul doa kamu dengan musafir dan menuntut Ilmu. Diberikan kepadamu pahala jihad... "Sesungguhnya kemanisan iman hanya dinikmati oleh orang2 yg berkorban atas jalanNya".
Anak2...
Terlalu sering aku berpesan, agar kita tidak gagal dalam menikmati jalan dakwah ini. Dalam berbagai ruang bicara dan tulisan, aku selalu mengajak dan mengingatkan, agar kita selalu menjadikan jalan dakwah ini sebagai sesuatu yang kita nikmati. Segala renik yang ada di sepanjang jalannya: suka dan duka, tawa ria dan air mata, kemenangan dan kepedihan, tantangan dan kekuatan, lelah dan payah semua itu adalah bahagian yang harus bisa kita reguk kenikmatannya.
Nikmat?...
Di antara doa yang sering ana munajatkan adalah, “Ya Allah, wafatkan aku dalam suasana mencintai jalan dakwahMu, dan jangan wafatkan aku dalam membenci jalan ini.” Tentu saja bersama doa-doa permohonan lainnya. Diri ini ingin menjadi seseorang yang mengurai kembali ikatan yang telah direkatkan, mengungkit segala yang telah diberikan, dengan perasaan menyesal dan meratapi segala yang pernah terjadi di jalan ini.

Siapalah diri ini selain hanyalah seseorang yang ingin mendapatkan banyak kemuliaan di jalan ini. Mendapatkan banyak saudara, mendapatkan banyak ilmu, memiliki banyak pengalaman, mengkristalkan banyak hikmah, menguatkan berbagai potensi diri, menajamkan mata hati dan mata jiwa. Luar biasa; sebuah jalan yang membawa barakah yg melimpah. Maka, merugilah mereka yang telah berada di jalan ini tetapi tidak mampu menikmatinya.

Maka mari kita nikmati jalan dakwah ini, “sebagai apapun” atau “tidak sebagai apapun” kita. Posisi-posisi dalam dakwah ini datang dan pergi.Pangkat murabbi atau mutarabbi bukannya erti kemuliaan tetapi hanya pengagihkan kerja dan amanah. Yg bisa datang, bisa pergi, bisa kembali lagi, bisa pula tidak pernah kembali. Bisa “iya” bisa “tidak”. Saya menjadi masu'ul,pengurus program, pemimpin dan semacam itu; atau tidak menjadi pengurus, tidak menjadi pemimpin, tidak menjadi apapun yang bisa disebut.
Kita semua siapa ?
“Saya pengurus dakwah”. Ini bisa disebut.
“Saya mengurus jaulah”. Ini juga bisa disebut.
“Saya mengatur rehlah”. Ini sangat mudah disebut.
“Saya ketua komandan mukhayyam". Ini cepat disebut.

Tapi, kita semua siapa, siapa mereka di luar sana dan siapa disisi ?
“Saya orang yang selalu berdakwah. Saya tak pernah jemu memberikan masa dan umur kepada dakwah. Pagi, petang siang malam. Kelelahan adalah kenikmatan. Perjuangan adalah kemuliaan. Saya sebenarnya tidak tahu, apa nama diri saya. Karena saya lebih suka memberikan sesuatu yg terbaik utk dakwah, daripada mencari definisi saya sebagai apa di jalan ini”.

Ya. Nikmati saja jalan ini. Sebagai apapun, atau tidak sebagai apapun diri kita di jalan dakwah. Jangan sampai ketinggalan. Jangan terbiarkan futur dan mundur.
Kerana hanya kita yg mengerti bagaimana menikmati jalan ini!!!!...

"Yaa Allah ampunilah aku kerana kelalaian ini. Kelemahan dan kecuaianku memimpin tangan mereka yg bakal mewarisi risalah ini. Maafkanlah aku ya Allah, maafkanlah aku".
"Selamat jalan dan selamat kembali...selamat menikmati jalan dakwah ini"

October 9, 2011

DISKUSI HADIS ARBA'IN

HADIS 4

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam ﺑﺪء)( (اﻟﻤﻠﺌﻜﺔ ذآﺮ ﺑﺎب) اﻟﺨﻠﻖ nombor 3036, dan dalam (اﻟﻘﺪر) dan dalam (اﻷﻧﺒﻴﺎء) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
.(.nombor 2643 (ﺑﺎب آﻴﻔﻴﺔ ﺥﻠﻖ اﻵدﻣﻲ) bab (اﻟﻘﺪر) k

October 4, 2011

TAZKIRAH MINGGU INI



MOGA MENJADI PENEBUS LALAI BUAT DIRIKU YG SERING HANYUT DAN LUPA:

NOVEL CERITA BENAR dari Kisah Nabi dengan para sahabat adalah diantara koleksi cerita-mini hebat, penuh motiv dan visi iman. Demi Allah sesungguhnya kisah ini sangat terkesan untuk membasahi hati dan jiwa kita dengan latar cinta-hidup para sahabat kepada Mauhammad (s.a.w)sebagai murabbi agung. Ana baca cerita ini banyak kali, sedang setiap kali membacanya pasti diiringi tangisan yg kadang2 keras. Nah..anak2 marilah kita resapi jiwa kita dengan cinta maha-indah kepada insan yg kita cintai seumur hidup kita. Sekarang sudah masuk musim haji setiap hari rakan/jiran berurutan berangkat menuju AL-haramain(untuk menunaikan haji)...terbias pula saat2 semasa berada di RAUDHAH menziarahi maqam Rasulullah dulu. Sesungguhnya cerita sirah seperti ini akan lebih terasa kehangatannya pula jika kita pernah pergi kesana.


"Ya allah jemputlah lagi aku kesana, suburkanlah cintaku kepada NabiMu. Jadikanlah para sahabat seperti bintang2 kerlipan imanku. Perjuangannya adalah ikutanku selama-lamanya nafas-hayatku. Jauhilah aku dari orang yg lalai dan lemah fikiran"

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah malaikat Jibrail pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Rasulullah SAW lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail. Apabila para sahabat RA mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar RA mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu BAkar RA pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar RA menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar RA menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat RA di depan rumah Abu Bakar RA dan bertanya: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat RA maka Abu Bakar RA pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda." Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar RA maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar RA, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang kejadian yang mereka saksikan itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat RA, "Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar RA.

Sebaik Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar RA, Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali RA berkata, "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Sebaik sahaja Abu Bakar RA mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali RA pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat RA satu demi satu dan berwasiat pada mereka.

Pada satu hari(dalam keadan sakit sebelum kewafatan), baginda SAW menyuruh Bilal RA azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda SAW bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izinNya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat."

Rasulullah SAW berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini."

Lalu 'Ukasyah RA berkata lagi: "Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun tuun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal RA keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah RA sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk dibalas [di qishash]."

Setelah Bilal RA sampai di rumah Fatimah RA maka Bilal RA pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah RA menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Bilal RA menjawab: "Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda. "Kemudian Fatimah RA berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal RA: "Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah RA lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?" Bilal RA tidak menjawab pertanyaan Fatimah RA. Setelah Fatimah RA memberikan tongkat tersebut, maka Bilal RA pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal RA maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah RA.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar RA dan Umar RA tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar RA dan Umar RA maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali RA bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah". Lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan RA dan Husin RA bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah RA berkata: "Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah RA melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan ku. Dan Allah SWT menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga."

September 26, 2011

Pesan Buat Diriku Yang Lalai


Antara Makna Tarbiah dan Muhasabah Diri Sebagai Murabbi...

Dalam hakikat latar hidup manusia; Islam telah meletakkan fokus khusus tentang soal tarbiah yg banyak sekali dinyatakan dalan AlQuran. AlQuran menggunakan istilah dasar Ar Rabb bagi memaknai erti tarbiah yg datangnya dari akar kata serupa. Pendapat ini dinyatakan oleh Ibnu Manzhur. Abu A’ala Al Maududi pula menyatakan, “mendidik dan memberikan perhatian adalah salah satu makna implicit perkataan Rabb”. Al Qurtubi pula menyatakan kata Rabb dipakai untuk mengambarkan siapa saja yang melakukan sesuatu menurut cara yang sempurna.

Ar Razi membuat perbandingan antara allah dan manusia sebangai murabbi. Ia mneyatakan bahawa Allah sebagai murabbi berbeza dengan manusia kerana Allah tahu betul segala kebutuhan dan masalah yang dididikNya. Lantaran Dia adalah zat pencipta. PerhatianNya tidaklah tertumpu kepada sekelompok manusia malah Allah menjaga dan mendidik seluruh makhluhNya yg kemudiannya digelar dengan rabbul ‘alamin.

Abdurrahman An Nahlawi berpendapat ada 3 akar kata untuk istilah tarbiah. Pertama: Rabba~yarbu yg maknanya bertambah berkembang; Kedua rabia~yarba sebagaimana wazan Khafiya~yakhfa yg bermaksud tumbuh dan berkembang; ketiga rabba~yarubbu seperti wazan madda~yamuddu yg bermaksud memperbaiki, mengurus, mengatur,menjaga dan memperhatikan. Najib Khalid Al Amir mengemukakan nada yg serupa dan menambah dengan “kata Rabb merujuk kepada Allah yg ertinya tuhan segala sesuatu, raja dan pemiliknya,tuhan yg ditaati dan tuhan yg memperbaiki”.

Abdurrahman Al bani mengambil 4 unsur penting dalam tarbiah.; Pertama, menjaga dan memelihara fitrah objek mutarabbi. Kedua, mengembangkan bakat dan fitrah mutarabbi. Ketiga, mengarahkan bakat dan potensi agar mencapai kebaikan dan kesempurnaan. Keempat, seluruh proses tersebut dilakukan dengan proses yg bertahap. Khalid Ahmad Asy Syantuh menyebutkan bahawa tarbiah merupakan sarana perombakan yg fundamental. Sebab?...katanya “ia mampu merombak jiwa manusia dari akarnya”. Seluruh peribadi muslim harus mendapatkan sentuhan pembinaan dan peningkatan kapasiti dan kualiti diri menuju batasan kebaikan dan kesempurnaan berdasarkan kayu ukur kemanusiaan”

Mari kita lihat hakikat tarbiah yg lebih konkrit dan aplikatif. Dr Ali Ab Halim memakai makna tarbiah sebagai cara yg idel dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (tutur kata) dan secara tidak langsung (qudwah hasanah) untuk memproses perubahan dalam diri manusia secara total kepada kondisi yg lebih baik. Segala sisi yg menungkinkan mutarabbi menjadi lebih baik seharusnya menjadi perhatian para dai’e. Sebagaimana yg dikemukakan oleh Muhammad Qutb bahawa metodologi Islam adalah melakukan tarbiah dengan melakukan pendekatan yg menyeluruh terhadap wujudnya manusia sehingga tidak ada yg tertinggal/terabai sedikitpun, jasmani maupun rohani, kehidupan fizik dan mental serta segala aktivismanya di muka bumi ini. Kerana Islam bukan model pendidikan utk mematikan potensi atau memandulkan bakat manusia.
Muhammah Qutb mengambarkan proses tarbiah dalam Islam seperti mengesek biola. “Ia (islam) menganalisis fitrah manusia secara cermat. Lalu mengesek seluruh senar dan seluruh nada yg dimiliki oleh senar senar itu lalu mengubahnya menerbitkan nada yg merdu. Disamping itu ia mengesek senar senar secara menyeluruh, bukan satu demi satu yg akan menimbulkan nada sumbang, tidak harmoni. Tidak pula mengeseknya hanya sebahagian dan mengabaikan bahagian yg lain yg mengakibatkan iramanya tidak sempurna sehingga tidak mengalunkan irama indah ketahap gubahan yg paling sempurna dan mengesankan.

Maka amat berat dan maha besar kerja sebagai murabbi ini. Hanya yg mampu memegang amanah ini adalah orang yg benar layak dan mendapat taufik dari Allah. Semua manusia yg dilahirkan (mad’u kita) ada bersamanya potensi tersendiri yg memerlukan seorang murabbi hebat utk menyerlahkannya. Madu’u kepada seorang dai’e umpama berlian. Mentarbiah manusia ibarat kita memotong berlian itu dengan rapi dan cermat mengilap agar akan terserlah kilauan berlian itu. Yg mana nanti terpancar kilauannya pula bakal memukau pandangan manusia. Maka sudah tentu kesenian dan kepakaran tinggi diperlukan bagi pengukir berlian ini.

Hanya kepada Allah kita berserah agar dianugerahkan segala kekuatan untuk menjadi mirabbi yg baik. Hanya dengan kekuatan dan upaya serta taufik dari Allah saja kita mampu mengalas amanah ini untuk mengajak manusia menuju redhaNya dan SyurgaNya.

Ya Allah kami memgharap rahmat kasihMu menyelimuti kami agar tidak mudah lemah dan lelah sebagai dai’e lantaran beratnya amanah Mu ini. Ya Allah berikan kami kekuatan iman,kesempurnaan taqwa, kesejukan fikiran dan teduhnya jiwa agar tak pernah bosan dan buntu kami menempuh hari2 bersama mutarabbi kami dalam meniti jalanMu.Dengarkanlah dan terimalah doaku yg tak pernah putus putus untuk mereka...selama lamanya atas jalan ini.

Amin.

September 13, 2011

Tazkirah Minggu Ini


JATIDIRI SEBAGAI MURABBI
(Untuk anak2ku…generasi pewaris)

Alangkah indahnya melangkah atas jalan dakwah ini. Alangkah manisnya bila kita dapat mencintai saudara kita sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri. Alangkah mahalnya ungkapan ukhuah fillah yang sering meniti dibibir kita yang sumbernya datang dari lubuk hati dan jiwa kita yang tulus.

Indahnya bersama kalian. Minggu lepas kita berhari raya bersama umi@abah,abang dan adik2,saudara mara dan rakan taulan di kampung kita masing2 . Semalam ini kita meraikannya di peringkat kampus pula. Dapat berjabat salam dengan semua palajar adalah sangat seronok; menjelajah ke "booth" unit masing. Tetapi sebenarnya adalah sangat berbeza bilamana ana bersalaman dengan antum sebagai insane istimewa, insane terpilih di hati ini. Kalian sentiasa dihati.

Pada hari Isnin kita buat UG umum. Tahniah kepada yg hadir dan kita doakan moga Allah lapangkan jalan sahabat2 yg tak sempat hadir dik kerana kesibukan,kelas dan sebagainya. Moga Allah memilih kita semua untuk membenarkan hadis…”sampaikan dariku walau satu ayat”. Semoga kita tergolong dari mereka2 yg mewarisi urusan kenabian ini dan mendapat kemenangan dunia dan akhirat sepertimana yang telah dijanjikanNYa.

Marilah kita menta’kid kebersamaan kita dalam satu fikrah dan harakah. Kita semua bertemu dalam cinta kepada Allah, bersatu dalam dakwah. Di sini pemahaman perlu mendapat perhatian, perlu kita perdalam agar jelas bagi kita sebagaimana terangnya matahari di siang hari. Al-Fahmu sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Banna sebanyak 20 dasar (ushul isyrin)– bisa bertambah, tapi tidak berkurang. Jika jelas persepsinya, benarlah gerakannya.

Al-Banna berkata, dakwah ini perlu pemahaman yang detail dan menyeluruh. Sebagaimana dijelaskan oleh Roghib Asfahani bahwa tugas kita adalah memakmurkan alam, menjadi khalifah di muka bumi, dan beribadah kepada Allah dengan manhaj dan syariahNya.

Tiga perkara itu harus jelas, karena itu merupakan tujuan pencintaan manusia. Agar jalannya jelas, dan amal kalian adalah untuk merealisasikan tiga hal itu. Tugas ini Allah menamakan di dalam Al-Qur’an sebagai amanah. Apabila disebutkan amanah maka awaslah dengan keingkaran kita terhadap amanah itu apabila kita dilantik sebagai utusan.

إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولا
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”. (Al-Ahzab:72)

Dari ayat ini kita tahu bahwa mihwar pertama seorang hamba yg bergelar daie’ itu adalah merealisasikan ketakwaan dalam dirinya. Kerana ketaqwaan menjadi roh dan asas kepada keselamatan dan kesejahteraan dalam menjalankan amanah. Hal ini harus menjadi perhatian setiap murabbi. Jika benar di sini maka akan benar pula penghujungnya. Jika keruh air di hulu mungkinkah jernih di muara. Jika salah, maka akan salah dan tersesat jalan kita.Maka ingatlah ketaqwaan menjadi agenda utama dalam manhaj hidup kita.

Setelah menemui jalan takwa, fahamilah pula husnul khuluq. Bai’at (akur janji) antara kalian dan Allah dibangun di atas akhlak, hubungan antara kalian dengan Allah.

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah:111)

Maka berbahagialah dengan bai’at kalian. Siapakah mereka yang beruntung yang mendapat kemenangan ini?

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang berpuasa, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah; dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu”. (At-Taubah:112)

Mereka yang memiliki lapan sifat sebagaimana yg dinyatakan dalam ayat itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Dan, itulah jatidiri kita!!!!.Inilah jatidiri kita senagai dai'e, sebagai murabbi dan khalifah.

Demi Allah ana mewasiatkan kepada antum/antunna dan kepada diri sendiri supaya perkukuhkan jatidiri kerana inilah perbekalan utama dijalan dakwah ini. Dan inilah sunnah orang2 terdahulu yg telah mendapat kemenangan dan pertolongan Allah.

September 1, 2011

SELAMAT HARI RAYA; "Maaf Lahir Batin"



Dikesempatan ini Ana dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Lahir Dan Batin Ampun maaf atas semua salah dan silap. Moga EdulMubarak kali ini memgembalikan kita kepada fitrah dan mendapat kemenangan yg besar. Bagi mereka yg telah melalui Ramadhan dengan imanan wahtisaban dan telah berusaha bersungguh2 menghayati ramadhan, mujahadah dan khatam quran sudah tentu terasa sesuatu perubahan dalam jiwanya. Muncunlya Syawal adalah seperti dunia baru baginya. Seperti temui jalan keluar dari kesesatan dalam hutan atau kesesatan dalam kegelapan kepada cahaya. Apabila kegelapan semakin lama dan semakin hitam pastilh selepas itu datangnya fajar menyingsing. Fajar yg datang itu bersama 1000 kebahagiaan dengan berita keriangan. Itulah mungkin yg dikatakan fitrah. Ada orang kata bukannya mesti khatam Quran. Saya ingin katakan sangat berbeza apabila saya dapat khatam berbanding dengan tidak. Bulan ramadhan kan bulan Alquran, sudah pasti berbeza apabila selama sebulan ini kita menghayati Alquran dalam keadaan berpuasa dengan tidak. Atau tak sama jika kita menghayatinya dibilan2 lain. Apapun bagi mereka yg melaluinya sahaja yg dapat menjawab persoalan ini. Kalau bagi yg khatam tak rasa apa2 beza tu kena cekk lah sebab apa!!!...

Tahun Ni ana sekeluarga beraya di Pekan Pahang. Rumah arwah Tok Ki ni macam Mina dan Arafah, iaitu hanya didiami dua hari setahun. Anak2 sudah punyai rumah sendiri dan kerja bertebaran merata Malaysia ni.Tiada lagi anak2 tok ki yg tinggal di rumah ini. Apa pun kami anak tetap akan balik kerumah ini walau setahun sekali. Rumah ini punya kenagan yg banyak. Anak2 dan cucu serta cicit Tok Ki, lebih kurang 50 orang akan memenuhi rumah ini setiap tahun...iA. Walaupun berjauhan hubungan kami sangat rapat dan erat. Dengan adanya fb...yahoo group dan geni family tree



August 24, 2011

SELAMAT PULANG...



Hari ini hari khamis 25 ramadhan adalah hari terakhir semester ini dalam keadaan berpuasa sebelum hari raya tiba. Nampaknya pelajar sudah mula meninggalkan Kampus. Terasa sayu dalam gembira. Sayu bukanlah kerana melihat Kampus yg sudah mulai lengang dan sunyi…tetapi terasa sayu kerana semacam suatu kehilangan dari hati dan jiwa ini,iaitu ramadhan. Kemeriahan,kemanisan dan keindahan pesta ibadah juga turut pergi…

Dari tingkap bilik kelihatan jelas wajah kampus yang semakin suram dan sunyi. Langkah keluar pelajar meninggalkan Kampus seolah 0lah telah membawa bersamanya ramadhan. Ramadhan ini akan pergi buat selama lamanya. Tahun depan ramadhan lain pula akan kembali dengan catatan baru. Masjid kampus juga sudah mula lengang..solat zohor tadi tinggal 2 saf sahaja...

Kepada semua students, semalat bermusafir pulang kekampung masing2...hati-hati memandu. Moga selamat sampai kepangkuan keluarga tercinta. Moga hari raya bukan berakhir dengan kesedihan. Saya akan balik ke Kuantan dan Pekan Pahang, Pada hari ahad...iA

DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN “SELAMAT MENYAMBUT EDULFITRI MAAF LAHIR DAN BATIN atas SEMUA KHILAF DAN SALAH SAYA SELAMA INI” KEPADA SEMUA PELAJAR, RAKAN PENSYARAH DAN KENALAN JAUH DAN DEKAT YG MENGENALI DIRI INI.


Ramadhan Karem
Ramadhan…
Ramadhan…
Ramadhan…
Hari ini kau datang dan pergi
Saat ini kau amat dekat
Berdetik dalam irama jantungku
Kehangatan pelukuanmu terasa erat sekali
Dingin salju rintik rindu
Membelai lembut imanku
Usap kalbu membaja taqwa
Detik detik kelaparan membenih iman dari bumi keinsafan
Ayat2 suciMu menjadi hiburan sukma
Menyubur jiwaku yang gersang
Aku baca...dan baca tanpa terasa puas
Sarat tadabbur memanggil-manggil insaf
Setiap kalimah,huruf dan surah tersirat seribu makna dan cerita
Merungkaikan maksud CINTA…tafsir hidup
Membaja pohon Iman dan lantera Taqwa

Ramadhan…
Aku tahu
Kau adalah bingkisan dari sang pencipta
Kau singgah sebentar cuma
rumahmu dalam hatiku
Lewat hadirmu ada salam dari kelasih
Ada gratisan kurniaan hakikat hadaf dari CINTA

Ramadhan …
Inilah bicara hatiku
Inilah pekikan batinku
Yang hanya setahun sekali terlontar bicara
Saban tahun kau bertandang lewat jendela jiwaku
Setahun...

Ramadhan…
Siangku rebah malamku alpa
Puncak jiwaku masih berkabus kliru
Aku belum temui lagi langit rahmatmu
Apalagi utk berjabat mesra…
Sedang kakiku sudah lengah longlai

Ramadhan…
..tiba2 aku menjadi resah dan lelah
Waktu telah merompak harap
Kau akan pergi
Kau akan pergi lagi…
menuruti sunnah waktu
Damai, bahagia dan sedih kini berkumpul menjadi satu
Kerana kulihat syawal mulai tersenyum menjemputku hadir…

Ramadhan moga aku bisa ketemui lagi denganmu di musim akan datang...
aku berdoa dalam sujud dengan lafaz yang panjang....

TA’KID TARBAWI UNTUK PARA MURABBI

Berikut ana petik 1 dari 10 pages pesanan Syeikh Jum’ah Amin Abdul Aziz
Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin. Ini kali pertama beliau dapat keluar dari bumi Mesir dan kali pertama dalam hidupnya ke Nusantara. Ini hanya selepas berakhirnya revolisi mesir baru baru ini yg berjaya mengembalikan Regim Zalim/kuku besi kepada kehinan setelah 60 tahun berkuasa. Peringatan ini disampaikan beliau semasa lawatan beliau ke Nusantara beberapa bulan lepas...pesanan beliau ini telah di terjemahkan oleh ikhwah seberang.
Pesanan yg hidup dan amat menyentuh bila dibaca terutamanya dalam bulan ramadhan ini sebagai bulan TARBIAH. Pesanan ini sangat berharga kepada para dai'e dan murabbi.


Ana masih ingat kata seorang akh.."Alangkah hinanya bangsa Mesir yang punyai tamadun 9 ribu tahun tetapi hari ini mereka tidak dapat tentukan apa yg mereka akan makan pada esoknya". Dalam Utube anda boleh lihat kali Pertama Syeikh Qardhawi membaca khutbah Jumaat di Altahrirl Square setelah berpuluh tahun terbuang dan tidak dapat kembali bumi Mesir tanah kelahirannya. Qardhawi menyifatkan..."hari ini seperti Fathul Makkah". Dalam uTube juga anda juga boleh lihat lagu2 hit (sekarang) nyanyian oleh artis mereka Hamza Namira yang membangkitkan kembali semangat Mesir dan dengan terangan menempelak Israil. Betapa dunia ini hanya bisa berubah dengan tarbiah Imaniah.

Pesan Kepada Murabbi
Dewasa ini kita hidup di masyarakat materialisitis. Tentu ini tentangan yang tidak mudah untuk tetap menjaga orientasi dakwah kita. Dan itulah tugas murabbi. Mereka penjaga dakwah. Yang menjaga fikrah jama’ah ini agar tidak salah, keliru, dan menyimpang. Kalian para murabbi harus menjaga uslub dakwah dengan hikmah dan mauizah hasanah. Kalian menjaga jama’ah agar tidak lemah. Kalian mewarisi semangat “sampaikan dariku, walau satu ayat” yang diwasiatkan Rasulullah saw.

Jadi, tugas kalian, para murabbi, adalah mewariskan dakwah ini dengan segala tsabatnya kepada generasi sesudah kalian. Dan ingatlah, nasihat wajib bagi yang menasihati dan tidak wajib bagi yang dinasihati. Jangan sampai kalian merahasiakan nasihat yang kalian berikan kepada orang lain.Titik tolak kita dalam tarbiyah adalah ibadah. Bukan budaya. Pemahaman terhadap la ilaha illallah hadharah kita adalah hadharah hari akhir. Hadharah kita adalah ketika kalian bertemu dengan Tuhan kalian. Semua gerakan kita harus untuk beribadah kepada Allah. Harus kalian bedakan antara tajammu’ (kerumunan) dan jama’ah (perkumpulan). Jama’ah adalah salah satu tsawabit kita. Kita tidak bisa mentarbiyah dengan baik tanpa usrah. Ini adalah tsawabit. kelemahan naqib tidak membuat kita melemahkan jama’ah. Kita harus kuatkan naqib.
Tarbiyah imaniyah adalah wahana dimana kita mentarbiyah kita. Ada banyak tarbiyah, model, kegiatan: ada siyasiyyah, ijtimaiyah, istishadiyah. Tapi, yang utama adalah tarbiyah imaniyah. Inilah titik tolak kita.

Rasulullah saw. bersabda, atas diri kalian, isteri kalian punya hak, jasad kalian punya hak. Masing-masing punya hak. Hendaknya kalian memenuhi hak-hak tersebut secara proposional. Tidak berlebihan dan tidak mengurangi. Harus tawazun. Tidak hanya fokus pada sisi tertentu saja. Bahkan, tidak boleh berkutat pada diri sendiri. Harus bergaul dengan orang lain. Itu tugas kalian: bergaul dengan masyarakat dengan akhlak mulia kalian. Jangan berkumpul hanya dengan sesama ikhwah saja. Saat pemilu di Mesir, semua kader mengetuk pintu rumah masyarakat. Sehingga disebut “tahun ketuk pintu”.
Berdakwah juga bukan hanya kepada sesama muslim, bahkan ashalah dakwah adalah kepada non-muslimin. Rasulullah saw. pun bergaul dengan orang-orang musyrik. Ikhwah punya program kursus bahasa Arab untuk orang asing non-muslim. Kita berdakwah kepada non-muslim agar syubuhat tentang Islam dapat kita hilangkan. Kami katakan kepada mereka, “Dengarlah dari kami, jangan dengar tentang kami (dari orang lain).” Itulah keterbukaan yang kami lakukan kepada semua komponen masyarakat. Hasilnya, Rafiq Habid, seorang Kristen Koptik membela dan membantu ikhwah di Mesir. Karena jasanya, ia kini diangkat jadi Ketua Dua di Partai Kebebasan dan Keadilan yang kami dirikan.
Landasan kita dalam keterbukaan dan kebebasan adalah perkataan Imam Al-Banna, kam minnaa wa laisuu fiinaa wa kam fiinaa wa laisuu minna, berapa banyak orang bersama kita tapi mereka bukan bagian dari kita, dan berapa banyak orang bagian dari kita tapi mereka tidak bersama kita.

Saya katakan bahwa definisi tarbiyah adalah menyampaikan sesuatu menuju pada kesempurnaan, dan memindahkan generasi lama menuju generasi selanjutnya. Dengan demikian ada kesinambungan dalam tarbiyah.Dan ingatlah, tarbiyah dengan kekuatan dan kekerasan tidak memberikan pengaruh. Kita melakukan dengan kelembutan. Seorang murabbi harus mampu menggerakkan akal dan jasadnya untuk dapat mengubah dirinya secara akhlaqi. Ingat, dalam tarbiyah kalian menyampaikan ajaran akhlaq dan adab.Tapi, para murabbi juga harus menyampaikan tabiyah secara gamblang, bahwa ada tanggung jawab individual. Oleh karena itu sebagai murabbi, kalian harus dapat menumbuhkan tanggung jawab kepada setiap madh’u kalian dengan wasail wijdaniyah dan memberi arahan pelaksanaan kewajiban menuju kecintaan menunaikan kewajiban.

Yang terakhir, manfaatkan waktu semaksimal mungkin karena waktu merupakan kesempatan yang sangat berharga. Kami ingin seorang murabbi memiliki perasaan izzah bahwa ia sedang melaksanaan sunnah nabi. Itulah yang membedakan antara tabriyah menurut Ikhwanul Muslimin dan jamaah lainnya. Tarbiyah pada jamaah lainnya hanya mengedepankan tranformasi ilmu, sementara jamaah Ikhwanul Muslimin memperhatikan perbaikan individu, baik secara perilaku, akhlak, dan ruhi.Jadi, point penting yang harus kalian garis adalah tarbiyah menurut jama’ah kita adalah membentuk orang, tidak hanya menjadi sosok yang shalih, namun juga menjadi sosok yang muslih.

August 7, 2011

Pantasnya masa berlalu!!!!...



Hari ini sudah 10 Ramadhan. Pantasnya masa memacu mendahului kita. Sering kita bengah, lengah dan tertewas kebelakang. Banyaknya kerja nak dilakukan tetapi kesempatan menjadi menyempit, Hmmm...kesempatan menjadi musuh kita.

Seminggu sebelum puasa; kebanyakan kerja2 cuba utk dihabiskan seblum ramadhan menjenguk. Itulah diantara sebab kesibukan memeras kesempatan dan menghimpit perasaan. Apapun ana rakamkan disini 2 program penting seminggu sebelum ramadhan. Dua Program sebelum puasa adalah Bina Insan Guru (BIG)bagi pelajar sem 4 di Pulau Perhentian(seminggu sebelum puasa) dan Bio Diversity di Taman Negara Kuala Koh(29 jul hingga 1 Ogus). Yang menjadi menariknya kedua2 program ini wajib hadir sebagai pensyarah dan yang lebih penting ialah kedua2 program wajib ini melibatkan TUTI saya kelas PISMP sem 4. Inilah peluang untuk bersama sama mereka yang dididik dan diterbiah selama ini. Diantara yang menariknya ialah dapat bersama mereka disuasana pagi yang berbeza; Pulau Perhentian dan Taman Negara. Saya ambil kesempatan menghayati suasana pagi bersama mereka dengna baca maathsurat dan tazkiran pagi dalam 2 suasana berbeza ini....

July 25, 2011

Ramadhan...kau datang lagi.


Ya Allah Kau datangkan lagi Ramadhan buatku
Ketika aku masih saja tak mampu mensyukuri RamadhanMU yang lalu
Hari hari Mu masih saja kulalui tanpa isi
Tanpa makna, tanpa syukur
Bahkan dengan sikap takabur
kami masih saja lupa bahwa Engkaulah Penentu
Kadang kami masih saja merasa kebenaran itu hanya punyaanku
Yang lain bukan makhlukMU,
Yang lain bukan UmatMU
Dalam Doaku……
Sering kusampaikan dengan memaksa
Seolah akulah yang lebih tahu dariMU, Sang maha mengetahui
Doaku bukan harapan , tapi itu keharusan
Dan ketika ada satu yang tak KAU kabulkan
Seolah hilang seluruh nikmat yang KAU limpahkan kepadaku
Yaa Allah ampunilah aku
Yaa allah kurniakanlah kepadaku Ramadhan
Kerana aku tahu engkau amat dekat denganku
Dalam hati ku…dalam doaku…dalam kalbuku selalu.


Jom: Kenapa Kita perlu Bermotivasi dengan Ramadhan:
1. Bulan Tarbiyah untuk mencapai derajat taqwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS Al Baqarah: 183).
2. Bulan diturunkannya Al Qur’an.
Bulan Ramadhan, yang pada bulan itu Al Qur’an diturunkan sebagai petunjuk buat manusia dan penjelasan tentang petunjuk itu, dan sebagai pemisah (yang haq dan yang batil) (QS Al Baqarah: 185).
3. Bulan yang paling utama, bulan penuh berkah.
Bulan yang paling utama adalah bulan Ramadhan, dan hari yang paling utama adalah hari Jum’at (HR At-Thabarani) . Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw -pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba- bersabda: Ramadhan telah datang kepada kalian, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naungan-Nya kepada kalian. Dia turunkan Rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan, dan Dia kabulkan do’a. pada bulan itu Allah swt akan melihat kalian berpacu melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kalian, dan perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt”. (HR Ath-Thabarani) .
4. Bulan ampunan dosa, bulan peluang emas melakukan ketaatan.
Rasulullah saw bersabda: Shalat lima waktu, dari Jum’at ke Jum’at, dari Ramadhan ke Ramadhan, dapat menghapuskan dosa-dosa, apabila dosa-dosa besar dihindari. (HR Muslim). Barang siapa yang melakukan ibadah di malam hari bulan Ramadhan, karena iman dan mengharapkan ridha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampuni. (Muttafaqun ‘alaih). Apabila Ramadhan datang, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaithon-syaithon dibelenggu. (Muttafqun ‘alaih).
5. Bulan dilipat gandakannya amal shaleh.
Rabb-Mu berkata: “Setiap perbuatan baik dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali lipat, kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai yang melindungi dari api neraka. Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih wangi dari pada parfum misik. Apabila orang bodoh berlaku jahil kepada seseorang diantara kamu yang tengah berpuasa, hendaknya ia katakan: “Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa”. (HR At-Tirmidzi).Khutbah Rasulullah saw menyongsong bulan suci Ramadhan sebagai bulan mulia, bulan ibadah, bulan santunan. Dari Salman RadhiyaLlahu ‘anhu, katanya: Rasulullah saw berkhutbah di tengah-tengah kami pada akhir bulan Sya’ban, beliau saw bersabda: “Hai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah telah menaungi. Bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan.Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Bulan Ramadhan adalah bulan sabar, sabar itu balasannya syurga, Ramadhan adalah bulan santunan.
Bulan ditambahkannya rizqi orang mukmin. Siapa yang memberikan makanan untuk berbuka kepada seorang yang berpuasa, balasannya adalah ampunan terhadap dosa-dosanya, dirinya dibebaskan dari neraka, dan dia mendapatkan pahala sebesar yang didapat oleh orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang tersebut. Sahabat berkomentar, kata mereka: “Ya Rasulullah, tidak setiap kami memiliki makanan untuk berbuka yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa? Sabda Rasulullah saw: “Pahal tersebut akan diberikan Allah, meskipun yang diberikan untuk berbuka bagi yang berpuasa hanya satu buah kurma, atau seteguk air, atau sesendok mentega.
Bulan Ramadhan awalnya rahmat, tengahnya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka, siapa yang memberikan keringanan bagi hamba sahayanya pada bulan itu, Allah akan ampuni dosanya, dan dia dibebaskan dari neraka. Pada bulan ini, perbanyaklah empat hal, dua diantaranya membuat kamu diridhai Rabbmu, dan dua yang lainnya sesuatu yang sangat kamu butuhkan.
Dua hal yang membuat kamu diridhai Rabbmu adalah:
1. Bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan
2. Kamu meminta ampunan kepada-Nya.
Sedangkan dua hal lainnya yang sangat kamu butuhkan adalah:
3. Kamu meminta syurga kepada Allah, dan
4. Kamu minta dilindungi dari neraka.
Siapa yang memberikan minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan memberikan minuman kepadanya dari telagaku yang tidak akan menjadi haus sampai dia masuk syurga”. (HR Ibnu Khuzaimah).
6. Ramadhan bulan jihad, bulan kemenangan.
Sejarah mencatat, bahwa pada bulan suci Ramadhan inilah beberapa kesuksesan dan kemenangan besar diraih ummat Islam, yang sekaligus membuktikan bahwa Ramadhan bukan bulan malas dan lemah, tapi merupakan bulankuat, bulan jihad, bulan kemenangan. Perang Badar Kubro yang diabadikan dalam Al Qur’an sebagai yaumul furqan, dan ummat Islam saat itu meraih kemenangan besar, terjadi pada tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijriyah. Dan saat itu, gembong kebatilan: Abu Jahal, terbunuh.Pada bulan Ramadhan pula fathu Makkah terjadi, yang dibadaikan dalam Al Qur’an sebagai Fathan Mubiiina, tepatnya pada tanggal 10 Ramadhan tahun 8 (delapan) Hijriyah. Serangkaian peristiwa besar lainnya juga terjadi pada bulan Ramadhan, seperti: beberapa pertempuran dalam perang Tabuk, terjadi pada bulan Ramadhan tahun 9 (sembilan) Hijriyah. Tersebarnya Islam di Yaman pada bulan Ramadhan tahun 10 Hijriyah. Khalid bin Al Walid menghancurkan berhala Uzza pada tanggal 25 Ramadhan tahun 8 (delapan) Hijriyah. Dihancurkannya berhala Latta pada bulan Ramadhan tahun 9 Hijriyah.Ditaklukkannya Andalus (Spanyol sekarang) di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad pada tanggal 28 Ramadhan tahun 92 Hijriyah. Peperangan ‘Ain Jalut, dimana untuk pertama kalinya pasukan Islam berhasil mengalahkan bangsa Mongol Tartar, yang sebelumnya sempat dianggap mustahil, juga terjadi pada bulan Ramadhan tahun 658 Hijriyah. Dan masih banyak lagi yang lainnya.

July 16, 2011

Diari Minggu Ini.


Hari Sabtu;Hujung minggu ni menghabiskan masa melayan anak2. Kebetulan Umi tak sihat, masih menerima rawatan dan tak dibolehkan involve dengan anak.



Petang tadi ana kena merasmikan Majlis Perasmian Penutup Mukhayyam Tarbawi< KRAS MUSLEH pelajar2 sekolah Rendah Islam Aman. di Pantai Ru Datuk Tok bali. Semasa interaksi/berikan ucapan ana rasa sebak didepan anak2. Semasa ana berkata kepada mereka "Wahai anak tahukah antum bahawa sahabat, rakan anda, anak2 di palestain tak dapat bermukhayyam seperti ini sambil2 santai tepi pantai. Mereka bukan 3 hari 2 malam dalam khemah tetapi sepanjang hayat mereka besar dan membesarkan anak dalam khemah. Bersekolah seperti kita hari ini jauh sekali. Mereka bersekolah dibawah bawah pokok dan dibawah runtuhan bangunan dan dalam ketakutan. Mereka yatim kerana ayah mereka telah syahid.....dibunuh Yahudi laknatullah"..

200 pelajar tahun 3 dan 4 menyertai mukhayyam ini. yang paling membanggakan bila ana kata "siapa yang nak membela ISLAM?" semuanya angkat tangan...AllahuAkhbar dalam hati ini bangga sekali. Seronok sekali dapat interaksi dengan anak yang masih bersih jiwa dia. Mereka bakala mewarisi Islam yang maha tinggi ini. Mereka adalah benteng ummah hari esok. Mudah2han mereka membesar mewarisi generasi al quran ini.



Sebelah malamnya pula ana menerima kunjungan pelajar2 IPT yg balik bercuti ke kelantan. Ada dari UIA kuantan,UPM dab UMT..mereka semuanya dari daerah P puteh/bacok. Kerana progran perjumpaan 2 minggu lepas mereka tak dapat hadir. seronok dapat bertukar nasihat dengan para remaja IPT.

July 8, 2011

Mahasiswa dulu dan kini....



Minggu ni ana dijemput utk memberikan kuliah maghrib di minggu orientasi Kolej Kejururawatan USM K Kerian. Tajuk yg diberikan adalah T/jawab mahasiswa. Ana kungsikan disini muqadimmah ceramah ana itu. Kisah ini ana telah baca semasa era kami berada di UKM 20 tahun dahulu... hampir 20 th berlalu. Kisah dimana seorang Ulamak terkenal Pakistan bernama Syeikh Al Maududi. Ana rasa antum semua kenal dengan ulamak yg hidupnya hampir sezaman dengan Al Banna dan Syd Qutub di mesir. Ana ingat lagi buku bertajuk surat2 Mariam Jamela kepada Al Maududi, sehingga Mariam Jamela mendapat hidayah dan memeluk agama agung ini,Islam.

Pada satu hari Al Maududi diberi penghormatan/dijemput untuk memberi ucapUtama dalam Majlis Konvokesyen di salah sebuah Universiti di Karachi. Ana petik ini kerana sangat sesuai dengan pelajar yg baru memasuki Kampus dan bergelar mahasiswa. Kalau dlm majlis konvo hari ini takdak maknanya nasihat ini kerana pelajar dah nak grad. Ana harap pelajar2 di Mizan juga dapat mengambil pengajaran dari ungkapan Al Maududi ini.

"Saya tahu Kkamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. 1000 kepayahan telah kau redah, masa, tenaga, wang dan keringat yg ditumpahkan akan dibayar pada hari ini"

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk dan mati. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Wahaii anak2; ungkapan Al Maududi ini telah mengejutkan semua masiswa. Tetapi sindiran ini telah mengejutkan mereka dari kejahilan jahiliah akibat dijajah begitu lama oleh british.

Maka janganlah kamu mewarisi kejahilan dan kerosakan. Kerana antum adalah bakal jadi pendidik yg akan membina generasi pewaris nanti. Kematian yg dimaksudkan Al maududi ini ialah jiwa2 kamu yg mati,akhlak yg rosak dan merosakan. Maka kejahilan kami ibarat pembunuhan kerana ditangan antumlah bakal dididik anak2 ini.

June 25, 2011

Antara Hukum Kebetulan dan Bukti Kekuasaan Pemikil Alam...


PETIKAN DARI LAMAN WEB SEBERANG....

Apabila kita secara mudah dapat memahami bahawa sesuatu kejadian yang berlaku secara kebetulan atau tanpa sengaja itu akan semakin mengecil kemungkinannya apabila ianya berulang-ulang, malah akan menjunam ke tahap mustahil akhirnya, maka kita menjadi mudah memahami hakikat alam ini tidak mungkin berlaku dan terjadi secara kebetulan. Ia mesti dengan satu kehendak yang sengaja, berniat dan bermotif.

Kita misalkan lagi, seorang buta yang tidak pernah menembak, tiba-tiba menembak tepat ke sasaran dari jarak 100 meter, walaupun sukar dipercayai, tetapi ‘hukum kebetulan’ akan membenarkan. Tetapi bolehkah dibenarkan jika tembakan tepat itu berulang-ulang sampai 10 atau 100, apatah 1000 kali? Sudah tentu mustahil. Kecuali dia seorang buta yang luar biasa atau buta yang celik!

Sekarang mari kita lihat kepada alam semesta. Anda akan dapati ‘hukum kebetulan’ adalah mustahil secara mutlak. Contoh si buta tadi, walaupun dikira mustahil, tetapi dia adalah manusia yang tetap berakal, berfikir dan berusaha untuk menembak dengan tepat. Adapun alam ini, adakah ‘hukum kebetulan’ itu adalah pemikir? Ia berfikir untuk mencipta dan mentadbir alam ini?
Lihat unsur-unsur gas yang begitu banyak di alam ini, samada di bumi atau di langit, yang terbentuk daripada kesebatian di antara zarah-zarah yang membentuk atom dan molekul, bagaimana dibayangkan satu sistem tetap tak berubah yang membolehkan hidrogen yang paling ringan misalnya, tidak bertukar menjadi uranium yang menakutkan sekali kekuatannya melalui tergelincirnya jumlah dan komposisi elektron, proton dan neutron daripada hukum dan sunnahnya, tanpa kita akur bahawa ia mustahil berlaku tanpa satu kuasa agung yang memperakukan dan menjamin satu hukum pasti padanya? Jika perubahan-perubahan kimia di dunia ini keluar sedikit sahaja daripada hukumnya, nescaya tiada kehidupan apapun yang boleh hidup di dalamnya. Dengan erti, mustahil sistem dan sunnah ini terjadi secara kebetulan. Ini mesti ada akal, kehendak, kesengajaan dan kekuatan yang menguruskannya. Adakah kekuatan itu namanya ‘kebetulan’ atau namanya Allah?

Kemudian, sistem suria ini, dengan bilangan bebola gergasinya yang tak terhitung jumlahnya, bagaimana dibayangkan harmoninya pergerakan mereka di orbit masing-masing tanpa pertembungan sesama sendiri yang jika terjadi, pasti membentuk kiamat ngeri buat kehidupan, adalah tersusun tanpa tangan, kehendak dan kemahuan yang memaksakan hukum ke atasnya? Sedangkan sebuah bandar manusia yang sesak kenderaan yang dialirkan di jalan-jalan raya yang telah ditulis pakai undang-undangnya oleh polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan perancang bandar, hari-harinya adalah cerita kemalangan dan malapetaka! Adakah alam semesta ini telah terbentuk melalui hukum tak sengaja atau kebetulan?!

Bagaimana pula dibayangkan teraturnya kejadian siang dan malam, pertukaran musim, hubungan intim bumi dan bulan, angin dan hujan, lautan dan darat, gas-gas yang beracun dan berkuasa tinggi, hukum graviti dan pelbagai rahsia alam lagi, adakah semuanya itu berlaku secara kebetulan? Maha suci Allah yang menunjuki zatNya melalui penciptaanNya yang menakjubkan.

3) Fenomena kehidupan
Selepas kita memahami bukti pertama dan kedua melalui fenomena barunya alam ini dan fenomena wujudnya satu kehendak ke atas kejadian alam ini, maka mari kita melihat kepada fenomena ketiga yang tersaksi di dalam kehidupan ini yang membuktikan kewujudan dan keesaan Allah. Fenomena tersebut adalah fenomena wujudnya kehidupan atau hayat. Kewujudan ini adalah lautan benda atau material. Tetapi, di dalamnya wujud suatu unsur yang lebih menakjubkan iaitu kehidupan. Manusia hari ini dek kerana terlalu menakjubi kehidupan, telah sampai bermati-matian untuk mengesan kewujudan makhluk kehidupan di luar bumi. Tanpa kehidupan, kewujudan benda adalah gersang dan tanpa seri.

Apakah kehidupan? Mereka yang enggan kecuali bertuhankan material dan akal kontang pernah berkata, kehidupan itu berasal usul daripada satu sel yang halus. Daripadanya berlakulah pembiakan, evolusi dan seterusnya lahirlah bilionan kehidupan sebagaimana hari ini!

Manusia itu penuh nafsu dan kedegilan. Semasa perang dunia kedua, perang ideologi juga beriringan. Kerajaan Rusia telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan buat saintisnya melakukan kajian untuk suatu yang tidak terfikir oleh manusia sebelumnya, mampukan manusia mencipta kehidupan? Selepas hampir 20 tahun kajian makmal, mereka keluar dengan satu rumusan rasmi yang disiarkan di seluruh dunia, bahawa sesungguhnya ilmu kimia tidak mungkin mampu mencipta kehidupan! Ilmu manusia tiada kekuasaan selain perihal material. Kehidupan bukanlah material. Kehidupan adalah keajaiban yang sukar difahami.

Manusia terus degil. Apabila ditanya, apakah tindak balas kimia dan perubahannya mungkin mencetuskan kehidupan? Mereka menjawab, ya, tetapi ia hanya boleh berlaku di planet lain selain planet bumi! Akhirnya mereka berkonklusi, kehidupan sebenarnya bermula dari satu mikro halus di planet asing terbang melayang di mana-mana dan menemui kesesuaiannya di bumi! Malangnya, kekeliruan semakin sengit dan bertimpa-timpa. Bagaimana ia mampu datang dalam dominan sistem cakerawala yang begitu membunuh kehidupan dan bagaimana pula daripadanya boleh tercipta bilionan kehidupan pula di bumi?

Katakan, mereka terus menjawab, tetapi soalan akhir adalah soalan pertama dan asal, siapakah pula yang menciptakan kehidupan pertama bagi mikro halus di planet asing tersebut? Soalan berulang-ulang yang membingungkan otak manusia yang tidak pernah mahu beriman kepada kekuasaan ilahiyah!

Hakikatnya, apapun benda atau material yang wujud, ia tiada akal untuk memikirkan hukum ke atas dirinya sendiri. Zarah-zarah halus yang menjadi asal pembentukan benda hanya mampu tunduk kepada hukum tindak balas kimia, graviti, haba dan sebagainya di sekitarnya. Adapun kehidupan, ia adalah berbeza yang kelainannya adalah menakjubkan.
Daripada kehidupan parasit mikro seperti ameba, tumbuhan, haiwan dan seterusnya raja alam ini iaitu manusia, kehidupan memiliki apa yang tidak dimiliki oleh benda dan material. Tanah adalah material, tetapi di dalam segenggam tanah ada jutaan kehidupan yang merayap yang berilmu, berkehendak dan berkuasa untuk bertindak! Mereka memiliki sifat-sifat tersebut walaupun pada kadar dan kapasiti yang berbeza-beza sekali.
Kemuncaknya adalah manusia yang memiliki segala kekuasaan ke atas semua kejadian di bumi. Ia adalah kejadian yang diberi kesempurnaan untuk menguasai dan merajai kehidupan. Manusia berupaya untuk menambah ilmu, merumusnya, berkehendak, memilih dan menentukan, seterusnya berkuasa melaksanakan. Kemudian manusia juga memiliki suatu yang sungguh seni. Kita namakannya perasaan! Adakah ini tercipta dari zarah, sel dan bentuk-bentuk yang material dan kebumian sifatnya. Tidak mungkin bukan?
Islam menamakannya sebagai ruh. Mereka terus bertanya, apakah itu ruh? Katakanlah, itu urusan Allah. Kita tiada diberi maklumat mengenainya kecuali terlalu sedikit. Kita hanya mengesani kewujudan dan kehadirannya. Kehidupannya? Allahlah pencipta yang mengetahui segala-galanya.

Sekarang anda telah melihat betapa fenomena kehidupan yang wujud di alam ini adalah sesempurna dalil untuk membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah, tuhan pencipta segala. Maha suci Allah daripada sebarang kekurangan.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA